My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN
Setelah selesai membayar di kaunter aisar keluar daripada supermarket menuju ke kedai gunting rambut. Dia sudah berapa lama tidak menggunting rambutnya. Oleh itu, dia tekad mahu membersihkan dan mahu tampak lebih kemas dan hensem. Barang- barang yang dibeli tadi diletakkan ke dalam bakul milik motosikalnya.Kedai gunting rambut tidak jauh daripada supermarket. Aisar memutuskan untuk berjalan kaki sahaja ke sana. Aisar memandang kiri kanan tiba-tiba dompet tercicir di atas jalan tar. Tidak sempat aisar melarikan diri sementara kereta di hadapannya sudah menekan butang hon.
Afham terkejut lalu menekan brek kereta. Tingkap kereta dibuka, kepala dipacul keluar memandang lelaki tersebut. Azielah juga turut sama berasa terkejut akan kejadian tadi tetapi alhamdulillah lelaki itu terselamat.
" Hoi, buta ke apa?!" jerkah afham.
Aisar menoleh melihat gerangan yang tiba-tiba mengherdik ke arahnya. Nasib rambut panjang menutupi separuh daripada mukanya. Senyuman sinis terpamer dibibir. Aisar hanya sekadar mengangguk sebagai tanda minta maaf lalu beredar daripada situ.
Azielah sudah risau dengan keadaan afham yang secara tiba-tiba mengherdik lelaki itu di tempat orang awam.
"awak jangan macam ni. Tak malu ke orang tengok-tengok. Dia tak sengaja tu!" azielah cuba menenangkan hati kekasihnya.
"Tak masalah sekarang ni sayang kenapa? Nak bela orang tu tak salah lah. Macam tu!" suara naik seoktaf. Afham sudah lama menahan sabar tetapi kali ini tahap kesabarannya sudah tipis.
"awak ni tiba-tiba nak emosi kenapa. Tak ada maknanya saya nak bela orang tu. tapi awak kena tahu sekarang ni kita dekat tempat orang awam. Awak tak malu ke orang-orang dekat sini tengok perangai awak yang tak beradab. Awak boleh fikirlah..." azielah menoleh sekilas ke arah afham lalu memandang keluar tingkap. Panas pula hati tuduh orang bukan-bukan.
" Habis tu sayang kata saya ni kurang ajar. Ha? "
Azielah memicit pelipis dahinya. Penat mahu berbalah mulut dengan afham. Perkara kecil mahu juga dibesarkan. Macam budak kecil sahaja. Azielah hanya diam tidak membalas soalan afham tadi.
"saya nak awak hantar saya balik. " datar sahaja suaranya.
"Tak payah. kita dah sampai supermarket ni. Sayang jangan nak mengada sangat erk merajuk bagai!" afham memandang azielah dengan pandangan tidak puas hati.
"Oky fine, saya naik grab jelah..." azielah menekan butang app grab lantas telefon pintar milik azielah dirampas oleh afham. Membulat mata azielah melihat tindakan afham yang agak sedikit kasar.
"Tak payah. Biar saya hantar sayang balik. Nanti apa pula kata umi yang saya ni tak pandai jaga anak orang!" dingin sahaja ton suaranya.
"apa nii... Main rampas-rampas barang orang. Awak tak boleh buat sesuka hati macam tu dekat saya!" azielah pantang sekali orang berbuat seperti itu kepada dirinya. Walaupun afham itu boyfriendnya.
"sayang degil sangatkan. Saya buat cara kasar baru nak dengar!" enjin kereta dihidupkan semula. Nafas ditarik lalu dihembuskan perlahan-lahan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Afham cuba menahan diri daripada marah, dia berpaling ke arah azielah memberikan senyuman manis.
Azielah memandang luar tingkap. Panas pula hati berkata seperti itu. Nampak sangat tak nak mengaku diri sendiri salah. Mampu cakap dalam hati sajalah.
"sayanggg... Saya mintak maaf okay sebab terlampau ikutkan emosi sampai sayang terasa dengan kata-kata saya." afham cuba memujuk azielah malah dia hanya diam memandang luar.
"saya janji saya tak berkasar lagi dengan sayang. Sayang janganlah buat macam ni dekat saya. Sayang dah tak sayang saya ke?" soal afham sambil membuat mimik muka sedih.
Azielah memandang wajah afham dari pantulan tingkap kereta, dia hampir ketawa tapi dia sengaja buat-buat merajuk supaya afham masih berusaha memujuknya.
Afham faham azielah masih dalam keadaan mood yang tidak baik. Tak apa dia biarkan dahulu emosi wanita itu untuk dalam keadaan stabil semula.
AISAR memandang rambutnya di cermin motorsikal. Senyumannya lebar sampai ke telinga kerana berpuas hati dengan guntingannya. Kunci motor dalam kocek seluar dikeluarkan lalu dicucuk ke arah motorsikal miliknya. Enjin dihidupkan lalu dua roda meluncur pulang ke rumahnya.
Tiba dihalaman rumah kelihatan susuk tubuh kaisarah yang terkinja-kinja ke arah aisar yang baru pulang. Aisar hanya bersikap dingin dan beku sahaja. Malas mahu melayan perangai budak gedik tu.
"Hai abang aisar. Lambat balik?" kaisarah memandang wajah aisar sambil tersenyum.
"suka hati aku nak balik lambat ke tidak. Apa masalah kau sebenarnya..." ton suara berubah dingin.
Air muka kaisarah berubah muram. Seakan merajuk. Mulut muncung seperti itik. Orang tanya elok-elok macam ni dia balas. Tak apa, kalau dia minta tolong dekat aku jangan haraplah.
" abang. Saya tanya elok-elok kan. Jawablah!"
Aisar memekakkan telinga malas mahu melayan karenah gedik kaisarah. Meluat sahaja. Barang- barang baja dibeli tadi diberikan kepada kaisarah. Hampir sahaja kaisarah terduduk dengan baja dilempar begitu sahaja ke arahnya. Kurang asam punya abang!
" Bawakan barang-barang aku. Kau kan sayang aku, so sebagai tanda penghargaan aku nak kau bawa baja-baja ni dekat belakang rumah. Bye!"
"what!" kaisarah menghentak-hentakkan kakinya. Ish, tak romantik langsung.
"Assalamulaikum..." jawab aisar
"waalaikumsalam. Eh, aisar dah balik. Mak lek menjenguk ke arah luar rumah.
Aisar menuju ke arah mak lek lalu mengapai tangan dan mencium kekura jari orang tua itu.
" baru sampai mak. Oh iye pak lek mana mak?"
" Dia pergi warung Haji Kasim. Jumpa kawan dia lah agaknya."
Aisar mengangguk faham. Tiba-tiba perut berbunyi meminta untuk diisi. Aisar tersengih-sengih memandang mak lek. Mak lek hanya menggeleng kepala sahaja seraya tersenyum memandang aisar.
"Dekat dapur banyak lauk mak masak. Kamu makanlah ye dulu mak nak solat kejap!" mak lek menuju ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk. Aisar mengangguk tanda mengerti. Dia segera berjalan ke arah dapur lalu mengambil pinggan dan mencedok nasi. Kemudian, dia duduk di kerusi menikmati masakan air tangan mak lek. Tanpa aisar sedari kaisarah tiba-tiba muncul sambil tersenyum memandang aisar yang sedang menikmati hidangan tersebut.
Panahan tajam diberikan oleh aisar. Perasaan tidak puasa hati menguasai hati lelaki tersebut. Tiba-tiba saja aisar mengeluh berat dan berhenti makan seketika. Mata menikam tajam susuk tubuh kaisarah yang masih tersenyum kearahnya.
"kau pahal dekat sini. Kalau kau nak makan sila ambil pinggan duduk sini lepastu makan diam-diam. Kalau tak kau bla!" ton suara berubah keras.
Air muka kaisarah berubah muram dan merengus kasar dengan bebelan aisar.
"abang ni kenapa eh moody je dari tadi. Sarah tak buat apa-apapun dengan abang..." air mata terpaksa ditahan.
"suka hati akulah nak moody ke tak. Itu bukan hak kau nak masuk campur. Bla sekarang sebelum jadi benda tak elok!"
Ugutan yang diberikan aisar membuatkan kaisarah sedikit gerun dan terasa hati dengan kata-kata yang dilontarkan. Kaisarah lantas bangun dan pergi meninggalkan aisar bersendirian.
" ceh, dasar hati tisu!" bisik hati aisar.
Sorry author lambat update🙏.
Don't forget to vote and comment ❤️👇
YOU ARE READING
UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE )
Romance📍UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SILA BACA UNGKU AQIEL ZAFRAN 1. SEKIAN 5 tahun menderita atas pemergian orang yang tersayang azielah terpaksa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan tersebut. Sebagai seorang usahawan berjaya, azielah telah membuka sat...