My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN
AZIELAH masih buntu dengan keputusannya. Serabut memikirkan hal semalam sehingga perut berkeroncong pun tidak di endah. Keputusan muktamad yang dibuat baginya berkaitan hidup dan semati."kalau free mummy and daddy saya ajak dinner. Lepastu, boleh kita bincang sekali tarikh pertunangan..." - afham
Setelah apa yang berlaku semalam, dia dapat merasakan dia masih tidak dapat mengelak dengan semua perkara. Dia masih merindukan arwah. Ia dia tahu afham seorang lelaki yang sangat baik. Tetapi sikap dan perangai jauh berbeza dengan arwah.
" macam mana satu hari nanti hati aku berubah. Kau terima tak semua ni afham" bisik hatiku.
Umi menyiapkan makan malam. Umi sedari anak gadisnya seharian tidak keluar daripada bilik. Apa yang berlaku semalam membuatkan hati dilanda gusar dan risau. Lantas, umi naik ke tingkat atas untuk menjenguk keadaan anak gadisnya itu.
Tok!
Tok!
Tok!
"azielah kamu okay tak tu? Umi risaulah daripada semalam kamu tak keluar bilik. Kamu ada masalah ke?"
Ketukan pintu mematahkan lamunan azielah. Kedengaran suara umi dari arah luar. Azielah bangkit lalu ke pintu dan memulas tombol, terpacul wajah umi yang agak sedikit risau melihat keadaannya.
" eh umi kenapa datang bilik zielah ni? Umi nak perlukan zielah ke?" soalnya lagi.
Umi melihat wajah azielah agak sembab. Mungkin selepas habis menangis. Umi tidak banyak bicara, tangan azielah digapai dan dibawa ke sofa berhadapan katilnya. Azielah hanya diam dan mengikut sahaja umi membawanya ke mana.
" kenapa azielah nangis? Apa yang jadi semalam? Afham ada buat sesuatu yang tak baik dekat belakang kamu!"
"tak ada umi. Azielah cuma teringatkan arwah je. Sebab tu azielah terbawa emosi. Umi janganlah risau, kejap lagi zielah oky ni hehe..." azielah cuma menyedapkan hati umi.
"afham ada telefon kamu. Katanya nak ajak dinner nanti."
"haah family dia ajak zielah. Azielah pun tak bersiap lagi ni. Nanti dia datang kesian dia tunggu zielah lama. Umi nak ikut sama tak?"
Ikutkan azielah mahu sahaja dia membawa umi dan abang bob bersama-samanya. Akan tetapi afham hanya mengajak dia sahaja.
" tak apa lah. Umi nak duduk rumah je, malas pulak nak berjalan. Nanti kalau zielah jumpa ibu dan ayah afham tolong kirim salam dekat diorang ya."
"baik umi."
Umi bangun daripada duduk dan beredar daripada situ. Tiba-tiba umi memberhentikan pergerakannya di hadapan pintu. Badan dipusingkan ke belakang menghadap azielah yang sedang duduk di sofa.
"umi cuma nak pesan jangan paksa diri kalau tak bersedia." langkah diteruskan sambil tersenyum manis.
"apa maksud umi?" kata-kata umi menjadi tanda tanya dalam fikiran azielah. Adakah orang tua itu memahami apa yang sedang dialaminya sekarang.
Semakin hari semakin banyak persoalan yang bermain di minda aisar. Ada satu ketika, kepalanya teramat sakit sehingga dia sendiri tak mampu atasi. Setiap kali sahaja, dia cuba mengingati peristiwa yang berlaku kepalanya akan automatik sakit seperti terkena renjatan elektrik.
"takkan mak tak ada bukti langsung tentang aku sebelum ni. Macam mana aku nak tahu diri aku yang sebenar? Padahal aku sendiri tak ada bukti. Serabut..." rambut diusap kasar.
Kaisarah memandang aisar dari jauh. Dia tahu mesti aisar sekarang serabut memikirkan hal tentang dirinya. Dia tak akan semudah itu untuk tahu diri dia yang sebenar. Kaisarah tidak akan benarkan.
" Abang okay tak? Nak sarah tolong buatkan air." sarah berjalan menuju ke sofa lalu melabuh punggung bersebelahan aisar.
"kau nak apa sarah? Aku tengah serabut ni. Boleh tak kalau sehari kau jangan ganggu aku. Mana-mana aku pergi mesti kau ada. Aku rimas tau tak!" ton suara berubah kasar. Aisar tidak memandang kaisarah langsung dia hanya tunduk sambil menutup mukanya. Makin dia lihat muka perempuan itu makin serabut dia rasakan.
"jangan serabut abang... sarahkan ada." tiba-tiba tangannya naik mengusap belakang aisar.
Aisar terkejut tatkala seperti ada tangan mengusap di belakang tubuhnya, tangkas ditepis kasar. Renungan mata hazel berwarna coklat tajam memandang kaisarah.
"Apa masalah kau sebenarnya haah! Asal nak pegang-pegang ni. Kau sekarang dah melebih sarah. Murah sangat ke kau ni..." aisar menayang wajah marah sambil menggepal penumbuk.
Muka kaisarah berubah cuak. Melihat wajah aisar yang bertukar bengis sehingga tangannya bergegar dan berpeluh.
"s..sarah tak melebih pun abang. Sarah cuma kesian tengok abang stress fikir masalah ni. Sarah nak bantu abang hilangkan stress dengan cara usap bahu abang biar abang tenang. Tu je." mata itu merenung wajah aisar dengan jelas. Wajah lelaki itu merah padam menahan amarah.
Kaisarah cuba berlagak tenang di hadapan aisar.Mendengar pengakuan daripada mulut perempuan itu, aisar semakin bengang. Lengan kaisarah direntap kasar menyebabkan sarah merintih kesakitan.
Aisar menggenggam lengan itu dengan kuat sekali."aku tak perlukan keprihatinan kau dekat aku sarah. Aku tak suka kau masuk campur hal peribadi aku. Lebih baik kau sibuk pasal diri kau! Faham tak!" bentak aisar di hadapan muka kaisarah.
Air mata tiba-tiba menjurai jatuh. Susah sangatkah aisar memahami perasaannya. Kenapa susah aisar nak menerima dirinya. Berbaki air mata yang masih ada, kaisarah terpaksa bersuara.
" kenapa susah sangat nak nampak effort sarah? Apa yang membuatkan abang susah nak terima sarah dalam hidup abang. Apa kurangnya sarah bang tsk..tsk.."
"aku rasa kau buat-buat lupa. Kau ingat tak aku pernah cakap dekat kau sebelum ni. Aku nak kau dengar baik-baik dan ingat sampai mati! Aku anggap kau macam adik sendiri. Faham." pipi kaisarah di tepuk perlahan.
Dia tahu aisar menipu diri sendiri. Dia tahu lelaki itu cintakan dia.
"kau dengar sini baik-baik, sekali lagi kau buat macam tu dekat aku. Aku tak akan teragak-agak kerjakan kau lebih teruk. Ingat sarah! Aku tak pernah bermain dengan kata-kata. Sekali aku dah bagi warning dekat kau tapi kau buat tak tahu. Sorry, aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila. Biarpun mak dan ayah kau nampak apa yang aku buat dekat kau sekalipun. Asalkan hati aku puas!
Tangan ditepis kasar. Tengok wajah perempuan tu makin lama makin serabut.
"saya takkan mengalah aisar. Awak bagi warning banyak mana sekalipun. saya akan tetap buat awak suka dekat saya. Wait and see..."
Hai korang😆👋. Sorry late update 😬harap chapter ni memuaskan. Maafkan sy sbb kli ni kekurangan idea sedikit. Tapi demi korang sy snggup cuba dpt semula idea tu dan update. 🤭
Don't forget to vote and comment 👇
YOU ARE READING
UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE )
Romance📍UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SILA BACA UNGKU AQIEL ZAFRAN 1. SEKIAN 5 tahun menderita atas pemergian orang yang tersayang azielah terpaksa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan tersebut. Sebagai seorang usahawan berjaya, azielah telah membuka sat...