14

84 5 0
                                    

My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN

Kunci kereta Honda City 1.5 V diletakkan di atas meja kaca. Afham berlalu ke ruang dapur untuk berjumpa dengan pembantu rumahnya. Kelibat orang tua itu tidak kelihatan. Jam dipergelengan tangan dibelek.

"Tunggu sekejaplah" bisik dalam hati afham.

Peti ais dibuka, botol berisi air putih dicapai dan dituang ke dalam cawan kaca. Diteguk sekaligus untuk melegakan dahaga.

Kelibat bibik na muncul. Matanya memandang ke arah afham lantas dia menunduk hormat.

"tuan dah makan?" soal bibik na.

"Aku dah makan dekat luar tadi. Aku nak tanya kau pasal orang tua tu. Dia macam mana still meracau lagi?"

Bibik na mengangguk. Kunci bilik dalam kocek seluar dikeluarkan lalu dihulurkan kepada afham. Orang tua itu terpaksa dikurung takut berlaku perkara yang tidak diingini terjadi.

" tuan ni kuncinya. " bibik na menghulurkan segugus kunci kepada afham.

Afham menyambut huluran daripada bibik na. Kakinya melangkah ke tingkat atas untuk berjumpa xi xiang.

Tiba sahaja di tingkat atas kunci pintu dibuka, perlahan-lahan daun pintu ditolak. Keadaan suasana bilik kelihatan gelap dan bersepah. Kelibat xi xiang juga tidak kelihatan di atas katil.

"Xi xiang where are you?" kakiku memandang seluruh pelusuk bilik itu. Mataku tajam memandang luar balkoni. Kelihatan xi xiang sedang duduk bersila sambil menangis dan memukul kepalanya sendiri.

Aku lantas keluar ke arah balkoni dan cuba menghalang xi xiang mencederakan dirinya .

"kau kenapa orang tua? Nak mati cepat ke!" ton suara berubah keras.

"lu buat wa jadi macam ni. Wa takkan maafkan lu zafran. Wa akan cari lu sampai lubang cacing"

Afham tidak memahami langsung apa yang diceritakan oleh xi xiang.

"kau merepek apa ni? Aku tak faham."

"bisnes wa semua sudah hancur. Kalau bukan dia yang buat sampai sekarang bisnes wa maju."

"siapa yang buat? Zafran. Siapa mamat tu sampai kau benci macam ni." afham cuba mengorek rahsia xi xiang satu persatu.

"dia dulu anak buah wa. Bapak dia banyak tolong wa dulu sampai wa anggap dia macam anak wa sendiri. Tapi satu masa, dia tak suka sama wa sebab wa banyak tipu dia. Bisnes wa habis musnah."

Afham masih tidak faham dengan situasi yang dihadapi xi xiang. Dia cuba bertanya lagi apa yang terjadi.

" bisnes apa yang kau buat sampai marah sangat dekat dia. Aku rasa bisnes kau bukan kaleng-kaleng. Bisnes haram?!" soal afham sambil mata dikecilkan sedikit.

Xi xiang memerhati afham atas bawah. Dalam diam dia takut afham juga mempunyai niat yang sama seperti zafran. Tapi bila diperhatikan semula, afham tidak akan sanggup buat perkara itu kepada dirinya. Lagi pula, afham baru sahaja mengenal dirinya.

"Errr... Kenapa lu mau tau. Itu hal wa. Jangan masuk campur!" xi xiang  mencelah dan tak suka orang luar ikut campur hal peribadinya.

"masa bila aku nak masuk campur hal kau. Aku tanya je? hm tak apa kau rehat dulu. Aku tahu kau penat. I want ask you, take care yourself!"

Afham lantas keluar daripada bilik xi xiang dan membiarkan xi xiang berehat.

Xi xiang memandang sepi bayangan figura itu. Dia tak nak perkara itu berulang semula.

    

                

            

               PLASTIK UBAT yang dibeli tadi diletakkan di atas meja makan. Kerusi ditarik lalu aisar melabuhkan punggung sebentar. Keluhan dihembus kasar memperingatkan kejadian yang berlaku di pantai petang tadi.

Kocek seluar diraba kasar. Seutas gelang dipegang. Terdapat huruf A dan Z ditengah-tengah. Aisar tidak sempat memulangkan semula gelang kepada gadis yang dia langgar tadi.

Semasa menikmati suasana angin pantai tiba-tiba aisar terlanggar seorang gadis. Mereka masing-masing jalan arah bertentangan. Aisar melihat gadis itu tergesa-gesa mengutip makanan yang terjatuh di atas pasir. Nasib sahaja makanan itu berbungkus dan diikat ketat.

Aisar lantas membantu gadis itu tanpa memandang wajahnya. Gadis itu juga mempercepatkan pergerakannya. Mungkin perlu cepat agaknya. Aku hanya memandang gerak-geri gadis itu. Aisar segera mengucapkan sorry miss sebagai tanda meminta maaf.

Lari sahaja dari pandangan, aisar ternampak seutas gelang terjatuh di atas pasir. Diambil gelang itu dan dipandang lama. Aisar mahu memulangkan semula tapi kelibat gadis itu sudah tiada.

Lain hari sahaja mungkin boleh jumpa dan pulangkan. Lantas, aisar letak di dalam kocek seluar dan berlalu pergi.

Abang!

Abang...

Ab....

Sarah menghentakkan tangan ke atas meja. Aisar tersedar daripada lamunan lalu memandang tajam ke arah kaisarah. Melihat tampalan di kepalanya, aisar membatalkan niat mahu memarahi gadis itu. Dia tahu gadis itu sekarang tidak berapa sihat.

"sarah panggil abang, abang mengelamun je. Abang okay tak?" kerusi kosong disebelah aisar menjadi tempat sarah untuk duduk.

"aku okay je. tu ubat dalam plastik aku dah belikan untuk kau. Jangan lupa makan nanti." plastik ubat ditunjukkan ke arah sarah.

"eh abang buat susah jelah. Terima kasih tau bang ambil berat pasal sarah. Sarah nak mintak maaf pasal semalam. Sarah tau sarah banyak salah dekat abang" kaisarah tundukkan kepala memandang meja.

"aku buat sebab mak bagitahu aku kau tak sihat. Bukan sebab aku ambik kisah pasal kau. Kau jangan nak perasan sangat" pedas kata-kata aisar dilontarkan kepada sarah.

Sarah sedar aisar masih marahkan dia tentang hal semalam. Kenapa dia tak fikir sebelum berbicara. Tengok sekarang keadaan masih belum baik. Sarah cuba tidak mengambil hati, dia cuba mengubah topik agar keadaan lebih aman.

"abang keluar ke mana tadi?"

"aku ke pantai."

"kenapa tak ajak sarah? Sarah pun dah lama tak jejak ke sana."

"kau tak sihat. Macam mana aku nak ajak."

Sekali lagi sarah terdiam. Betul juga apa yang dikatakan aisar.

"abang dah makan?" sarah masih cuba mengajak aisar berbual.

"dah. Kenapa?"

"oh tak ada apa. Kalau abang belum makan sarah boleh tolong masak sekejap" katanya lagi.

"tak payah risau hal aku. Kau tu jaga diri elok-elok. Nanti tak pasal-pasal terbaring dekat katil."

"abang ni sarah ambil berat pasal dia. Boleh pula cakap macam tu." suara berubah kecewa.

Aisar bangun daripada duduk menuju ke bilik mandi. Malas mahu mendengar bebelan gadis itu. Takut nanti emosi berubah, masalah pula makin bertambah.

Kaisarah memandang sepi pemergian aisar. Dia tahu sangat perangai aisar. Malas mendengar kata-katanya.

Hai korang maaflah klau chapter kali ni kurang dan membosankan sedikit🙏. Saya harap korang enjoy je.

Sorry jgk klau lmbt update. Maklumlah saya kan anak menteri. Hahaha tkde la gurau je. Sy kurang idea tu je🤣.

Don't forget to vote and comment ❤️👇

UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now