8

94 6 0
                                    

My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN

         
           TANAH  perkuburan islam kampung baru merupakan tempat arwah dikebumikan. Azielah dan bob sama-sama memasuki perkarangan kawasan kubur. Tidak lupa juga mereka memberi salam sebagai tanda hormat kepada jenazah yang lain.

"Assalamulaikum awak... Kami datang ni. Awak mesti rindu saya dan bob kan. Harini kami nak bersihkan sedikit kubur awak. lepastu, kami nak sedekahkan ayat suci al-quran untuk awak. Awak happy kami datang" air mata tiba-tiba mengalir lantas dilap segera.

Bob diam terkaku memandang kubur arwah zafran. Peristiwa lalu, masih segar dalam fikirannya. Tidak disangka selepas seminggu kehilangan arwah pihak polis mengesyaki bahawa mayat zafran ditemui dengan keadaan yang amat mengerikan. Mayat arwah dikerat sebanyak 15 kerat. Hanya allah sahaja yang tahu betapa seksanya dapat mengetahui berita tersebut.

Xi xiang pula disahkan hilang. Tiada jejak dapat dikesan oleh pihak polis tetapi orang tua itu masih dalam siasatan dan pencarian. Bob yakin dia masih hidup. Dia harus dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan selama ni.

"Abang termenungkan apa tu. Jom sini kita baca yassin sama-sama" azielah duduk bersila sambil memegang yassin manakala bob juga duduk bersebelahannya.

Usai membaca yassin azielah menyiram air dan menabur sedikit bunga ros di atas kubur arwah.

"awak saya rindu sangat dekat awak. Rindu suara awak, rindu nak tengok muka awak. Rindu segala moment kita berdua. Awak nak tahu tak masa awak hilang, saya selalu mengharapkan awak datang semula untuk  bersama saya tapi bila saya dapat tahu awak mati dibunuh dengan keadaan yang mengerikan saya terus menangis sampai saya sendiri macam nak bunuh diri."

Tanpa sedar air mata menjurai deras membasahi pipi. Kali ini azielah tidak dapat menahan lagi. Penat menahan rasa sakit seperti ini.

Bob hanya memerhati azielah. Dia tahu gadis itu masih tidak boleh melupakan arwah dan dia dapat merasakan seolah-olah dia memaksa hatinya untuk bersama afham.

"azielah sudahlah tu. Jangan terlampau sedih sangat. Abang takut zielah nanti terlebih emosi lepastu, jadi macam dulu balik" bob berasa risau.

Azielah mengelap air mata lalu memandang bob sambil tersenyum.

"zielah nak feeling sikit pun tak boleh! Abang jangan risau pasal zielah. Cuma azielah tak boleh kalau fikir pasal arwah azielah akan terbawa emosi." tersedu-sedu azielah menahan air mata.

"tak apa abang faham. Abang nak tanya afham tahu hal ni?" wajah serius dipamerkan.

Azielah terjeda. Selama 4 tahun setengah menjalin hubungan sebagai kekasih azielah tidak pernah langsung memberitahu afham tentang arwah zafran. Tetapi dia hanya memberitahu dia pernah menyukai seseorang dan orang itu sudah tiada.

"Tak. Azielah tak nak dia tahu hal ni. Walaupun afham tu boyfriend azielah, tak semestinya semua perkara nak diberitahu. Cukup saja dia tahu azielah pernah sukakan seorang..."

"Kau tak takut bergaduh besar bila kau berahsia dengan dia?"

"kenapa  perlu takut. Afham tak ada kena mengena lagi dalam hidup zielah!" tiba-tiba azielah tersentak kerana telefon pintar berbunyi.

UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now