10

75 5 0
                                    

My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN

DEGUPAN jantung azielah berdegup laju. Seolah seperti menjawab soalan peperiksaan spm. Tangan tidak berhenti berpeluh. Kelibat afham juga tidak kelihatan.

"kata 5 minit. Sekarang dah lebih 10 minit..." azielah memerhati keadaan sekeliling. Setelah afham membawa azielah ke sebuah restoran mewah dia meninggalkan azielah sebentar kerana ada hal mustahak.

"kalau ada hal penting pun kenapa harini juga nak ajak dinner. Buang masa je tunggu!" keluh zielah. Jam tangan ditilik sekali lagi. Sedang asyik membebel sorang diri tiba-tiba bahu azielah dicuit seseorang daripada belakang.

Azielah menoleh ke arah orang yang mencuitnya tadi. Seorang lelaki berpakaian putih berkot putih. Mungkin pelayan.

"kenapa sentuh saya tadi ?!soal azielah.

"maafkan saya cik. Tadi saya panggil cik tapi tak dengar. Banyak kali juga, sampai saya datang sini." pelayan wanita itu melemparkan senyum manis.

" tak apa saya maafkan. Kalau boleh saya tahu kenapa nak jumpa saya?" tanyaku kali kedua.

"ada orang nak jumpa cik tapi sebelum tu cik kena tutup mata guna kain ni" pelayan wanita itu menunjukkan sehelai kain berwarna hitam.

Siapa pulak yang nak jumpa ni? Tunang sendiri pun tak datang lagi. Macam mana kalau nanti dia nampak aku dengan orang yang nak jumpa aku tu. Confirm dia marah.

"siapa eh orang tu? Kalau boleh saya nak tahu. Lagipun sekarang ni saya tengah tunggu boyfriend saya dekat sini. Takut nanti dia tengok dan salah faham." kataku lagi.

Tiba-tiba pelayan itu ketawa kecil dan tersenyum memandang ke arahku. Apa aku tengah buat lawak ke sekarang?pelik juga wanita ni. Aku sekadar geleng kepala sahaja.

"erhm... Cik jangan risau. Orang yang ajak cik ke sana pun, cik kenal."

Hati aku masih dalam keadaan ragu-ragu. Tapi aku hanya menyedapkan perasaanku saja. Aku memandang pelayan wanita itu dan aku mengangguk kepala tanda bersetuju untuk berjumpa dengan orang itu.

Mataku mula ditutupi kain putih. Aku bangun dan mengikuti sahaja gerak geri yang disuruh oleh pelayan wanita itu. Aku merasa sudah sampai tempat yang dituju. Aku cuba memanggil wanita itu tapi membalas.

"dik, awak ada lagi tak dekat situ? Saya boleh bukak dah ke?"

Afham mengarahkan wanita itu beredar dan dia akur. Sekarang afham dan azielah berdua sahaja. Afham hanya diam  melihat reaksi azielah yang agak comel. Membebel tak henti.

"boleh tak jangan main-main. Ish! Aku bukak jelah..."

Terpaku azielah melihat dihadapannya. Ada sebuah meja panjang yang dihiasi candle light. Ditabur juga bunga ros disekeliling.

"suka tak?" soal afham.

"suka sangat. Tapi disebabkan awak saya merajuk. Hm"

"kenapa merajuk sayang. Alolo sorry, tinggalkan sayang sorang-sorang tadi. Saya betul-betul tadi ada hal dekat pejabat. Lepas dah settle saya terus datang sini, prepare dinner kita."

UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now