6

113 9 0
                                    

My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN


Sekeping gambar sekeluarga ditatap dengan renungan tajam dan sinis. Pisau kecil diatas meja diambil lalu dicucuk ke arah seorang budak lelaki berpakaian baju t-shirt biru, berseluar jeans pendek dan bertopi. Renungan sangat dalam seperti menyimpan seribu dendam yang tidak terbalas.

"semua bisnes wa sudah hancur gara-gara lu punya kerja. Kali ni wa tak akan diam diri zafran. Wa sudah tidak kesian sama lu. Wa akan balas dendam dengan apa yang lu buat sama wa. Lu ingat wa sudah mati. Hahahaha lu bodoh, bodoh banyak bodoh!"

Derapan kasut membuat  Xi xiang tersentak. Cepat-cepat dia mengalihkan pisau itu dimasukkan semula ke dalam kocek seluarnya. Dia tersenyum sinis lalu menoleh ke arah seseorang yang semakin dekat datang ke arahnya.

"keadaan kau macam mana. Sihat sepenuhnya atau kau nak aku bawak lagi jumpa doktor?" kata lelaki itu.

"Tak apa wa sudah sihat. Wa mau ucapkan terima kasih sama lu sebab sudah selamatkan wa.  Wa tak tahu kalau nyawa wa masa tu sudah tak ada. Wa banyak sedih owh..."

Lelaki itu tersengih sahaja. Kepala di geleng beberapa kali. Xi xiang memandang lelaki itu dari atas sehingga ke bawah. Pakaian lelaki ini bukan seperti bukan calang-calang orang.

" lu dari mana, pakai baju smart saja?" soal xi xiang.

Lelaki itu tersengih malu sambil menggaru kepalanya.

"ohh aku ada kerja tadi. Lepas semua settle aku terus datang sini nak tengok keadaan kau." soalnya.

Xi xiang mengangguk faham. Dia seolah tertanya-tanya dengan lelaki itu sama ada lelaki ini berkata benar atau berbohong padanya. Dia  hanya mahu kepastian supaya dia tidak terjerat. Dia takut lelaki ini hanya menyamar sahaja dan memastikan dirinya tidak melarikan diri.

Xi xiang menyedari kedatangan lelaki itu sewaktu dia dibawa ke hospital dan sedar sahaja dia sudah berada dirumah lelaki itu. Pada mulanya, xi xiang mengingatkan dia dibawa ke balai polis untuk dipenjara.

"kenapa kau pandang aku macam tu, ada yang tak kena ke?"

"tak wa saja tengok. Wa tak tau nama lu apa?"

"Oh ya aku lupa nak bagitahu nama aku dekat kau. Aku afham khairil. Aku harap hubungan kita lepas ni semakin akrab dan baik." afham berjabat tangan bersama xi xiang lalu tersenyum sama.

Xi xiang tersenyum lebar. Dia mungkin mempunyai peluang yang besar untuk lebih mengenali lelaki itu. Sekurang-kurangnya, dia boleh meminta bantuan daripada afham untuk menyelesaikan masalahnya.


       
        

        Suasana di meja makan kini agak sunyi sepi. Masing-masing melayan diri dengan makanan yang dihidangkan. Umi sekejap-sekejap mengalihkan pandangan ke arah azielah. Tiba-tiba sahaja hatinya terdetik ingin menanyakan sesuatu kepada anaknya itu.

Bob menyedari pandangan umi ke arah azielah. Bob cuba mewujudkan semula suasana tersebut.

"erhm umi ok tak tu. Bob tengok asyik pandang zielah je. Kalau nak cakap sesuatu cakap je. Bob boleh bagi ruang korang berdua" bob selesai makan terus berdiri ke arah dapur.

Umi terkejut dengan tindakan bob secara mengejut. Azielah juga tercengang dan berhenti makan. Zielah memandang umi dengan tanda tanya.

"bob nak ke mana tu. Salah ke umi nak  pandang zielah. Anak umi kan cantik. sini . Bob merajuk ye sebab umi pandang anak perempuan umi" umi mengusik bob.

"Hahaha tak ada umi. Buang masa saja bob nak merajuk hal ni. Bob perasan umi macam nak tanya sesuatu dekat zielah. Umi tak payah bohong!"

"betul ke umi apa yang abang cakap. Umi jangan macam ni, suka pendam sorang-sorang. Kalau umi nak cakap dengan zielah cakap je. Zielah ok je umi."

Umi seperti rasa bersalah pula dengan anak gadisnya bertanya seperti itu. Dia takut anaknya berasa sedih semula. Dia tidak mahu perkara itu berulang kembali.

" sebelum tu umi nak minta maaf sebab menyibuk urusan peribadi zielah dan  afham. Kalau umi boleh tahu zielah rasa zielah yakin afham boleh jaga zielah dengan baik. Umi bukan tak percaya dengan afham tapi umi nak anak perempuan umi bahagia dan dijaga dengan baik. Zielah fahamkan maksud umi"

Azielah tersenyum lalu berdiri daripada kerusi  meja makan dan berpindah ke arah umi. Azielah duduk disebelah umi sambil menggapai tangan dan digenggam erat.

"umi nak tahu sesuatu tak. Zielah rasa bersyukur sangat sebab dikelilingi orang baik macam umi. Walaupun sebelum ni banyak rintangan yang zielah hadap tapi allah hadirkan kebahagiaan yang zielah tak sangka. Untuk pengetahuan umi, zielah memang dah kenal sangat-sangat  afham tu. Dekat universiti dulu dia selalu tolong zielah bila zielah ada masalah. Dia layan zielah macam puteri. Zielah rasa masa tu happy gila tapi dalam hati zielah tak ada sorang pun yang mampu gantikan dia untuk zielah selain arwah tapi lama kelamaan zielah tengok sangat effort dia nakkan zielah sampai satu masa tu zielah cakap dekat diri zielah untuk beri peluang untuk orang lain merasa kebahagiaan dengan zielah dan alhamdulillah sekarang hubungan kitorang masih kekal walaupun kadang-kadang ada gaduh."

Umi mengeluh kasar seperti hatinya merasakan sesuatu tidak kena dengan hubungan mereka berdua. Umi hanya menepis hasutan-hasutan yang bermain dimindanya.

Azielah tahu uminya masih berasa ragu-ragu dengan jawapannya. Azielah memandang umi dan cuba menyakinkan semula hubungan mereka. Dia tahu umi susah untuk menerima semua ini pada masa akan datang.

"umi percayalah dengan zielah, afham akan jaga zielah dengan baik dan bertanggungjawab seperti mana umi jaga zielah dari zielah zaman sekolah sampai sekarang. Zielah sayang umi sangat-sangat" azielah merasa sebak, lantas memeluk umi dan air mata menjurai membasahi pipi.

Bob hanya menjadi pemerhati dua wanita itu. Sekiranya arwah zafran berada disini sudah tentu perkara ini tidak berlaku dan sudah pasti keluarga kecil ini bergelak tawa sekarang. Azielah pula sudah bahagia bersama zafran.

"bahh.. Abang termenung jauh pulak dia. Umi panggil abang dari tadi. Ish-ish" azielah mengecilkan matanya memandang bob.

"sorry abang tak perasan" bob menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih-sengih.

"tak perasanlah sangat. Nampak sangat abang fikir something. Betul tak?" zielah mula mengusik bob.

"eh tak ada. Dah jom-jom, kesian umi. Abang cubit kang mulut zielah tu biar merah padan muka!"

"Eh, dah pandai ugut-ugut ye.  siap nanti zielah kejar abang!"

Bob berlari apabila zielah mahu mengejarnya. Suasana rumah kembali riuh semula dengan hadirnya dua manusia yang dapat menceriakan keadaan.


Hye guys sorry sbb lmbt update. Apapun thanks korang sebab still support story ni.❤️🤭. Insyallah ada masa saya cuba update lagi, bye.

Don't forget to like and comment 👇❤️

       

UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now