7

88 6 6
                                    

My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN

PONDOK kecil di halaman rumah mak lek menjadi tempat aisar untuk lepak. Angin malam meniup sepoi-sepoi menyebabkan aisar terbuai dengan ciptaannya. Tiba-tiba sahaja muncul seorang perempuan dalam fikirannya. Lantas, aisar membuka semula matanya memandang sekeliling. Dia mengeluh sendiri.

"Kenapa wajah perempuan tu asyik muncul dalam fikiran aku. Siapa dia sebenarnya?!" bisiknya sambil mengusap wajah.

Kaisarah menjenguk dari arah jendela melihat aisar duduk berseorangan di pondok. Muncul idea nakal untuk mengenakan lelaki itu. Perlahan-lahan kaki berjalan menuju ke arah aisar...

Satu...

Dua...

Tiga...

" ca..."

"aku tahu kau dekat belakang!" suara garau itu tiba mencelah.

Kaisarah menggaru kepala tidak gatal. Pelik. Macam mana dia tahu aku nak kenakan dia. Dia ada ilmu hitam yang aku tak tahu. Ish, fikir bukan-bukan pulak.

"Tak sporting lah abang ni. Sarah baru je nak main cak cak..." kaisarah merungut sambil bibir dimuncungkan ke depan.

"kau nak apa datang sini. Aku nak santai-santai pun kau tak bagi. Ada saja yang mengacau!" aisar memandang kaisarah sekilas lalu mata melihat langit semula.

"Tak ada nak apa-apapun. Sarah cuma kesian tengok abang duduk sorang-sorang dekat sini. Sebabtu sarah datang nak teman abang."

Aisar hanya menggeleng kepala.

"suka hati kau la. Yang penting kau tak kacau aku!"

Dalam beberapa minit mereka melayan perasaan sendiri. Aisar bersuara semula bagi mewujudkan semula suasana.

"sarah kalau aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

"Tanya la apa dia ."

"kau pernah jumpa mak ayah aku. Iyalah aku tertanya-tanya mak lek dan pak lek tu anggap aku macam anak sendiri. Maknanya aku cuma anak angkat diorang. Bukan anak kandung. Maksudnya mak ayah aku masih ada! Kau mesti tahu tentang ni. Kan?"

Muka kaisarah mula berubah pucat seakan takut untuk memberitahu perkara sebenar. Dia tidak mahu aisar tahu tentang dirinya sendiri. Dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

" sarah aku tanya kau ni asal senyap! " aisar merenung kaisarah penuh tanda tanya.

"err... Sebenarnya sarah pun sendiri tak pernah langsung jumpa mak ayah abang. Apa yang sarah tahu mak dan ayah ambil abang dekat tempat pusat penjagaan anak-anak yatim" bohong kaisarah.

Aisar semakin bingung dengan persoalan dan jawapan kaisarah. Dia pasti semua kata-kata yang dijawab kaisarah tidak masuk akal. Dia masih ingat situasi itu bila mana dia berada dirumah mak lek dengan keadaannya yang sangat teruk. Kepala dan tangannya berbalut kain putih. Badannya pula banyak kesan luka-luka dan pendarahan. Seakan dia sedang bergaduh dengan seseorang menyebabkan dia menjadi seperti itu.

Dia perlu tanya sendiri hal ini dengan mak lek dan pak lek. Mengharapkan kaisarah untuk memberitahu segalanya belum tentu gadis itu akan berterus-terang. Aisar bangun daripada baring dan duduk bersila. Matanya tajam memandang ke arah kaisarah.

"kau tak sembunyikan apa-apa dekat aku!" soalku lagi.

"T... tak mana ada. Apa yang sarah cakap tu betul bang. Mak sendiri cakap macamtu dekat sarah." kaisarah berasa gerun dengan renungan aisar yang begitu tajam ke arahnya.

Aisar bangkit daripada duduk lalu beredar dari pondok dan sekali lagi meninggalkan kaisarah bersendirian disitu.


AZIELAH membersihkan segala habuk dan peralatan di bilik arwah zafran. Setiap dua kali seminggu azielah akan membuat kerja pembersihan di bilik itu. Kadangkala, apabila azielah sudah penat dia akan tidur dan berehat sahaja. Azielah masih tidak boleh melupakan segala kenangan dia bersama arwah zafran. Walaupun, tidak lama lagi azielah akan bergelar sebagai 'tunang' kepada afham itu bukanlah satu penghalang bagi dirinya untuk melupakan arwah. Tanpa zafran siapalah dia sekarang.

Setelah selesai mengemas bilik, azielah bersiap-siap menukar pakaian untuk pergi menziarahi kubur arwah. Azielah hanya memakai baju kurung serta bertudung shawl berwarna putih. Tidak lupa juga yassin untuk dibacakan kepada arwah nanti.

Azielah menuruni tangga dengan perlahan. Kelihatan susuk tubuh umi yang sedang kusyuk duduk di sofa sambil menonton televisyen. Azielah mendekati umi melabuh punggung disebelahnya.

"Azielah nak pergi mana cantik-cantik ni?" umi memandang atas bawah lalu tersenyum.

"zielah nak pergi lawat kubur arwah kejap. Lama betul azielah tak pergi sana. Umi nak ikut?" ajak azielah.

Umi tersenyum lagi dan menggeleng kepala.

"Tak apa zielah. Umi nak rehat kalau ada masa nanti umi pergi sana lagi. Umi mintak maaf ye tak dapat temankan kamu. Kamu pergi sorang je? Tak nak abang temankan sekali?" tanya umi kepada azielah.

"tak apa umi zielah faham. Haah memang niat zielah nak ajak abang sekali teman kejap ke kubur arwah. Kalau macam tu azielah jalan dulu ya, zielah nak pergi dekat halaman cari abang mana tahu dia ada dekat sana"

"Jaga diri elok-elok" pesan umi.

"okay umi. Bye assalamualaikum"

"waalaikumsalam."

Azielah berlalu pergi ke halaman pula mencari keberadaan bob. Puas azielah mencari batang hidung langsung tidak kelihatan. Tanpa membuang masa, telefon pintar jenama samsung s22 ultra dicapai dalam kocek baju kurung dan nombor bob di dail.

" ish! Mana abang bob ni susah betul nak angkat call.." monolog zielah sendiri.

Kalau macam ni la baik aku drive sendiri je. Tapi apa pulak kata umi nanti. Mesti dia risaukan aku kalau pergi seorang-seorang.

Tiba-tiba telefon zielah bergetar. Tertera nama di kaca skrin telefon miliknya.

Abang bobob😜

" azielah sorry ya abang tak angkat. Kenapa zielah call ? Perlukan bantuan abang ke?"

Azielah hanya senyap sahaja. Muka masam mencuka. Merajuk.

"zielah abang tanya ni. Kenapa senyap. zielah okay tak tu?..." bob merasa gelisah kerana azielah hanya senyap tanpa bercakap.

"Kenapa tak tahun depan je baru angkat call..." jelas kedengaran suara seakan merajuk dan marah.

Bob mengeluh kasar.

"Abang dah mintak maaf tadi. Tak dengar eh?. Abang tadi dekat tandas tengah buang air besar. Zielah nak suruh bob angkat sambil mengeran macam tu" bob menekup mulut menggunakan tangan daripada menahan ketawa.

Jelas kedengaran tidak senonoh.

"ish ke situ pulak dia. Azielah nak mintak tolong abang temankan zielah pergi ziarah kubur arwah. Boleh tak?"

"ohh boleh je. Jap ya abang datang." talian telefon terus dimatikan.







Hai kesayangan author semua.🤭😘 Harap kalini chapter memuaskan untuk korang ye😂. Insyallah klau author rajin author update lagi. Thanks mana yg slalu support and vote story author. Syg korang ketat2 hehe😆🤣.

Don't forget to vote and comment 👇


UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now