15

231 11 5
                                    

My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN

         
        HARI yang ditunggu bakal tiba. Azielah berjalan mundar-mandir sambil mencekak pinggang. Dia tidak menyangka masa harini dia akan bakal bertunang bersama lelaki dia cintai. Lelaki yang  bakal menjadi imamnya suatu saat nanti.

"kenapa aku rasa nervous pulak ni?" bisik hati azielah.

Ketukan pintu membuatkan aku tersentak. Wajah umi terpacul dari luar pintu. Hampir saja jantungku luluh ingatkan siapa yang tiba-tiba masuk tanpa izin. Aku terus memeluk umi. Entah saat ini aku hanya mahu berada disisi umi sahaja.

"bertuah punya budak! Ingatkan dah siap?"

"belum umi. Nervous punya pasal."

"dah. Siap cepat. Nanti pihak keluarga lelaki datang terus sarung cincin." umi membebel lalu menarik azielah duduk disofa.

"umi tunggu dekat bawah. Kalau dah siap nanti call umi."

Aku mengeluh kasar. Kenapa rasa macam tak happy je bila dah nak bertunang. Selalunya tengok orang lain seronok saja tapi bila kena dengan diri sendiri hampa.

Baju kurung hijau pastel  yang aku beli tempoh hari direnung lama. Fikiranku melayang jauh saat teringatkan arwah. Apa reaksinya bila aku dah bertunang. Gembira? Sedih? Kecewa. Aku menidakkan semua itu. Sekarang perlu aku fikir, aku akan bertunang dan bakal menjadi isteri kepada afham.

Aku melihat wajahku dihadapan cermin. Kenapa aku rasa aku masih tak boleh buang perasaan tu walaupun dia tak ada. Otakku tiba-tiba ligat memikirkan sesuatu. Gelang tanganku berwarna silver yang pernah aku buat semasa di universiti dahulu. Gelangku terdapat bentuk huruf 'A' dan 'Z' yang bermaksud azielah zafran.

Mataku melilau sekeliling mencari gelang kesayanganku. Malah semua tempat tiada. Aku teringatkan sesuatu, kemungkinan gelang aku jatuh dekat pantai dua hari lepas. Aku mengeluh kasar.

sorry miss...

Suara itu masih menjadi tanda tanya dan misteri dalam kotak fikiranku. Aku sekilas memandang jam di dinding. Langkahku percepat sebelum umi naik dan membebel lagi.

Alhamdulillah hari ini majlis berjalan dengan lancar. Mula-mula masa datin sarung cincin ke jariku, hati aku dup dap sepanjang hari.

"Jemput makan datin dan datuk."pelawa umi.

" Tak payah panggil datinlah. Panggil dayana je. Lagipun tak lama lagi kita jadi besan" seloroh datin dayana sambil ketawa kecil.

"Hahaha baik-baik. Jom kita makan"

Umi dan datin dayana sudah menghilangkan diri ke ruang dapur. Aku masih lagi kaku menunggu seseorang.

" hmm takkan tak datang kot..."

"arh! Mengkhayal apa tu?" sergah bob dari arah belakang.

Pandangan sinis ditayangkan. Cis, nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau mati awal tak sempat afham nak merasa ada bini. Erk.

"abang bob ni suka macam tu tau. Kita tunggu fiance . Tadi janji lepas  selesai majlis dia nak datang. Tapi batang hidung tak nampak langsung."

"alololo kesian adik abang sorang ni. Mungkin dia busy? Adik ada chat dia tak?"

"Ada baru je tadi. Abang kenapa tak pergi makan? Bukan abang orang pertama ke duduk depan meja pastu lahap semua makanan"

"amboi ingat abang ni apa? Gajah. Agak-agak adik oi. Abang bukan kebulur sangat tak makan. Nantilah abang makan. Baik  teman adik dekat sini."

"baiklah bang. Hahaha"

               

           

             PINTU bilik dikuak perlahan. Sarah melilau mata sekeliling. Sunyi. Sepi. Dia berjalan ke arah dapur. Juga sama tiada orang.  Suara mak dan ayah juga tiada begitu juga abang aisar. Mata kaisarah tepat memandang meja dihadapan televisyen. Terdapat satu kertas putih dan dicapai. Kertas dibuka perlahan.

kau jangan lupa makan ubat lagi. Aku, mak dan pak pergi kebun kejap. - aisar.

Dalam diam sarah senyum sendirian. Garang-garang pun ambil berat juga dengan aku. Sebab tu suka dengan aisar walaupun luaran aisar nampak sedikit jahat tapi jauh disudut hati dia seorang yang sangat baik.

Kaisarah berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Aku gigih menabur baja di atas tanah. Baja yang aku beli dua bulan lepas sudah tidak elok tapi nasib baik mak dan pak menolong aku dan memberitahu bahawa baja tersebut masih boleh digunakan lagi. Maklumlah aku bukan tahu sangat tentang baja dan menanam. Aku mulai jinak meminati menanam semasa aku melihat jiran sebelah sedang menanam buah. Aku terfikir kalau ada tanah sendiri boleh usahakan untuk tanam sayur dan buah.

"aisar mari sini. Mak dah siapkan makan petang ni"

Mak lek sudah menyediakan makanan tengahari sebelum ke kebun. Dari jauh, aisar memberi isyarat anggukan kepala saja. Seharian menguruskan kebun agak memenatkan juga. Jam dipergelangan tangan dilihat seketika. Angka menunjukkan pukul 12 tengahari. Telefon pintar dikocek seluar diambil dan didail nombor sarah.

"Assalamulaikum. Kau buat apa?"

"waalaikumsalam abang. Tak ada buat apa pun. Abang bila nak balik?"

"kau dah makan ubat belum?" pertanyaan sarah tidak dibalas malah aisar menukar topik lain.

"Dah. sarah tanya ni bila abang nak balik?" ton suara berubah sedikit tinggi.

"apasal kau nak tahu. Aku balik ke tak balik sama je. Buat kepala aku pening je. Pandai-pndailah aku cari jalan pulang. Tugas kau duduk dan jaga rumah. Dah aku sibuk." talian telefon terus dimatikan.

Mak lek dan pak lek memandang anak bujangnya membebel sendirian. Kadang-kadang mereka tidak tahu sama ada aisar mempunyai masalah ataupun tidak. Aisar lebih suka mendiamkan diri berbanding menceritakan masalah sendiri.

"bang, saya nak tanya ni?"

Pak lek kusyuk melantak makanan sedap isterinya, kepala menongak memandang muka isterinya.

"apa dia."

"aisar ada cerita apa-apa dekat abang tak. Maksud saya cerita pasal diri dia?"

"ada je. Dia mintak tolong dekat saya untuk pulihkan ingatan dia. Awak tahukan anak kita tu ada penyakit amnesia?"

"saya tahu bang. Sebabtu saya nak abang bantu dia untuk pulihkan ingatan dia. Saya tak nak dia terseksa sakit macam tu. Saya tak sanggup tengok dia bang. Kita sama-sama bantu dia. Abang nakkan?"

"Abang boleh saja tolong. Abang nak awak ajak sarah sekali bantu kita pulihkan ingatan budak tu"

" kalau sarah nak bang. Abang tak perasan ke dua tiga hari ni diorang macam tak bertegur. Saya bukan apa bang, sarah ada bagitahu saya dia dah putus dengan malik"

pak lek tiba-tiba terdiam sejenak. Mukanya berkerut pelik.

"kenapa tiba-tiba saja putus dengan malik. Bukan dia memang sayang sangat dengan si malik tu. Tak ada angin tak ada ribut mintak putus. Habistu, kita nak kata apa dekat keluarga dia nanti. Satu kampung dah tahu dia bertunang. Tarikh kahwin pun dah ditetapkan. Abang tak kira dia kena kahwin juga dengan si malik tu! "

Pak lek menahan geram dan amarah dalam hati. Memalukan keluarga saja.

Don't forget to vote and comment 👇❤️

                    

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now