My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN
AISAR menyembur sedikit minyak wangi di bajunya. Jam tangan dicapai lalu dipasang dipergelengan tangan. Baju t-shirt berwarna hitam menjadi pilihan hati dengan berseluar tracksuit. Harini aisar mahu keluar mengambil angin. Mau dikatakan sudah 3 bulan asyik duduk terperap saja dirumah.
Mak lek yang baru sahaja daripada melihat susuk tubuh aisar begitu bergaya pada pagi ini. Anak angkatnya ditatap lama dari atas sampai bawah. Dia tersenyum lalu menghampiri anaknya itu.
"Amboi! Hensem-hensem ni nak ke mana?" bodek mak lek sambil tersenyum.
Aisar menoleh ke arah belakang.
"eh mak, aisar nak ke bandar kejap. Ambil udara segar. Lama sangat terperap dalam rumah. Dah ada masa ni, aisar pergi kejap. Hehe. Mak kata aisar hensem ya. Memang kenyataan pun mak" sempat lagi aisar memuji dirinya sendiri.
"oh faham tak apa pergilah. Kamu tak ajak sarah sekali. Mak tengok dia pun macam orang tak berapa betul."
Cakap soal sarah sudah beberapa hari aku dengan dia tak bertegur. Mungkin dia terasa lagi apa yang aku cakap. Aku tak suka sangat orang sibuk hal aku. Lagi-lagi hal privacy aku sendiri. Harini aku nak jalan mungkin aku boleh pujuk dia.
" sarah mana mak?" soalku.
"mak rasa dekat bilik. Mak tengok dia macam tak sihat saja. Tadi pagi, tengok muka dia pucat. Mak risau pulak"
Sehari tak buat masalah tak sah. Siapa lagi kalau bukan sarah. Kesian mak dan pak. Kalau nak diikutkan mahu saja dia ego tapi takut pula mak dan pak syak sesuatu dekat kami berdua. Aku mengangguk saja. Tak apa mungkin lain hari saja aku bawa sarah jalan-jalan. Harini aku perlukan masa sendirian.
"kalau macam tu tak apa mak. Aisar pergi seorang saja. Nanti aisar singgah farmasi beli ubat untuk dia"
"hm iyalah. Hati-hati bawa motor." pesan mak lek padaku.
"baik. Assalamualaikum."
"waalaikumsalam."
MATAKU memandang kipas yang sedang berputar. Aku masih ligat berfikir soal tarikh pertunangan antara aku dan afham. Entah mengapa aku rasa hati aku tak nak sahaja meneruskan pertunangan ni. Tapi apa pula kata keluarga afham nanti. Aku tak nak porak-porandakan hubungan mereka dengan aku.
"cepatnya masa berlalu. Dugaan bertunang lebih mencabar. Aku takut tak kuat hadap benda tu nanti. Macam mana kalau tiba-tiba aku dengan afham ..." aku lantas geleng kepala menghindarkan fikiran negatif yang berada dalam otakku.
Aku segera bangun dan turun ke bawah. Harini aku mintak cuti, kedai bakery staff aku yang handle. Maklumlah bos boleh saja cuti sesuka hati. Kita juga yang bayar gaji bukan diorang.
Aku melihat umi kusyuk menonton cerita kegemarannya. Lain tak bukan cerita sinetron. Kalau boleh nak dikatakan setiap hari umi mahu duduk didepan televisyen.
"umi..." aku duduk disofa sambil memeluk umi. Nak juga bermanja dengan umi sekali sekala. Walaupun ibu aku dah tiada tapi aku masih mahu merasakan kasih sayang seorang ibu. Selepas ketiadaan arwah zarfan umi tempat bermanja dan mengadu. Kadang-kadang selalu terfikir kalau umi juga akan tinggalkan aku suatu hari nanti.
YOU ARE READING
UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE )
Romance📍UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SILA BACA UNGKU AQIEL ZAFRAN 1. SEKIAN 5 tahun menderita atas pemergian orang yang tersayang azielah terpaksa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan tersebut. Sebagai seorang usahawan berjaya, azielah telah membuka sat...