My memory is gone but my heart still loves you... - ZAFRAN
AFHAM memandang kalendar di atas meja pejabatnya. Hari pertunangannya hampir tiba. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Badan disandarkan di kerusi empuk sambil membayangkan mahligai yang dicipta bersama azielah nanti.
Laci meja ditarik, sekeping gambar azielah diambil dan ditenung penuh minat. Tangan menjalar ke wajah gadis itu dan tersengih-sengih sendirian.
"finally, you are mine azielah. I've been waiting for this moment to be with you for a long time. I'm happy."
Afham seolah berada di dunianya sendiri. Tanpa dia sedar, ada seorang lelaki yang sedang memerhati dari cermin luar.
"Woi! bukan main happy aku tengok. Kalau boleh mulut sampai ke telinga senyumnya" perli riz kawan kepada afham.
"Adoi, kau ni kacau line betullah. Bagilah aku layan perasaan jap. Pahal kau datang sini?" gambar azielah disimpan semula ke dalam laci. Member dah mari takut macam-macam soalan pula di tanya.
"bibik kau call aku tadi. Pakcik cina tu meracau macam orang gila." riz duduk di sofa berhadapan afham. Tangan pula gatal menyentuh barang perhiasan di atas mejanya.
"asal citer kat aku. Kenapa kau tak bagitahu dia je suruh minum ubat tidur. Settle problem."
"kau ni bibik kau mesti panik. Kalau orang tua tu buat apa-apa dekat dia macam mana? Kau nak tanggung!" tak faham sungguh dengan perangai member sorang ni. Kadang-kadang suka ikut kepala sendiri.
"ish mengada-ngada la orang tua tu." afham mendengus kasar. Telefon iphone 14pro dicapai dan nombor bibiknya didail.
"Assalamulaikum tuan"
"waalaikumsalam , aku nak tanya orang tua tu still meracau lagi?"
"Haah tuan. Saya nak bagi dia makan tapi dia tolak. Lepastu, saya asyik dengar dia sebut-sebut nama zafran. Saya pun tak tahu siapa orang tu dengan dia. Nampak gaya orang tua tu macam marah sangat dengan si pemilik nama tu" cerita bibik na panjang lebar.
Dahi afham mengerut pelik. Riz membuat isyarat tangan kepada afham, afham hanya geleng kepala saja.
"kejap lagi aku balik. Aku nak siapkan kerja sikit. Kalau ada apa-apa jadi terus call aku."
"baik tuan"
Tut.
"kenapa weyh?" soal riz ingin tahu.
"tak ada apa-apa. Eh, dah kau pergi sambung kerja. Kau tengok habis kau kerjakan barang-barang aku. Dasar member perosak!" afham mengusir riz daripada bilik pejabatnya.
Barang perhiasan berbentuk kristal kesayangan afham sedikit tercalar. Orang susah payah jaga elok-elok, boleh pulak dia nak rosakkan. Buah hati yang bagi masa birthday dulu mestilah kena jaga baik-baik.
"erk eleh. Menyesal aku bagitahu kau. Kedekut punya afham!" riz lantas keluar daripada bilik pejabat afham.
Afham hanya menggeleng kepala saja. Merajuk lah tu. Tak padan dengan muka!
Tiba-tiba kepala riz berada dicelah pintu.
"kau ingat aku tak tahu siapa bagi bebola kristal kesayangan kau tu? Ceh.."
YOU ARE READING
UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE )
Romance📍UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SILA BACA UNGKU AQIEL ZAFRAN 1. SEKIAN 5 tahun menderita atas pemergian orang yang tersayang azielah terpaksa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan tersebut. Sebagai seorang usahawan berjaya, azielah telah membuka sat...