𝖘𝖆𝖙𝖚

703 39 0
                                    

"Lara sini!" Jerit seorang gadis.

Namaku. Aku memandang sekeliling lalu mata aku memandang sebuah pondok kecil. Banyak mata yang memandang mereka. Langkah kakiku yang ingin menuju ke dewan kuliah terus terbantut dan terus memutar tubuh ke arah kumpulan tersebut dan berjalan menuju ke arah mereka.

Oh, mereka adalah sahabatku di kolej. Azea Mikayla adalah sahabatku dari zaman sekolah menengah. Mungkin sudah 10 tahun. Azea seorang yang peramah, tinggi lampai dan cantik. Tidak pelik jika banyak mata yang memandang Azea tadi. Gadis pujaan kolej katakan. Selain daripada Azea, mereka adalah sahabatku di kolej. Walaupun baru kenal tidak sampai setahun tapi merekalah yang selalu ada bersamaku dan Azea.

Aku tersenyum kecil menyapa seorang wanita dan seorang lelaki dihadapan Azea. Seorang bernama Nayli dan seorang lagi bernama Hazim. Mereka berdua sepasang kekasih dan bakal melakukan majlis pernikahan setelah tamat pengajian. Mungkin dalam setahun lebih lagi.

Aku teman rapat Azea manakala Nayli teman rapat Azea di dalam Sains dan Komputer Hazim pula rakan kelab Multimediaku. Mungkin disebabkan aku dan Azea, Nayli dan Hazim bertemu. Boleh jadi cupid untuk orang lain padahal diri sendiri tak ada yang mahu. Ceh!

Okey! Aku tidak!

Aku ini sudah disahkan menjadi tunangan orang semenjak aku tamat zaman persekolahan. Tiada siapa yang tahu walaupun Azea. Bukan aku tidak mahu bercerita tapi aku masih berharap pertunangan itu bakal putus sekarang, esok, lusa, minggu depan, bulan depan mahupun tahun depan. Entah dengan malaun mana mama dan papa tunangkan aku?

Nak menolak? Dah banyak kali aku memberontak dan mengugut mama dan papa tapi setiap kali itu juga racanganku tidak berjaya. So, aku dengan redha meneruskan hubungan yang tidak pasti ini.

"Oii! Kau dengar tak?" Terhinjut bahuku apabila disergah tiba-tiba. Aku pandang Nayli yang juga terkejut dengan sergahan tersebut. Aku terus tersengih dan pandang Azea.

"Aku nak ajak korang datang majlis pertunangan aku." Ujar Azea seperti berbisik. Aku mengerutkan kening lalu memandang Azea dengan muka tidak percaya.

"Kau bercinta tak bagitahu aku pun." Ucapku bagaikan mahu merajuk.

"Aku tak bercinta." Jawab Azea.

"Dah tu?" Hazim memandang perut Azea yang dilitupi hoodie plus size dengan pandangan terkejut.

Azea yang perasan terus mengetuk Hazim. Hazim yang menerima ketukan itu teruk tersengih memandang Azea.

"Aku ni memanglah liar tapi aku tahu halal dan haram. Kalau aku mengandung sekalipun aku takkan susahkan kawan-kawan aku." Ujar Azea.

Azea memang nampak macam perempuan liar tapi itulah Azea Mikayla. Dia dibesarkan tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Hanya ibu saudara yang sanggup membesarkan dirinya dan adiknya. Jika melihat sisi Azea yang lain, Azea ini sangat baik dan lemah lembut.

"Dah tu kau bertunang dengan siapa?" Soal Nayli. Nayli ni bersimpang sikit dengan Hazim. Kalau Hazim itu seorang yang straight forward, Nayli seorang yang berfikir dulu sebelum berkata-kata.

Aku memandang Azea dengan perasaan ingin tahu. Mudah betul Azea menceritakan perihal pertunangan itu.

"Dengan kerabat di raja mana entah?" Jawab Azea selamba.

Aku mengerutkan kening. Jikalau bercakap pasal kerabat diraja yang berada di kolej ini hanya ada satu sahaja. Kerabat diraja Sultan Adha. Sultan Adha ada dua putera. Seorang masih di kolej yang sama denganku iaitu Luthfan Akasyaf dan seorang lagi masih bersekolah iaitu Luthfi Ashraff. Selain itu, Sultan Adha ada seorang adik lelaki iaitu Tengku Aidil. Tengku Aidil ada dua orang putera dan satu orang puteri. Mereka merupakan sepupu Luthfan Akasyaf dan mereka selalu bersama-sama. Boleh dikatakan mereka berpuak. Tidak bergaul dengan yang lain.

𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | HiatusWhere stories live. Discover now