"Mama, I nak putuskan pertunangan ni!" Putusku. Seketika wajah Puan Najwa berubah bengis. Sekarang ni aku dah tak kesah, mama nak mengamuk ke nak apa ke, asalkan pertunangan bodoh ni diputuskan!
"What's wrong with you, Alara Surya?!" Suara Puan Najwa bergema di ruang makan tersebut. Seketika aku terdiam dan meneguk liur dengan kasar.
"Selama dua tahun you bertunang dengan Luthfan, kenapa hari ni you baru nak putuskan?" Soal Puan Najwa.
"Because it's Luthfan! Dia Putera Mahkota kerajaan ini! Lara ni siapa? Lara ni rakyat je mama!" Suaraku mula meninggi. Kenyataan yang memang dari dulu aku sedar.
"So what? Apa salahnya kalau kamu berkahwin dengan Luthfan. Kamu bakal jadi permaisuri Kerajaan Everly!"
"But I don't want it!" Air mata aku hampir menitis. Puan Najwa sudah melebih. Kalau harta mama dan papa cari, aku mampu untuk berikannya walaupun bukan sekarang asalkan aku tidak perlu menjadi isteri kepada Luthfan Akasyah.
"Selama ini kenapa kamu tak merungut?" Soal Puan Najwa.
"Macam mana you tahu I terima je this engagement? You pernah ke minta persetujuan I? You pernah tanya ke pendapat I? Tak! You don't ask me anything about this engagement. You don't even fucking care about my feelings! You just make decision ikut kepala you je!" Luahku geram. Aku rasa mahu menjerit sahaja di hadapan Puan Najwa.
"Jaga mulut awak, Alara Surya!" Puan Najwa mula menaikkan satu oktaf suaranya.
"What? I je yang kena jaga percakapan. How about you Mrs. Levine?"
"Enough!"
Terdiam aku apabila dijerkah kuat oleh Puan Najwa. Tapi mataku masih menatap Puan Najwa. Tipulah kalau aku kata aku tak gentar. Tersilap langkah boleh jatuh derhaka.
"The wedding is next two month! I hope you tak buat benda-benda bodoh!" Pesan Puan Najwa. Dia terus keluar dari ruangan makan tersebut.
Aku terkedu. Semuanya bagaikan mendadak bagi seorang Alara Surya. Aku patut catat tarikh hari ini dalam kalendar dan akan ku namakan hari ini hari malang untuk seorang Alara Surya.
Hari ini aku tahu siapa gerangan tunangku. Hari ini juga aku dapat berita bahawa aku bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada dua bulan akan datang.
Perkahwinan? Aku dan Luthfan?
Aku pandang cincin di jari manisku dengan lama. Aku menghela nafas sebelum mencabut cincin tersebut dan diletakkan di atas meja makan.
"Aku tetap akan batalkan pertunangan ini." Terus sahaja aku bangkit dari kerusi dan berjalan keluar dari rumah banglo tersebut. Semasa aku menyarung kasut pada kaki, aku terserempak dengan Encik Levine. Papaku.
"Lara buat apa dekat sini? Kenapa tak bagi tahu papa nak datang sini, boleh papa bagi tahu mama untuk sediakan makan malam." Ujar Encik Levine. Aku masih diam dan memandang Encik Levine dengan pandangan datar.
"I nak batalkan pertunangan ini." Terus sahaja aku meninggalkan Encik Levine yang terdiam. Dia membiarkan aku keluar dari pintu pagar utama itu. Aku pun tak berniat nak buat drama pukul tujuh malam waktu-waktu macam ni. Aku berjalan keluar dari kawasan perumahan elit tersebut. Bukan aku tak mahu naik kereta tapi naik bas lagi seronok daripada memandu kereta sendiri.
Tapi nak jumpa bas berhampiran perumahan elit ni memang tak akan. Mana ada bas nak masuk! Perumahan orang kaya-kaya dan pastinya lebih memilih seorang pemandu peribadi ataupun memandu kenderaan sendiri tapi tidak aku. Selagi aku ada tenaga, selagi itu aku akan berjalan.
YOU ARE READING
𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | Hiatus
RomantizmMy new babies🤍💜 Start: 19 July 2022 End: Genre: Royal-Romance Sinopsis Aku Alara Surya. Panggil Lara. Aku anak tunggal dan aku bakal isteri seorang lelaki yang tak pernah aku cinta. Hidup aku hanya ada pelajaran dan masa depan yang kuinginkan. Ke...