𝖑𝖎𝖒𝖆

271 34 5
                                    

"Hey, little girl!"

Aku membulatkan mata mendengar suara garau tersebut. Mataku kini meliar mencari seseorang tapi semua sibuk mengambil gambar bersama Azea.

"Kau tak nak tengok aku ke?" Soal empunya suara garau tersebut. Aku masih menegakkan tubuh aku dan tidak sesekali menghadap empunya suara itu. Takut.

"Alara Surya!" Suara sedikit naik. Aku kecut. Akhirnya aku menghela nafas dan terus berpusing menghadap lelaki itu.

"Awak nak apa?" Soalku malas.

"Nak jumpa tunang sendiri pun tak boleh ke?" Soalnya.

Aku memandangnya dengan pandangan mengejek. Tunang ya.

"Tak boleh!" Balasku pendek.

Lelaki tersebut ketawa. Aku tahu itu ketawa paling mengejeklah setakat ini. Selama ini aku hanya dengar daripada Azea sahaja kerana gadis itu sering kali menyakat dan mengejek aku.

Dia mendekatkan mukanya dengan muka ku. Aku mengundur sedikit. Risau melompat jantungnya ini.

"By the way, you look beautiful with this dress." Dia bisik tepat didepan muka aku. Aku punya telinga dekat tepi yang bisik depan hidung aku apahal?!

"Oh. Terima kasih." Aku menjauhkan tubuhku sedikit. Risau tercium anak orang tanpa sengaja.

"You also beautiful, my lady." Aku meneguk liur dengar kasar. Aku pandang Luthfan dengan wajah terkejut. Seketika aku nampak bibir Luthfan mengukir senyuman sinis.

Ceh!

Tak ikhlas rupanya.

"Kamu buat apa tu berdua? Mari ambil gambar." Ajak Tengku Aidil. Aku terus mengangguk dan meninggalkan. Aku berjalan ke sebelah Nayli manakala Luthfan berdiri di sebelah Tengku Khairul, adik lelaki bongsu Tengku Khairil dan Tengku Khairina.

"Merekalah bakal memimpin rakyat-rakyat Kerajaan Everly selepas ini." Ucap Tuanku Raja kepada tetamu-tetamu yang hadir majlis pertunangan hari ini.

Seketika senyuman aku luntur dan mataku memanah Luthfan, tunangku. Dia hanya memandangku sekilas sebelum memandang ke arah kamera. Aku masih tak yakin dengan diriku ini. Sebelum ini keyakinanku sudah diparas tidak normal apabila dikelilingi kawan-kawan yang cantik tapi aku selalu cuba menguatkan diri agar kelihatan biasa dan tidak terlalu merasa rendah diri.

Tapi kini, keyakinan diriku jatuh 20% lagi setelah mengetahui bahawa aku adalah tunang kepada Putera Mahkota Kerajaan Everly. Dalam banyak-banyak wanita di dalam Kerajaan Everly, kenapa aku yang menjadi pilihan? Adakah aku pernah melakukan kesilapan tanpa aku sedar? Jika ya, mohon hukum aku dengan hukuman yang lain. Bukanlah hukuman menjadi tunang kepada keluarga diraja itu.

"Lara, are you okay?" Tegur Tengku Khairina.

Aku pandang Tengku Khairina dengan pandangan terkejut. Aku terus mengangguk dan berjalan keluar dari pelamin tunang Azea. Aku tersenyum nipis.

"Alara." Aku terus berpusing dan menghadap suara tersebut. Tubuhku condongkan sedikit tanda menghormatinya.

"Ampun Tuanku."

"Tak perlu menghormati saya. Saya pun manusia macam awak juga." Ujarnya lagi. Aku tersengih kekok.

Takkan aku nak...

Eyo! Wassup gang!

Pulakkan?

Tak pasal-pasal kena pancung.

"Ada apa Tuanku Raja panggil saya?" Soalku.

"Panggil saya ayah sahaja." Aku pandangnya dengan pandangan yang masih kekok. Jadi menantu pun belum tapi dah disuruh panggil ayah. Mantap!

𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | HiatusWhere stories live. Discover now