Azea Mikayla POV
Aku menghidangkan air dihadapan tiga lelaki tersebut. Hanya air teh sahaja yang aku mampu buat sekarang. Itupun menggunakan barang milik Alara.
"Minumlah dulu. Saya panggilkan Alara."
Kini aku berada di rumah Alara. Setelah Alara mematikan video panggilan secara langsung tadi dan turut mendapatkan pesanan daripada Tengku Khairina, aku terus terburu-buru menelefon Tengku Khairil. Aku ingin menuju ke rumah Alara. Aku risaukan tentang dirinya. Sebelum dia matikan video panggilan itu, aku nampak muka Alara lencun dengan air mata. Satu je yang datang ke fikiran aku pada masa itu adalah...
That video!
Aku tak tahu sangat apa yang terjadi antara Alara dan Luthfan kerana pertemuan terakhir aku antara mereka adalah sebelum Luthfan meminta izinku untuk membawa Alara keluar untuk mencari cincin. Aku hanya membenarkan sahaja walaupun riak wajah Alara memang tidak mahu keluar.
Ya! Itulah kali pertama mereka keluar berdua tanpa teman sekeliling. Kebiasaannya aku dan Tengku Khairil akan selalu menemani mereka walaupun hanya untuk mencari barang hantaran. Mungkin mereka tidak mahu disorot kamera oleh rakyat Everly.
Alara tidak suka dengan sorotan kamera yang dia dapat. Semua itu merimaskan bagi seorang Alara yang sukakan keserdehanaan. Tapi semenjak Alara bertunang dengan Putera Mahkota Kerajaan Everly, Alara selalu mendapat sorotan oleh rakyat mahupun media. Alara pernah memberitahuku yang dia tidak menyukainya tapi apa yang aku boleh buat. Aku sendiri pun kadang menyampah dengan kamera yang selalu diangkat ketika aku bersama dengan Tengku Khairil.
Video tersebut. Aku tahu video itu disunting. Terang lagi bersuluh dua kejadian tersebut di tempat yang berbeza. Aku kenal Alara. Alara bukan seorang yang mudah tinggikan suara tapi dengan kejahilan seorang Luthfan, Alara mungkin sudah hilang sabar. Tapi aku kenal Alara lagi lama dari orang lain kenal dia. Jadi aku lebih percaya Alara daripada video yang entah apa-apa itu.
Ketika aku dan Tengku Khairil sampai tadi aku hanya nampak Luthfan dan adiknya, Luthfi yang berada di luar rumah. Mereka mengetuk pintu tapi tidak disambut oleh Alara. Mungkin Alara tak sedar ataupun dia takkan buka disebabkan itu lelaki. Tapi apabila aku pula yang ketuk, Alara masih tak memberi respon. Aku akhirnya mengambil jalan terakhir dengan menelefon Alara tapi gadis itu tetap tidak memberi respon. Akhirnya aku terpaksa mengeluarkan kunci pendua. Sepatutnya kunci pendua itu aku patut gunakan untuk kali pertama aku sampai. Apabila aku masuk, kelibat Alara tidak kelihatan. Hanya telefon yang berada di ruang tamu dan buku nota yang tersadai di atas meja.
Mungkin Alara sedang berada di bilik. Kebiasaannya Alara akan tidur sebentar untuk hilangkan stress. Apa stres yang dia dapat pasti dia akan tidur sebentar.
Aku menuju ke arah biliknya. Aku ketuk sekali.
"Alara!" Belum ada sahutan. Aku ketuk lagi. Kini dadaku berdebar.
"Alara open the door!" Jeritku berselang-seli dengan ketukan yang kini berubah agresif.
"Alara! Bukak pintu ni!" Aku hampir menangis. Risau.
Luthfan tiba menghampiriku.
"Kenapa?" Soalnya. Aku geleng kepala.
"Alara, buka pintu!" Dia pula yang mengetuk. Tengku Khairil dan Luthfi juga menghampiri.
"Buka pintu sebelum pecahkan!" Tapi masih tiada respon.
"Khai, bawa Azea jauh sedikit. Aku nak pecahkan pintu." Tengku Khairil menarik tubuh Azea menjauhi pintu.
Luthfan mengambil posisi sebelum cuba memecahkan pintu. Dengan kiraan satu, dua dan tiga akhirnya tubuh besar Luthfan berjaya menolak pintu dan menemui tubuh Alara yang terbaring dengan sebotol ubat yang berterabur dan iPad yang tersadai disebelahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/316162467-288-k873104.jpg)
YOU ARE READING
𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | Hiatus
RomanceMy new babies🤍💜 Start: 19 July 2022 End: Genre: Royal-Romance Sinopsis Aku Alara Surya. Panggil Lara. Aku anak tunggal dan aku bakal isteri seorang lelaki yang tak pernah aku cinta. Hidup aku hanya ada pelajaran dan masa depan yang kuinginkan. Ke...