"Stop buat aku risau tau." Ujar Nayli lalu mencubit peha aku dengan geram. Aku mengaduh kesakitan lalu menggosok peha ku yang menjadi masa kekejaman seorang Nayli Syazwana.
Hazim hanya menggeleng kepalanya melihat tingkah kekasih hatinya itu.
"Aku minta maaf sebab baru melawat kau. Aku tak ada kenderaan nak datang sini." Ujar Nayli sambil mengerling ke arah Hazim.
"Ehem!"
Deheman daripada Hazim terus membuatkan aku ketawa kecil. Kalau begini ceritanya memang gaduhlah jawapannya.
"Tunang kau datang?" Bisik Nayli. Aku tersenyum nipis. Selepas kejadian tempoh hari, kewujudan lelaki itu sudah menjadi debu yang telah divakum. Sedikit pun tiada berita. Azea dan juga tunangnya itu juga tidak berkata apa mengenai sosok lelaki tersebut.
"Dia sibuk agaknya." Jawabku cuba menyedapkan hati.
"Nay, let's go back to college." Ajak Hazim. Lelaki itu berdiri dari sofa. Hampir setengah juga mereka berbual pasti mereka perlu pulang ke kolej untuk meneruskan kelas pada waktu petang.
"Alah. I tak sempat nak bermanja dengan Lara lagi tau." Nayli memuncungkan mulutnya sambil memandang Hazim. Tangan Nayli memeluk lengan lemahku.
"Esok kita datanglah lagi. Lara should rest, baby." Pujuk Hazim.
"Yelah." Akhirnya tubuh Nayli bangkit dari kerusi disebelah katil hospital. Tubuhku dipeluk dengan erat.
"Nanti aku datang lagi tau." Ujar Nayli.
Aku hanya mengangguk sambil memberi isyarat kepada Hazim untuk membawa Nayli untuk pulang ke kampus dengan segera.
"Aku balik dulu tau." Ucap Hazim. Aku hanya mengangguk sambil menghantar tubuh pasangan itu keluar menggunakan mata. Dia menghela nafas sambil mata memerhati pasu kaca yang berada di tepi kepala tidurnya. Terdapat dua kuntum bunga matahari. Dua kuntum bermakna sudah dua hari aku berkampung di hospital sebagai pesakit dan dua hari juga sosok Luthfan menghilang.
Krikk!
Pintu bilik dibuka lagi. Seorang wanita hampir separuh abad menghampiri katilku bersama beg kertas.
"Anak mama dah sihat?" Soal Puan Najwa. Aku hanya tersenyum nipis dan mengucup belakang tangan Puan Najwa. Walaupun berlaku pergaduhan tempoh hari tapi wanita ini yang masih bertungkus-lumus menjagaku di hospital dan menghidangkan aku makanan kegemaranku.
"Lara minta maaf." Ucapku. Aku memandang Puan Najwa lalu wanita itu tersenyum manis dan mengucup dahiku. Lama.
"Sepatutnya mama yang kena minta maaf. Mama sepatutnya fikir pasal perasaan kamu. Sepatutnya mama tak tunangkan kamu dengan keluarga diraja itu. Mama dah hampir hilang kamu." Luah Puan Najwa.
Aku tersenyum nipis.
"Tak. Apa yang berlaku sekalipun, mama tetap mama Lara." Ujarku.
"Tapi mama tak fikirkan perasaan kamu."
"Dah lah mama, Lara dah lupakan. Emm, tadi Lara ada nampak mama bawak beg kertas. Ada apa?" Soalku lalu mengintai-intai isi yang berada di dalam beg kertas tersebut.
"Papa kamu masakkan bubur dengan jejari ayam. Semua makanan kegemaran kamu." Kali ini Puan Najwa tersenyum girang menghidangkan satu bekas bubur yang masih panas dan jejari ayam goreng.
Setiap kali aku demam pasti papa selalu masakkan bubur dan buat jejari ayam untuk digoreng. Daripada diriku kecil sampailah aku sudah dewasa, makanan itu yang aku selalu telan ketika aku tidak sihat dan yang pastinya air tangan papa.
YOU ARE READING
𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | Hiatus
RomansaMy new babies🤍💜 Start: 19 July 2022 End: Genre: Royal-Romance Sinopsis Aku Alara Surya. Panggil Lara. Aku anak tunggal dan aku bakal isteri seorang lelaki yang tak pernah aku cinta. Hidup aku hanya ada pelajaran dan masa depan yang kuinginkan. Ke...