"Hodoh!"
Aku memadang insan disebelahku dengan pandangan tajam sebelum memandang wanita dihadapanku. Aku ukir senyuman canggung.
Ya Tuhan, malunya!
"Habis tu? Saya suggest semua awak reject. Awak nak yang mana?" Soalku geram.
Dia diam tak membalas. Aku hanya menghela nafas sebelum mataku masih meneliti cincin-cincin yang berada di tempat display.
Hari ini, Luthfan datang ke apartment ku semata-mata mahu menjemputku untuk mencari cincin nikah. Aku tak mampu nak menolak walaupun aku memang hendak menolak. Sebal dengannya. Sehari sebelum itu, aku sudah memberi pesanan mengenai kad kahwin tapi dia tidak memberi respon. Hanya tik biru sahaja yang aku dapat. Memang meminta betul!
Tapi seorang Alara Surya sangat penyabar. Aku lebih memilih untuk berfikiran positif. Mungkin Luthfan sibuk dengan urusan istananya. Mungkin lelaki itu sibuk dengan urusan kolej. Mungkin juga lelaki itu sibuk dengan dunianya sendiri. Tapi positif aku tak lama apabila melihat video lelaki itu sedang bermain futsal bersama teman-temannya.
"Kau faham tak cincin dalam kedai ni hodoh! Kau ni takde taste ke macam mana?" Soalnya lalu tersenyum sinis memandangku. Aku akhirnya mematikan senyuman manisku tadi dan memberi senyuman penuh makna. Aku ukir senyuman sinis.
"Kalau ya pun hodoh, tak payahlah announced satu kedai! Awak ingat awak siapa?" Soalku berbisik. Wanita yang tadinya berdiri dihadapanku kini sudah menjauh. Mungkin tidak mahu mengganggu aku yang akan bakal meletus sekejap lagi.
"Aku anak raja! Kau ada masalah dengan aku?" Soalnya. Okey! Kali ini dia dah main mak bapak! Aku tak berminat nak gaduh kalau main nama mak bapak.
Tahulah mak bapak berkuasa tapi untuk menang debat dan gunakan mak bapak it's so childish! Kau ingat ni zaman sekolah ke?
Maaf!
Seorang Alara tak mudah koyak!
"Suka hati awaklah. Cik, saya minta maaf ya. Saya tak jadi nak beli." Aku bagitahu kepada wanita yang melayan pelanggan di sebelah. Dia tersenyum lalu mengangguk. Aku mencapai beg tangan dan terus turun dari kerusi tinggi itu. Entah mana silapnya, kaki aku tersadung dengan kaki kerusi sebelah dan terus tubuhku terjatuh ke lantai.
Sakit.
Lututku sakit.
Aku cuba untuk bangkit dari jatuhku sebelum satu tangan menolong aku berdiri.
"Lain kali jangan degil." Dia berbisik dekat dengan telingaku.
Aku tak degil! Aku cuma malas bergaduh sahaja.
Aku hanya mampu berdiam dan saat itu air mataku menitis ke pipi. Bukan sebab sakit pada lututku tapi terasa apabila dituduh degil.
Dia membawa aku keluar dari kedai cincin tersebut dan menuju ke salah satu bangku. Dia mencabut kasut tumit tinggi di kaki kananku sebelum membelek.
"Kaki saya tak sakit. Yang sakit lutut saya." Ujarku. Dia nak belek kaki aku apahal? Yang terhentak ke lantai tu lutut aku!
"Dah tu kau nak aku selak seluar kau ke?" Soalnya lagi.
Aku geleng kepala sebelum menyarung kembali kasutku. Tak berminat mahu berdrama di tengah-tengah alam begini. Aku bangkit dari dudukku.
"Kau nak pergi mana?" Soalnya.
"Nak balik. Saya dah tak ada mood!" Balasku. Aku berjalan sedikit terhincut-hincut. Sakit di lutut tapi kakiku bagaikan mendapat impaknya juga.
"Aku hantarkan." Dia menarik lenganku.
YOU ARE READING
𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | Hiatus
RomansaMy new babies🤍💜 Start: 19 July 2022 End: Genre: Royal-Romance Sinopsis Aku Alara Surya. Panggil Lara. Aku anak tunggal dan aku bakal isteri seorang lelaki yang tak pernah aku cinta. Hidup aku hanya ada pelajaran dan masa depan yang kuinginkan. Ke...