𝖊𝖓𝖆𝖒

273 34 2
                                    

Sudah dua minggu berlalu majlis pertunangan antara Tengku Khairil dan Azea Mikayla. Maka dengan rasminya majlis perkahwinanku dan Luthfan Akasyah bakal dilangsungkan dalam tempoh 40 hari lagi. Dua minggu sebelum aku memang tidak diganggu langsung dengan kerabat diraja mahupun kedua ibu bapaku sendiri. Hal ini disebabkan aku sedang menjalankan ujian pertengahan semester dan aku sendiri yang meminta agar mereka tidak mengganggu ku. Dan dalam tempoh itu juga aku tidak bertemu dengan tunangku itu.

Terserempak itu pernahlah tapi setakat berselisih dan aku berikan senyuman dan dia berikan senyuman sinisnya. Semenjak aku tahu yang dia itu tunangku selama ini, rasanya tidak pernah sekali pun dia senyum dengan senyuman yang ikhlas. Semua senyuman yang diberikan pasti membuatkan aku naik darah.

Semenjak aku bergelar tunang kepada Luthfan. Tak! Semenjak aku tahu dan semua pelajar kolej ini tahu yang aku adalah tunang kepada Luthfan, semua mata selalu memerhatikan aku. Setiap tingkahku pasti menjadi bualan para pelajar lain dikolej. Dan itu sangat mengganggu privasi aku. Setiap kali ini pasti aku akan berhati-hati mahu melakukan apa-apa walaupun hanya ingin menyedut air kotak. Air kotak perisa laici yang berharga RM1.20 itu pun turut menjadi bualan mereka. Aku sangat tidak suka dengan kehidupan ini. Kehidupan sekarang adalah kehidupan seorang idola Korea dimana setiap apa yang dilakukan mendapat sorotan media mahupun manusia lain dan yang pastinya jauh dari kesederhanaan yang diinginkan seorang Alara Surya.

Mungkin jika mereka tahu yang pertunangan ini di atas rancangan keluarga mungkin sudah menjadi berita hangat di dalam Kerajaan Everly.

Tamat!

Hari ini aku bakal keluar bersama mamaku, Puan Najwa untuk mencari gaun perkahwinan. Aku tidak tahu berapa pasang bakal aku tempah hari ini kerana jadualku sebagai bakal Puteri Mahkota sudah ditetapkan. Huh! Belum melakukan apa-apa, aku sudah lelah!

Bercakap mengenai Puan Najwa, ini kali pertama aku bertemu dengannya setelah pergaduhan di rumah haritu. Apa-apa pun yang berlaku, Puan Najwa tetaplah ibu yang melahirkan aku.

Aku menutup suis seterika apabila selesai menggosok kemeja putihnya yang bakal aku padankan dengan jeans berwarna biru.

Aku menutup suis seterika apabila selesai menggosok kemeja putihnya yang bakal aku padankan dengan jeans berwarna biru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini adalah pakaian yang paling sopan pernah aku pakai mungkin. Tak adalah paling sopan. It's quite fashionable but not suits for meeting with my bakal mak mertua. Permaisuri Inara dah pernah jumpa aku dua kali. Kali pertama berjumpa ketika aku pakai crop top dan seluar slack hitam dan aku sarungkan kardigan nipis. Waktu itu dia memberikan aku kotak pakaian untuk aku pakai ketika majlis pertunangan Azea. That dress is quite sexy juga but still menutup aurat.

Aku bukan tak ingin berubah tapi aku inginkan kata-kata semangat dari seseorang. Mama? Dia hanya tahu marah dan membebel sahaja. Selepas itu, dia biarkan aku terpesong dengan dunia aku sendiri. Azea? Dia dua kali lima sahaja dengan aku. Malah lagi teruk dari aku. Tapi sekarang, aku nampak seorang Azea sudah memakai pakaian yang sopan walaupun tidak sepenuhnya. Azea tetaplah Azea. Dia ratu cantik kolej. Setiap pakaiannya pasti menjadi bualan pelajar-pelajar di kolej. Pasti menjadi ikutan. Nayli? Dia pernah menegur tapi begitulah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia paling sopan antara aku dan Azea. Bertudung litup walaupun tidak labuh.

𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | HiatusWhere stories live. Discover now