"Our class ends here. Next week please send a tutorial by WhatsApp. Thank you." Terus sahaja Puan Natt keluar dari dewan kuliah. Aku pandang Azea yang masih termenung. Sedikit pun pandangan dia tak berkalih daripada merenung iPad di atas meja.
"Lara, aku keluar dulu tau. Jumpa dekat medan." Ujar Nayli. Aku angguk. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar daripada dewan kuliah. Selang beberapa minit, tinggalah aku dan Azea sahaja di dalam dewan tersebut.
"Zea, kau okey?" Soalku ingin tahu. Azea akhirnya berpaling memandangku. Riak wajahnya muram.
"Kau ada apa-apa nak share dengan aku ke?" Soalku.
Azea menghela nafas. Dia akhirnya mencapai tanganku dan dipegang erat. Akhirnya sebutir air mutiara jatuh ke pipi Azea.
"Aku tak nak kahwin dengan Khai." Terus sahaja air mata Azea lebat menuruni pipi putihnya. Aku menghela nafas.
"Kau tahu Tengku Khairil bakal tunang kau?" Soalku lagi.
Azea angguk.
"Tapi kenapa kau tak nak bagi tahu aku dan yang lain tadi?" Soalku lagi.
"Aku tak bersedia.
Aku terkedu.
"Khai kerabat diraja. Aku ini hanya anak yang tanpa asal-usul. Aku tak layak nak berkahwin dengan dia. Berdiri bersebelahan dia pun aku terasa kerdil." Jujur Azea. Dia meramas tanganku dengan kuat.
Aku menghela nafas.
"Aku tak tahu nak tolong kau macam mana. Aku tak berada di tempat kau. Sekurang-kurangnya masa depan kau dan Azalea terjamin." Ujarku lalu tersenyum nipis.
"Terjamin? Aku dengan Khai bercakap pun tak pernah apa lagi nak bercinta."
"Kau kena start berkomunikasi lah." Aku tersenyum kecil.
"Lara..." Azea mula merengek. Aku ketawa.
Tangan Azea pula aku pegang erat. Aku memandang Azea dengan pandangan seorang sahabat yang sedang memberi dorongan.
"Macam ini lah, apa kata kau try slow talk dengan Tengku Khairil. Tanya dia, adakah dia setuju dengan pertunangan ini. Rasanya sempat lagi kalau nak dibatalkan." Cadangku lalu tersenyum nipis.
"Aku tak berani." Aku pandang Azea dengan wajah terkejut. Aku pandang Azea atas bawah.
"Bukan tak berani tapi aku tak berani."
Aku kerut kening. Aku yang bodoh tak faham ayat dia atau si Azea ni bodohkan aku dengan ayat dia?
"Aku sepak kau kang!" Terus sahaja Azea ketawa.
"So macam mana?" Soal Azea.
"Kau bincang dulu dengan Tengku Khairil. Kalau kau rasa kau nak teruskan majlis tu, aku sokong kau. Kalau kau nak batalkan majlis itu pun aku tetap sokong kau. Tapi kau kena fikirkan apa makcik kau akan kata nanti." Pesanku. Aku tepuk sikit tangannya.
"Yelah. Thanks tau."
"Aku kawan kau weh. Apa-apapun kau boleh terus bagitahu dekat aku." Ujarku lagi lalu tersenyum nipis.
Ting!
Azea selongkar beg tangannya dan mencapai telefon pintarnya.
"Tengku Khairil." Ujar Azea. Dia pandang aku dengan wajah yang risau. Aku tersenyum lalu mengemas beberapa buku untuk diletakkan ke dalam beg sandang.
"Dia nak apa?" Soalku.
"Dia nak jumpa."
"Apalagi, pergilah jumpa. Aku tunggu kau dekat medan." Pesanku. Aku tak naklah jadi orang ketiga antara Azea dan Tengku Khairil walaupun aku sahabat Azea.
YOU ARE READING
𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | Hiatus
عاطفيةMy new babies🤍💜 Start: 19 July 2022 End: Genre: Royal-Romance Sinopsis Aku Alara Surya. Panggil Lara. Aku anak tunggal dan aku bakal isteri seorang lelaki yang tak pernah aku cinta. Hidup aku hanya ada pelajaran dan masa depan yang kuinginkan. Ke...