𝖊𝖒𝖕𝖆𝖙

300 37 4
                                    

Hari ini hari jumaat. Hari yang mulia dan hari ini juga merupakan majlis pertunangan antara Tengku Khairil dan Azea Mikayla. Bertunang juga mereka berdua walaupun hanya racangan keluarga. Aku bersyukur, sekurangnya ada lelaki yang ingin jaga Azea. Walaupun Azea tidak menyukai pertunangan ini tapi apabila mendengar Azea bercerita mengenai bakal tunangnya itu pasti bakal tunangnya itu lelaki yang baik. Aku hanya tahu mengenai bakal tunang Azea itu dari Tengku Khairina. Tengku Khairina selalu sangat menceritakan mengenai adik-adik lelakinya kepadaku, Azea dan Nayli.

Aku tidak mengenali sangat sosok Tengku Khairil. Aku hanya tahu dia kacak sahaja. Tak semua cerita yang diceritakan Tengku Khairina aku bakal percaya. Wanita itu selalu sangat mengutuk adik-adik lelakinya itu.

Aku mengenakan sepersalinan dress berwarna pastel. Rasanya ini adalah dress paling mahal yang pernah aku pakai sepanjang aku hidup. Yang paling penting ini baju dari istana. Dibawa khas oleh Permaisuri Inara.

Bercerita mengenai Permaisuri Inara, hampir terkeluar jantungku kelmarin apabila Tuanku sendiri yang datang ke kolej buat menemuiku.

3 hari yang lepas...

Sedang aku berbincang bersama Azea dan Nayli di tempat biasa, beberapa buah kereta mewah masuk ke dalam perkarangan kolej bersama dua buah motosikal polis. Di saat pintu kereta dibuka mataku membulat besar dan terus menunduk hormat. Bukan aku sahaja malah semua pelajar dan pensyarah menunduk hormat.

"Kau tahu tak itu siapa?" Soal Azea berbisik.

"Tahulah." Jawabku malas.

Azea ketawa.

"Saya mencari bakal menantu saya. Dimanakah dia?" Suara lemah lembut Permaisuri Inara bertanya kepada seorang pensyarah.

"Tuanku Permaisuri cari kau tu." Nayli pula berbisik. Aku mengerutkan kening.

"Ampun Tuanku Permaisuri, disitu terdapatnya Cik Alara." Aku ternganga apabila nama ku disebut. Aku menyiku Azea sekali yang sedang tersengih.

Permaisuri Inara menghampiriku bersama seorang wanita dan seorang lelaki yang memakai suit berwarna hitam.

"Ampun Tuanku." Aku menunduk hormat. Begitu juga Azea dan Nayli.

"Kenapa Tuanku mencari patik?" Soalku.

Permaisuri Inara tersenyum manis.

"Panggil saya ibu sahaja." Ujar Permaisuri Inara. Dia tersenyum manis. Aku memerhatikan pakaian Permaisuri Inara. Sangat cantik berbaju kebaya cotton berwarna violet.

Sangat cantik. Sesuai dengan takhta yang dipegang. Dengan rambut yang berurai panjang ke belakang di sedikit tertiup angin menampakkan lagi keindahan seorang Permaisuri Kerajaan Everly.

"Saya datang sini nak hantar sesuatu untuk Alara." Ujar Permaisuri Inara. Aku kerut kening sebelum seorang lelaki yang juga memakai sut hitam datang membawa satu kotak. Lelaki tersebut menghulurkan kotak tersebut kepadaku.

"Apa benda ni?" Soalku pelik. Aku membuka kotak tersebut.

"Ini pakaian kamu untuk ke majlis pertunangan Tengku Khairil dan Azea." Terus aku terdengar Azea tersedak. Aku membulatkan mata.

Ah sudah!

Aku baru rancang nak pakai baju kebaya sahaja tapi apabila Permaisuri sendiri yang turun tangan, takkan aku nak menolak.

Kenapalah tak nak sponsor pakaian dalam aku sekali!

"Terima kasih, Tuanku. Tapi tak susahkan Tuanku ke?" Soalku serba salah.

𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | HiatusWhere stories live. Discover now