𝖉𝖚𝖆 𝖇𝖊𝖑𝖆𝖘

245 27 5
                                    

"Ini air yang cik muda minta." Pengawal istana yang diarahkan Permaisuri petang tadi menghulurkan satu cawan air dari kafe di bawah.

"Terima kasih." Ucapku. Mereka menundukkan tubuh mereka sedikit sebelum keluar dari wad ku itu. Aku memandang air teh hijau itu dengan senyuman lebar. Dari semalam lagi aku minta air tersebut dari mama tapi tidak dihiraukan. Katanya air sejuk tidak elok untuk tubuh yang tidak sihat. Minta pada Nayli pun sama sahaja. Nasiblah ada pengawal istana yang patuh arahan. Kita sebut sahaja nama Putera Mahkota, terus sahaja mereka menjalankan tugas. Bahagia betul.

Kring!

Terhinjut bahuku dek terkejut dengaj deringan telefon pintar di meja sebelah. Telefon yang diberikan oleh Luthfi itu aku tenung dari jauh.

Deringan mati.

Aku mengangkat bahu tanda tidak kisah.

Kring!

Akhirnya aku bangkit dari dudukku dan berjalan menuju ke arah meja di tepi katilku. Telefon itu diambil sebelum aku membulatkan mata dek terkejut.

Babyboo is calling.

Astaghfirullah!

Siapa pulak yang terlebih confident letak nama babyboo ni?

Aku menggeleng kepala sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"Encik babyboo ke ni?" Soalku perlahan.

Aku dengar deheman kasar sebelum aku menutup mulutku dengan telapak tangan.

"Babyboo mana? Aku baru pergi oversea sekejap kau dah berani main kayu tiga dengan aku." Tuduh suara tersebut. Aku menjauhkan telefon tersebut dari telinga dan memandang skrin yang cerah.

Ini bukan babyboo! Ini dah bapak baby!

"Alara Surya Levine." Aku meneguk air liur kasar. Aku tekap kembali telefon tersebut ke telinga.

"Ya awak." Aku sahut panggilannya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ini kalau ada kelemumur, pasti dah jadi salji.

"Kau buat apa?" Soal suara disana. Agak tenang dan tegas.

Aku pandang air teh hijau sekali sebelum mengukir senyuman sinis.

"Dah nak tidur." Jawabku tipu.

"Good! Jangan buat masalah! Jangan mempergunakan pengawal dekat luar tu untuk kepentingan diri. Ibu arahkan mereka untuk pantau kau bukan jadi orang suruhan kau!" Suara disana tegas. Aku teguk air liur. Jangan-jangan cerita air teh hijauku ini sudah tersebar ke seluruh istana! Oh tidak!

"Dengar tak ni?" Soal suara disana lagi.

"Dengar." Balasku pendek.

"Good girl. รอฉันกลับบ้านที่รัก!" Aku tergamam seketika.

"Hah?!"

Tut.

Panggilan putus. Aku pandang skrin telefon.

"Dia mencarut aku ke macam mana tu?" Soalku sendiri sebelum meletak telefon itu ke atas meja di sebelah air teh hijau. Aku sedut air teh tersebut sehingga tinggal satu perempat dan terus berjalan menuju ke bilik air untuk menggosok gigi.

Setelah 15 minit dalam bilik air, aku terus keluar dan menuju ke arah katilku. Seketika itu, mataku tertumpu pada satu susuk hitam yang sedang duduk di sofa yang aku duduk sebelum ke tandas. Aku meneguk air liur dengan kasar.

𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙟𝙖 | HiatusWhere stories live. Discover now