PART 3

1K 58 0
                                    

Mereka semua tiba dengan selamat di kawasan kampung itu. Ada lagi beberapa orang askar yang menyambut kedatangan mereka berempat di sana. Tanpa membuang masa semua askar itu langsung mengelilingi mereka berempat untuk melindungi keempat orang doktor itu dari serangan mengejut. Mereka semua berjalan masuk ke kawasan kampung itu.

"Banyak rumah yang dah hancur. Aku makin tak yakin dengan keselamatan kita" bisik Aliff. Kevin menepuk lengan Aliff manakala Shazana hanya tersenyum pasrah apabila semua orang yang mengelilingi mereka memandang ke arah mereka. Athalia hanya mengekalkan riak datar dia.

"Kau diam sikit boleh tak. Semua pandang tahu tak" ujar Shazana geram. Aliff membuat muka tidak bersalah. Shazana dengan Kevin rasa macam nak tendang je mamat ni sampai planet lain.

Sampai sahaja di depan khemah utama salah seorang daripada askar-askar itu masuk ke dalam khemah dan memanggil seseorang. Tak lama kemudian team Alpha keluar dari khemah tersebut.

"Korang semua mesti doktor sukarelawan kan?" soal Iskandar.

"Haah kitorang dihantar dari Hospital Diamond untuk tolong membantu merawat pesakit-pesakit di sini" jawab Kevin ramah. Iskandar mengangguk faham.

"Korang boleh ikut Syah dengan Aniq untuk melihat penduduk kampung tu. Tapi sebelum tu saya Cuma nak ingatkan untuk jaga diri masing-masing dekat sini. Jangan risau keselamatan korang akan kami jaga. Tapi kalau nak pergi mana-mana tolong pergi ramai-ramai jangan pergi berseorangan." Pesan Iskandar panjang.

Keempat-empat orang doktor itu hanya mengangguk faham. Athalia melihat sekeliling dan tanpa sedar pandangannya berlanggar dengan pandangan seseorang yang menyebabkan mereka berdua menatap antara satu sama lain dengan lama.

"Ehem Athalia kau nak ikut kitorang atau kau nak tinggal sini?" Athalia tersentak apabila Shazana memegang bahunya sambil berkata begitu. Gadis itu berdeham menghilangkan rasa malunya. Dia melirik Aryan yang masih menatapnya lagi.

"Ikut lah habistu sape yang nak handle operation nanti" ujar Athalia dingin. Kesemua team Alpha mengerutkan dahi lalu melirik Aryan yang masih lagi menatap Athalia. 'kembar captain ke?'

"Dah tu jom lah yang kau tercegat dekat situ dah kenapa?" kata Shazana bingung. Athalia mengeluh perlahan lalu dia segera menarik Shazana untuk pergu dari situ. Shazana yang masih terpingga-pingga itu hanya pasrah ditarik oleh gadis dingin itu.

"Kau ada kembar ke Ezmir?" soal Iskandar tatkala empat orang doktor tadi sudah jauh dari mereka. Ezmir melirik Iskandar sekilas.

"Kau jangan merepek" balas Ezmir dingin sebelum dia masuk kemabli ke dalam khemah. Iskandar mencebik. Syazwan dan Hazrik tergelak melihat muka hodoh Iskandar.

"Ni bilik korang berdua. Korang kemas lah barang korang nanti turun dekat rumah ketua kampung untuk tolong doktor yang lain" kata Aniq, selepas mereka membawa doktor-doktor tu melihat tempat yang sepatutnya mereka lihat. Kedua gadis itu hanya mengangguk faham.

"Tunggu, apa nama dua orang tadi?" soal Shazana. Athalia memandang Shazana bingung.
Shah dan Aniq mengangkat sebelah kening mereka.

"Kau dah kenapa tanya pasal dua mamat tu?" soal Athalia dingin. Shazana tersengih menatap Athalia.

"Adalah! So apa nama diorang?!" gesa Shazana. Soalan Athalia dibiarkan terbang dibawa angin. Athalia mendengus kasar apabila soalannya tidak dijawab.

"Err yang peramah tu captain Iskandar yang dingin tu pulak captain Ezmir" kata Shah ragu. Shazana tersenyum lebar apabila mendengar nama itu.

"Ouhh so nama dia Iskandar...Okayy thank youu err nama korang apa eh?" soal Shazana lagi. Athalia mengeluh perlahan melihat telatah gila sahabatnya itu. Shah dan Aniq tergelak perlahan.

My ButterflyWhere stories live. Discover now