"So kau dah tahu lah selama ni" soal Shazana. Athalia hanya diam padahal semua mata sedang menatapnya.
"Hm" hanya itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut gadis dingin itu. Shazana merengus kuat.
"Seriusly Lia..Kau tahu tak aku penat duk mencari engko punya jodoh ni rupanya kau dah tahu" bebel Shazana.
"Sape suh kau cari" jawab Athalia selamba badak dia je. Shazana lantas membaling bantal kecik ke muka Athalia.
"Whatever so apa rancangan kau?" soal Shazana. Athalia hanya mengangkat bahunya.
"So Kevin dah ada dalam tangan TUDM..Kau nak bawak uncle dengan auntie balik ke?" Athalia mengganguk perlahan lalu dia menoleh ke arah abangnya yang sedang bersembang dengan teamnya yang lain.
"Kau rasa patut ke kita bawak mamat tu balik" Soal Athalia.
"Yes memang aku setuju seratus peratus" Sokong Shazana lalu gadis itu menarik Eric untuk mendekati Athalia.
"Apahal kau ni minah" Kata Eric sambil meronta minta dilepaskan.
"Kau ikut kitorang balik Korea" Kata Athalia dingin. Terjengil mata Eric mendengar kata Athalia itu. Memang tak lah dia nak balik sana.
"No aku taknak" Bantah Eric tegas tetapi dia terdiam apabila mata birunya bertembung dengan mata biru adiknya yang tajam itu.
"Sorry but you have to follow us" Kata Athalia dingin.
"I said I don't want" Kata Eric dingin serta tegas. Athalia mengeluh perlahan lalu dia memandang rakan abangnya yang lain.
"Korang semua ikut kitorang sekali balik Korea. Banyak yang perlu korang tahu tentang Eric" Kata Athalia dingin lalu dia beranjak pergi dari situ.
"ATHALIA WAI....ADUHHH" Jerit Eric apabila Shazana menendang kakinya. Shazana hanya tersenyum mengejek kepadanya.
"Kau dah kenapa gila. Sakit kau tahu tak" Kata Eric geram.
"Ikut jelah cakap adik kau tu. Kalau singa dia muncul siap kau eh" Ujar Shazana sinis. Mata yang memandangnya hanya dihiraukan sahaja.
"Bapak brutal minah tu" Kata Aniq perlahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Mana diorang ni lambat ler" keluh Shazana untuk kali yang 10000. Syah dan Syazwan hanya pasrah mendengar keluhan gadis itu.
"Eh mu boleh diam dok. Cuba bawak bersabar sikit" Kata Aniq sambil menjeling gadis itu.
"Dok boleh loh. Lambat nau diorang ni ha" Kata Shazana.
Sekarang kedua gadis itu berada di airport Korea bersama Ezmir, Iskandar, Syah, Syazwan, Eric, Hazrik dan Aniq. Mereka semua dipaksa ikut oleh Athalia. Sekarang mereka sedang menunggu orang untuk menjemput mereka.
"PRINCESS" Mereka semua lantas berpusing melihat siapakah gerangan yang menjerit. Athalia hanya melihat Najwa dan Aryan yang sedang berlari ke arah mereka.
YOU ARE READING
My Butterfly
ActionTENGKU ATHALIA adalah seorang doctor di Hospital Diamod yang terkenal di Kuala Lumpur. Dia seorang yang paling jarang sekali nak bercakap dengan doctor-doctor yang lain. Dia seorang yang dingin, tegas tapi seorang yang bertanggungjawab. Tapi disebal...