Part 17

321 18 0
                                    

"Move, move and move" ujar Adnan tegas sambil matanya memerhati sekeliling mereka. Raihan, Zea dan Athalia bergerak perlahan untuk tidak membuat pihak musuh mengetahui kewujudan mereka di situ.

Prak

Mereka berempat lantas berhenti kaku saat Zea memijak rantai kayu di situ. Salah satu pihak musuh mendengar bunyi tersebut lalu bergerak ke arah mereka dengan berhati-hati. Mereka bertiga sudah memandang tajam ke arah Zea yang tersengih itu.

"Kenapa kau pijak ranting tu" Bisik Adnan geram.

"Mana lah aku tahu ada ranting kat sini" Bisik Zea membalas.

"Who's there" Mereka langsung diam saat musuh membuka suara. Dalam beberapa saat sahaja mereka berempat akan kantoi tetapi belum sempat mereka hendak lari tiba-tiba lelaki itu terjatuh di hadapan mereka dengan kepala yang berlubang akibat ditembak. Mereka berempat terpinga-pinga sekejap.

"Dah jom gerak cepat" kata Raihan dingin. Mereka bertiga hanya mengikuti sahaja sebab diorang dah tau siapa punya kerja.

"Thanks Karina" Ucap Athalia melalui earpiece. Di sebuah bangunan yang tinggi ada seorang gadis tersenyum sinis memerhatikan gerakan mereka sedari tadi. Yup dia adalah Karina.

Mereka berempat berjaya masuk ke dalam bangunan pihak musuh tanpa musuh sedari kewujudan mereka di situ. Athalia dan Raihan masuk ke dalam sebuah bilik manakala Zea dan Adnan hanya berjaga di luar.

"Mana pulak benda alah tu" Kata Athalia geram. Puas mereka berdua memunggah semua barang di dalam bilik itu. Raihan terkaku sebentar saat dia melihat ada peti besi yang tersembunyi di belakang almari itu.

"Weyh Lia tengok ni" Panggil Raihan lalu Athalia mendekatinya. Mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum Raihan mengangkat peti besi itu lalu meletakkan di atas meja. Zea dan Adnan juga mendekati mereka berdua.

"Macam mana korang nak bukak peti besi ni kan ada kode dia?" Soal Zea bingung. Mereka berdua hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kode dia 12890" 

"Yeke?" Soal Raihan tapi dia cuba try bukak guna kode itu dan peti besi itu terbukak. Ada sebuah jam di dalam peti besi itu.

"Wohhh terbukak lahh" Kata Adnan teruja tapi keadaan menjadi sunyi saat mereka berempat sedar kalau ada orang lain di belakang mereka. Dengan perlahan mereka berempat pusing ke belakang.

"AARGHHHHHHHHHH" Jerit Adnan dan Zea saat ada seorang perempuan yang berambut panjang, muka dipenuhi dengan darah dan baju berwarna putih. Raihan dan Athalia sudah menggigil melihat makhluk itu.

"Hihihihi jangan lah takutt" Kata makhluk itu sambil mendekati mereka berempat. 

"JANGAN DEKAT DENGAN AKU" jerit Zea lalu dia berlari meninggalkan mereka semua di situ.

"YA ALLAHH CIK PONTI MUKA KAU SERAM" jerit Adnan lalu dia lari mengejar Zea yang sudah jauh ke hadapan.

"Shit kenapa ada cik ponti kat sini" Kata Raihan lalu tanpa buang masa dia mencapai jam itu lalu dia juga ikut berlari keluar.

"Babi semua tinggalkan aku kat sini. Hehehe saya pergi dulu eh cik ponti" Kata Athalia lalu dia juga ikut lari meninggalkan makhluk itu.

"Kenapa semua lari tengok aku. Muka aku buruk ke?" Soal makhluk itu sendiri.

Mereka berempat berlari sehingga di tempat mereka meninggalkan kereta mereka. Karina yang sedang bersandar di kereta itu melihat pelik ke arah mereka yang kelihatan ketakutan.

My ButterflyWhere stories live. Discover now