Kelihatan manusia yang berada di dalam khemah itu agak kepenatan selepas berlatih. Shazana terduduk lemah di atas kerusi. Syazwan dan Iskandar menyandarkan badan mereka di sofa. Aniq sudah terbaring di atas meja manakala Syah sudah terdampar di atas lantai seperti dugong. Eric hanya duduk di kerusi kerana kepenatan. Mana tak penat kalau yang training diorang semua adalah dua manusia kutub iaitu Athalia dan Ezmir.
"Mama kenapa dengan diorang?" Liam yang baru masuk itu kelihatan pelik melihat mereka semua dah macam baru lepas kena kejar anjing. Penat betul tu.
"Ni semua salah mama dengan papa Liam tu. Diorang suruh kitorang lari 100 pusingan, ketuk ketampi 100 kali lepastu tarining seni bela diri lagi. Ingat tak penat ke sial" ujar Aniq. Eric yang berdekatan dengan Aniq segera mengetuk kepala jejaka itu.
"Jangan mencarut depan budak" tegur Eric datar. Aniq tersengih tak bersalah.
"Uncle Aniq sial" kata Liam secara tiba-tiba. Membulat mata mereka semua apabila mendengar percakapan yang kurang menyenangkan dari budak kecik itu.
"Liam jangan cakap macam tu. Tak baik lah" Kata Shazana manakala yang lain sudah menatap tajam Aniq.
"Liam non può dire parole del genere la prossima volta, lo sai. Se Liam dice una cosa del genere, la mamma non vuole essere amica di Liam." (Liam lain kali tak boleh sebut perkataan macam tu tau. Kalau Liam cakap macam tu lagi mama tak nak kawan dengan Liam.) ujar Athalia lembut tapi sedikit tegas.
"Sorry mama" Liam tertunduk apabila dimarahi oleh Athalia. Aniq merasa serba salah apabila melihat Liam dimarahi begitu.
"Hey tu salah aku bukan salah Liam..Sorry" ujar Aniq perlahan. Athalia menghela nafasnya perlahan. Dia menunduk memandang budak kecik itu.
"It's okey but don't do it again okey" kata Athalia lembut dan dibalas dengan anggukan dari Liam.
"Korang dah dapat location Kevin ke?" Soal Ezmir dingin. Mereka semua lantas memandang ke arah Shazana dan Syazwan.
"Not yet" Jawab mereka berdua serentak. Athalia hanya senyap sebelum dia bergerak mengambil laptop dan membuat sesuatu.
"Kau buat apa tu?" Soal Shazana. Athalia hanya mengabaikan lalu setelah selesai dia memaparkan sesuatu di skrin besar.
"Tak mungkin ni..." kata-kata Syazwan terhenti sebelum memandang Athalia. Gadis itu mengangguk sebelum menjelaskan dengan lebih lanjut.
"Tu location Kevin. Dia ada dekat markas utama dia. Actually tak susah pun nak deteck dia if korang berdua dah mahir" ujar Athalia sinis.
Shazana dan Syazwan hanya menjeling gadis itu. Yang lain hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Liam hanya memandang mereka semua dan tersenyum sekali walaupun dia tak faham.
"Bersiap kita akan serang diorang malam ni. Iskandar dengan Syah korang kumpulkan budak kita. Aku nak semua dah berkumpul dekat dataran sharp pukul 11 malam" Arah Ezmir dingin.
Mereka hanya mengangguk lalu bergerak melakukan tugas mereka. Athalia dan Shazana hanya memerhatikan mereka.
"Kita nak kena join diorang sekali ke?" Soal Shazana. Athalia hanya mengangguk lalu memandang jejaka yang ada di hadapan dia sekarang.
"Kitorang nak ikut sekali" Ujar Athalia dingin. Ezmir hanya diam memandang gadis itu.
"No bahaya" Jawab Ezmir ringkas tapi mampu membuatkan Athalia panas. Gadis itu dengan pantas menghalang jejaka itu apabila dia melihat jejaka itu ingin keluar dari khemah.
"Kitorang pandai nak jaga diri so bagi kitorang ikut. Kalau kau tak bagi kitorang ikut pun kitorang akan ada jugak dekat situ" Kata Athalia tegas.
YOU ARE READING
My Butterfly
ActionTENGKU ATHALIA adalah seorang doctor di Hospital Diamod yang terkenal di Kuala Lumpur. Dia seorang yang paling jarang sekali nak bercakap dengan doctor-doctor yang lain. Dia seorang yang dingin, tegas tapi seorang yang bertanggungjawab. Tapi disebal...