BAB 11

863 43 6
                                    

Vroommm....Vroommm...

Athalia memberhentikan motorbikenya jauh sedikit daripada sebuah bangunan yang terlihat usang tetapi banyak penjaga yang bersenjata. Gadis itu bergerak menuju ke arah bangunan usang itu. Dia memanjat balkoni untuk sampai ke tingkat 3.

Dia bergerak dengan senyap untuk memastikan tiada siapa yang perasan akan kehadirannya di dalam bangunan itu. Dengan pantas dia meletakkan bom di setiap bilik di tingkat tiga itu. Setelah selesai dengan kerjanya gadis itu ingin keluar dari bangunan itu disebabkan pasukan Alpha dengan yang lain dah sampai tetapi langkahnya terhenti apabila dia terpandang satu pintu yang berkunci.

Gadis itu mencari sesuatu yang boleh membuka pintu bilik itu dan akhirnya Athalia berjaya. Dengan perasaan yang ragu dia membuka pintu itu dengan perlahan-lahan. Terasa nafasnya tersekat melihat sesuatu di hadapannya sekarang ini.

'Tak mungkin.....' 

"Mana Athalia? Motorbike dia ada tapi tuan dia hilang" Kata Hazrik. Mereka semua baru sampai beberapa saat tadi. Mereka berhenti tepat di sebelah motorbike Athalia. 

"Maybe dia dah masuk dalam kut" Kata Shazana sambil memandang bangunan usang itu. Dia dah boleh agak kenapa gadis itu berkeras nak pergi sendiri tadi.

"Iskandar macam mana?" Soal Ezmir. Iskandar yang sedang mengawasi sesuatu dari laptop yang berada di hadapannya hanya menunjukkan nombor 7,8 dan 10 menggunakan tangannya.

Ezmir yang faham dengan isyarat itu hanya mengangguk lalu dia mengumpulkan semuanya dan memberitahu plan dia dekat mereka semua. Setelah itu mereka semua langsung bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. 

"Woi budak" Shazana menunjuk dirinya sendiri apabila dia terasa dirinya dipanggil oleh Aniq. Dia mendekati Aniq apabila jejaka itu meminta dia datang kepadanya.

"Apa ni?" Soal Shazana saat Aniq memberinya earpiece berwarna hitam.

"Seriusly kau tak tahu benda ni alat komunikasi untuk kita kat dalam nanti kalau kau nak cakap just tekan je button kecik tu. Kau jangan tanggalkan pulak" Jelas Aniq lalu dia mengambil earpiece tu dan memakaikan di telinga gadis itu. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum......

"Uhukk..uhukk buat drama korea pulak kat sini" Kata Syah sambil tersenyum nakal. Aniq dengan segera menjauhkan dirinya dari gadis itu.

"Aduhhh sakit mata aku tengok korang bersweet-sweet dekat sini" Sambung Syazwan pulak. Mereka berdua ketawa saat melihat pasangan yang belum jadi itu menahan malu. Iskandar yang memerhati sejak tadi hanya tersenyum. 

'So aku tak payah nak tunaikan janji tu lah kan' Iskandar menggeleng perlahan.

"Jom gerak"  Kata Ezmir dingin. Mereka semua mengangguk lalu bergerak ke bangunan usang itu.

Shazana berdiri melihat kawasan di sekeliling bangunan usang itu dengan selamba badaknya sedangkan yang lain sedang menyorok di kawasan semak.

"Woi budak tunduk lah bengap. Kau nak biarkan musuh nampak kau ke?" Kata Aniq sambil menarik tangan gadis itu supaya menunduk.

"Alahh rileks lah nak takut buat apa setakat tujuh orang je pun. Abang Eric" Panggil Shazana melalui earpiece tadi. Aniq hanya memerhati sahaja tingkah laku budak di sebelahnya itu.

"Apa?" Jawab Eric tegas. 

"Nak main sekejap boleh tak?" Soal Shazana sambil matanya memerhati hadapan. Terdengar bunyi keluhan Eric dari hujung sana.

"Go and don't call my name when mission but Spike" Kata Eric. Shazana hanya tersengih saat mendapat keizinan dari abang sepupunya itu.

"Got it spike...Kau nak ikut tak" Soal Shazana lalu memandang ke arah Aniq. Gadis itu bergerak pergi apabila mendapat jawapan yang negatif daripada Aniq. 

My ButterflyWhere stories live. Discover now