"Auntie Lia I want that" pinta Kasih sambil menunjukkan udang yang sedang dikopek oleh Liam. Athalia melirik Liam yang sudah bermasam muka.
"No this is mine" Ucap Liam lalu sambung kopek udang kegemarannya.
"Kasih, mama kopekkan eh?" kata Raisya sambil mengelus kepala Kasih. Malangnya Kasih masih berkeras untuk makan udang yang Liam kopek.
"Taknak Kasih nak udang abang Liam" Kata Kasih sambil menunjuk Liam. Budak lelaki itu mendengus geram saat melihat Kasih yang masih berkeras untuk mengambil udangnya.
"Kasih kau suka Liam ehh" soal Adnan tiber. Karina mengetuk kepala abangnya dengan sudu yang dipakainya.
"EEE KARINAA....Sudu tu kotor lahh, habis rambut aku" Rengek Adnan. Karina menjeling menyampah Adnan.
"Lain kali jangan tanya soalan tiber eh kau" Kata Karina. Adnan hanya diam tak puas hati sambil memegang rambutnya.
"Liam bagi udang tu dekat Kasih. Jadi gentleman sikit okey" Ujar Tengku Nurul lembut. Liam hanya mampu mengeluh apabila grandma bersuara.
"Okey fine" kata Liam lalu dia meletakkan udang itu dalam pinggan Kasih. Athalia tersenyum nipis saat anak angkatnya mengalah.
"Thankk youu abang Liam" Kata Kasih sambil tersenyum manis. Liam hampir terpana melihat senyuman manis gadis kecil itu.
"Aku rasa Liam dah mula sukakan Kasih doh" Bisik Aryan perlahan. Yang mendengar bisikan itu hanya mengangguk setuju.
"Ye doh aku rasakan korang dah boleh kot jodohkan Liam dengan Kasih" Kata Arina.
"Kalau diorang ada jodoh mungkin boleh" Kata Josh pulak. Mereka semua kembali senyap saat Tengku Quzami dan Tengku Nathan memberikan pandangan maut ke arah mereka.
"Kitorang dah nak gerak dah" Kata Iskandar sambil meletakkan beg di hadapan pintu yang megah itu.
"Aku nak nangis doh" Ujar Syah sendu saat mereka semua akan berpisah untuk sementara. Pihak atasan sudah memberikan mereka cuti kerana alpha team telah menyelesaikan misi.
"Nanti kita jumpa jugak..Halah kau ni" kata Hazrik.
"Aik captain taknak cakap pape ke? Dah lah malam semalam buat surprise terkejut kita" Kata Syazwan lalu tersengih-sengih. Ezmir membuat muka menyampah lalu menumbuk bahu Syazwan perlahan.
"Tunggu kad jemputan aku" kata Ezmir dingin. Yang lain langsung tergelak sambil mengusik captain mereka itu.
"Halamakk abe Ezmir kita ni sweet lahh" Usik Aniq. Mereka melihat Eric sedang menghampiri mereka bersama Athalia dan Shazana.
"Jumpa lagi bro" Kata Eric sebaik sahaja dia berhenti di hadapan mereka. Aniq menatap wajah Shazana dalam diam.
"Pandang apa tu" Kata Iskandar apabila dia perasan Aniq sedang memandang Shazana. Aniq hanya tersengih apabila ditegur sebegitu.
"Is, awak masih ingat tak janji yang kita buat dulu" Soal Shazana. Iskandar hanya mengangguk.
"Saya nak awak tunaikan janji tu" Kata Shazana. Iskandar terdiam lalu dia melirik Aniq sekilas. Dia nampak muka Aniq menjadi sendu saat Shazana berkata begitu.
"Aku gerak dulu lah" Kata Aniq. Mereka semua diam melihat Aniq yang sudah menggalas beg tapi perbuatannya terhenti apabila Shazana menyambung ayatnya.
"Dengan orang lain bukan dengan saya. Tunaikan janji tu dengan orang yang awak sayang dan cinta" Sambung Shazana. Iskandar tersenyum lega.
"Baik saya akan tunaikan permintaan awak" Jawab Iskandar.
YOU ARE READING
My Butterfly
ActionTENGKU ATHALIA adalah seorang doctor di Hospital Diamod yang terkenal di Kuala Lumpur. Dia seorang yang paling jarang sekali nak bercakap dengan doctor-doctor yang lain. Dia seorang yang dingin, tegas tapi seorang yang bertanggungjawab. Tapi disebal...