"Kau nak bawak aku pergi mana ni nana?" Soal Athalia dingin. Dah berbuih mulut dia tanya dekat minah sebelah dia ni.
"Ishh kau ikut je aku" jawab Shazana. Dia dah buat rancangan dengan pasukan Alpha.
Shazana akan membawa Athalia untuk menetap di kem yang kumpulan Alpha bertugas. Dia terpaksa buat macam tu atas arahan Eric.
Flashback
"Kenapa kau panggil aku?" Soal Shazana. Dia, Eric, Iskandar dan Ezmir ada di sebuah cafe yang berdekatan dengan hospital yang Shazana kerja.
"Aku nak mintak tolong dengan kau" kata Eric. Shazana hanya memandang kosong sambil menongkat dagunya seperti sedang menunggu kata kata selanjutnya.
"Aku nak kau bawak Lia pergi kem kitorang. Tinggal dekat sana terus" kata Eric lagi.
"Habistu kerja kitorang macam mana? Abang fikir Lia nak ke? Lagi satu kenapa kitorang kena duduk sana?" Soal Shazana laju. Dia tidak habis pikir dengan jejaka di hadapannya ini.
"Pasal kerja korang biar kitorang yang settlekan. Sekarang ni aku nak kau ngan Athalia pindah masuk kem kitorang. Kau sendiri tahu Kevin dah bergerak sekarang. Jadi aku nak korang tinggal dengan kitorang untuk keselamatan korang. Pliss Nana" ujar Eric.
Shazana mengeluh perlahan. Dia tahu kalau Kevin dah mula bergerak dan keselamatan mereka berdua sangat bahaya. Dia memandang ketiga jejaka di hadapannya itu lalu mengangguk perlahan.
"Fine, I'll do it" Terukir senyuman di wajah Eric dan Iskandar. Mereka melanjutkan berbincang tentang rencana mereka
"WOI SHAZANA KAU DENGAR KE TAK!" Automatik Shazana kembali ke realiti apabila mendengar Athalia menjerit.
"Aduhh kau ni kalau nak panggil aku pun tak payah lah menjerit" Ujar Shazana kesal.
"Dah aku panggil kau tak menyahut aku jerit lah. Engkau tu yang mengelamun sampai planet mana entah" kata Athalia geram. Haish rasa macam nak campak je gadis disebelahnya ini.
Setelah beberapa jam menempuh perjalanan akhirnya mereka berdua tiba di satu kem tentera. Athalia mengerutkan dahinya bingung. Kenapa Shazana bawak dia ke sini.
"Dah jom turun" kata Shazana sebaik sahaja dia memberhentikan kereta. Athalia kelihatan teragak-agak untuk turun dari kereta.
"Kenapa kita ada dekat sini?" Soal Athalia tetapi Shazana hanya mengabaikan sahaja lalu dia menarik Athalia masuk ke dalam khemah.
"Heyy guyss tengok sape yang datang" Kata Shazana riang dan suaranya itu berhasil membuatkan orang yang berada di dalam khemah itu terkejut dengan kedatangan mereka berdua.
Yelah dua orang perempuan tiba-tiba muncul dekat kem tentera sape je yang terkejut.
"PENCEROBOH" Dengan serentak semua senapang ditujukan dekat kedua gadis itu. Shazana sudah mengangkat tanganya manakala Athalia hanya selamba memandang mereka semua.
"Hey chill kitorang bukan penceroboh but can I know where Alpha team?" Soal Shazana. Dia sudah memaki hamun keenam jejaka tersebut di dalam hati.
Tentera-tentera yang berada di dalam khemah tersebut bingung apabila mendengar gadis itu menyebut Alpha team. Salah seorang daripada tentera itu terus berkomunikasi dengan Captain Iskandar melalui walkie talkie.
"Turunkan senjata. Diorang berdua adalah tetamu VVIP, salah seorang di antara mereka berdua adalah adik Spike" mendengar sahaja VVIP dengan serentak mereka semua menurunkan senjata walaupun mereka terkejut tentang kewujudan adik spike.
YOU ARE READING
My Butterfly
ActionTENGKU ATHALIA adalah seorang doctor di Hospital Diamod yang terkenal di Kuala Lumpur. Dia seorang yang paling jarang sekali nak bercakap dengan doctor-doctor yang lain. Dia seorang yang dingin, tegas tapi seorang yang bertanggungjawab. Tapi disebal...