Part 18

335 20 1
                                    

"ATHALIAA BANGUNNN" jerit Sarah kuat. Athalia yang sedang tidur nyenyak itu terbangun akibat jeritan itu.

"ISHH BISING LAHH" jerit Athalia lalu dia bangun membuka pintu dengan kasar. Sarah dan Sofea yang berada di depan pintu itu tersengih tak bersalah.

"Pergi mandi Athalia harini keluarga Ezmir nak datang" Kata Sofea lembut. Terus segar mata Athalia apabila mendengar nama Ezmir.

"Ezmir? Kenapa dia nak datang" Soal Athalia bingung. Sarah dan Sofea tersenyum nipis lalu mereka menolak Athalia masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

Tok..Tok..Tokk

"ALONG BANGUNNN" Jerit Ean kuat sambil mengetuk pintu bilik abangnya itu dengan kuat. Biar gegar sikit bilik tu.

Ezmir yang sedang diulit mimpi itu mendengus kasar apabila tidurnya dikacau oleh adiknya. Dia bangun lalu membuka pintu dengan kasar.

"Kau nak apa. Aku ngantuk ni" Kata Ezmir dingin. Ean menjuling matanya ke atas. Penat kalau ada abang nyanyok.

"Kau dah lupa ke harini kita nak pergi jumpa keluarga akak Athalia. Nak pergi merisik bakal bini kau tu" kata Aryana yang kebetulan baru keluar dari biliknya.

Aryana sudah siap berbaju kurung yang simple tapi kelihatan elegent di mata orang. Ezmir garu kepala lalu dia terus masuk bilik untuk bersiap.

Kelihatan semua sudah berada di ruang tamu itu untuk menunggu kedatangan pihak sebelah. Athalia diminta untuk tunggu di bilik terlebih dahulu.

"Ayah diorang dah sampai" kata Raja Emeer saat melihat tiga buah kereta yang baru tiba di perkarangan rumah mereka.

"Assalammualaikum" Tengku Raziq memberi salam lalu dia bersalam dengan para lelaki di situ.

"Waalaikummussalam..Jemput masukk" kata Raja Emeer seraya menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

"Ya allah Aliya lamanya tak jumpa kau" Kata  Permaisuri Diana lalu dia memeluk Tengku Aliya. Mereka berdua berbalas pelukan.

"Ni anak kau ke. Besar dah diorang. Dulu kecik je lagi" kata Permaisuri Diana. Aryana dan Ean hanya tersenyum malu.

"Ha meh sini kita duduk bincang apa yang patut" Kata Tengku Quzami. Mereka semua duduk dan berbincang tentang perkahwinan Athalia dan Ezmir.

"Kalau macam tu kami setuju lah. Najwa pergi panggil Athalia turun" Kata Tengku Quzami menyuruh Najwa yang kebetulan baru balik dari dapur.

"Ha jap" Balas Najwa pendek lalu dia bergerak ke atas. 'ishh grandpa ni nampak je aku'.

tok..tok..tok

"Ha nape kau" Kata Sarah sebaik sahaja pintu dibuka. Najwa menatap malas lalu dia berkata

"Grandpa dah panggil turun bawah" Sarah mengangguk lalu dia  memanggil Athalia untuk turun ke bawah.

Sebaik sahaja mereka berdua turun ke bawah kesemua mata memandang Athalia yang kelihatan berbeda dari sebelum ni.

Gadis itu memakai abaya berwarna soft purple dan apa yang lebih memukau pandangan mereka semua adalah gadis itu memakai tudung shawl.

Brak

Mendengar suara benda jatuh terus mereka semua mengalihkan pandangan ke pintu. Terlihat Airis yang sedang menghempap Ezra. Mungkin mereka berdua tersadung. Qayyum, Eric dan Syahmi hanya berdiam diri di sebelah Ezmir.

"Aduh sakitlah babun. Kau bangun sekarang" Kata Ezra geram.

"Sabar aku tengah menikmati keindahan seorang Athalia. GILA CANTIK SIUT LIA. MASYAALLAH" Jerit Airis lalu dia lantas berdiri.

My ButterflyWhere stories live. Discover now