8 bulan kemudian
"OII LIA CEPAT SIKIT" Jerit Shazana kuat. Athalia mengeluh perlahan melihat sahabatnya yang tengah kelam kabut itu. Hari ini mereka berdua lambat bangun kerana malam tadi mereka berdua marathon drama korea.
"Ya sabar lah kejap..Jom aku dah siap" ajak Athalia. Mereka berdua bergegas ke hospital sebelum mereka berdua kena bebel dengan atasan.
Setibanya di hospital mereka berdua menjalankan tugas mereka sebagai seorang doktor. Semasa Athalia sedang mengecek pesakitnya kedengaran seperti orang bergaduh di hadapan pintu ward.
"APA YANG KAU BUAT DEKAT CUCU AKU HAH!" Tengking seorang wanita tua. Lelaki yang ditengking itu hanya menunduk ke bawah.
Athalia mendekati ke arah mereka. Ramai mata yang memandang ke arah mereka saat itu. Dalam masa yang sama ada beberapa orang jejaka yang sedang berlari masuk ke dalam hospital.
"Maaf tapi boleh perlahankan sikit suara. Puan menganggu pesakit-pesakit yang lain" tegur Athalia dingin. Wanita tua itu langsung menoleh ke arah Athalia.
"Maaf doktor ibu saya tak sengaja" kata seorang wanita yang berada di situ. Mungkin umur wanita itu dalam 40-an. Athalia hanya mengangguk perlahan.
"Siapa waris Hannisya?" Soal Shazana yang sepertinya baru keluar dari operration room. Pasangan dan wanita tua itu segera mendekat ke arah Shazana.
"Macam mana keadaan anak saya?" Tanya pak cik itu.
"Alhamdullillah kami berjaya selamatkan anak tuan dan kami akan pindahkan anak tuan di ward biasa" ujar Shazana. Kedua wanita dan lelaki itu langsung lega mendengar berita itu.
"Err cucu saya dah sedar ke doktor" soal wanita tua itu.
"Belum lagi mungkin efek dari ubat bius. Mungkin dalam beberapa jam cucu puan akan sedar" kata Shazana. Mereka bertiga mengangguk faham.
"Hah kau buat apa lagi kat sini. Baik kau berambus dari sini" jerkah wanita tua itu ke jejaka yang sedari tadi hanya menunduk.
"Saya akan pergi kalau mak cik bagi saya berjumpa dengan Hannisya" jawab jejaka itu dengan tenang. Wanita tua itu bertambah bengang apabila jejaka itu menjawab.
"AKU TAKKAN BAGI KAU JUMPA DENGAN CUCU AKU. BAIK KAU BERAMBUS DARI SINI" Jerit wanita tua itu. Dia memukul jejaka itu berkali-kali tapi jejaka itu hanya berdiri tegak.
"Ibu sudah lah tu ibu. Hazrik tak salah pun ibu. Sudah lah tu" Kata wanita itu. Dia menenangkan wanita tua itu.
"Hazrik?" Soal Shazana perlahan. Kami berdua berpandangan seketika. Rasanya kami berdua memang pernah dengar nama tu.
"WEYH HAZRIK" Jerit seseorang. Mereka yang berada di situ langsung memandang ke arah lima orang jejaka yang sedang menuju ke arah mereka.
"Oh my god" tercengang kedua gadis tersebut apabila melihat jejaka-jejaka yang mereka berdua kenal. Kelima jejaka itu berhenti di hadapan mereka semua.
"Weyh kau okay tak? Kau sakit apa?" Soal Syah tanpa mempedulikan yang lain. Tadi masa diorang lepak Hazrik telefon dia bagitahu yang dia ada dekat hospital. Diorang semua apa lagi terus berlari pergi hospital.
"Aku okay lah. Tak sakit pun" jawab Hazrik. Kelima jejaka itu terdiam sekejap.
"Tak sakit? Pastu asal kau dekat hospital?" Soal Syazwan pelik. Hazrik mengeluh perlahan sebelum dia jelaskan apa yang terjadi.
"Tadi aku dengan Hannisya jumpa dekat cafe and aku mintak putus dengan dia. Aku nak putus dengan dia pun ada sebab and aku sure korang semua tahu alasan tu. Dia tak nak putus and dia kejar aku sampai dia kena langgar dengan kereta" jelas Hazrik lemah.
YOU ARE READING
My Butterfly
AcciónTENGKU ATHALIA adalah seorang doctor di Hospital Diamod yang terkenal di Kuala Lumpur. Dia seorang yang paling jarang sekali nak bercakap dengan doctor-doctor yang lain. Dia seorang yang dingin, tegas tapi seorang yang bertanggungjawab. Tapi disebal...