Selesai sahaja Athalia dan Shazana membersihkan diri, mereka terus memeriksa keadaan patient untuk memastikan mereka dalam kondisi yang baik.
Setelah itu Athalia, Shazana, Aliff, Kevin, dan Malin terus turun untuk makan di rumah sebelah yang dijadikan dewan makan untuk mereka semua menjamu selera.
Semasa mengambil makanan mereka ternampak beberapa orang tentera sedang membungkus makanan.
Mungkin mereka bungkus dan makan di tempat mereka berkawal.
"Weh Lia kau dah siap ambik makanan lom. Jom kita pergi dekat Aliff sana tu" kata Shazana.
"Aku dah lama ambik makanan kau tu je yang dari tadi terpandang pandang askar dari tadi" jawab Athalia dengan dingin.
Shazana tersengih macam kerang busuk.
Mereka datang ke arah Aliff dengan yang lain. Shazana duduk di sebelah manakala Athalia duduk di sebelah Kevin.
Shazana sempat lagi bertegur sapa dengan doktor wanita itu dengan doktor yang lain.
Selesai menjamu selera mereka semua kembali ke klinik dan rumah ketua kampung kecuali Athalia, Shzana dan Erlin kerana Shazana menambah nasi sebab masih lapar katanya.
Erlin jugak menambah nasi sebab itu mereka pulang agak lewat dari yang lain.
Tadi Kevin dah offer untuk teman tapi tiba tiba ada kecemasan pula.
Mereka berjalan sambil berbual untuk menghilangkan rasa sunyi yang mereka alami sekarang walaupun dewan makan bersebelahan sahaja dengan tempat Athalia dan Shazana merawat pesakit tapi jaraknya agak jauh juga yela rumah kampung nak pergi rumah sebelah pun memakan masa 3 minit.
'Kalau lah ada motor boleh naik motor' fikir Shazana.
Sampai sahaja mereka di hadapan rumah ketua kampung muka Erlin yang gembira tadi terus bertukar resah.
Shazana yang perasaan akan perubahan itu pun bertanya
"Why Erlin is there something bother you?" tanya Shazana.
"I'm okay i just afraid to go back to the clinic alone" jawab Erlin dia takut untuk balik seorang diri.
"Nah don't worry Athalia and i will accompany you to go back to the clinic, let's go" kata Shazana.
Akhirnya Erlin menghela nafas lega apabila Athalia dan Shazana sudi menghantar dirinya pulang.
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'"Diorang dah mula jejak kita" ujar Shazana serius. Athalia mengeluh perlahan.
"Haih baru setahun kita menghilang. Tak syok lah kalau diorang dah start cari kita" sambung Shazana lagi.
"Pastikan diorang tak dapat jejak kita" kata Athalia dingin. Gadis itu berhenti mendadak saat mereka berdua dikepung oleh beberapa orang.
"Erkk apahal ni bro?" Soal Shazana. Athalia melirik kesal gadis itu. Mereka berdua mulai fokus ke arah 6 orang lelaki di hadapan mereka.
"Where your big boss?" salah seorang daripada mereka mengacukan senapang ke arah kedua gadis itu.
"Wouh okay rilex. Who big boss?" Shazana mengangkat tangannya saat lelaki itu mengacukan senapang ke arah mereka. Athalia hanya menatap dingin ke arah lelaki-lelaki itu.
"WHAT THE FISH" jerit Shazana saat tangannya direntap oleh lelaki itu. Athalia hendak menarik lengan gadis itu tapi tidak berjaya kerana lehernya tiba-tiba dihunus dengan pisau dari belakang.
YOU ARE READING
My Butterfly
ActionTENGKU ATHALIA adalah seorang doctor di Hospital Diamod yang terkenal di Kuala Lumpur. Dia seorang yang paling jarang sekali nak bercakap dengan doctor-doctor yang lain. Dia seorang yang dingin, tegas tapi seorang yang bertanggungjawab. Tapi disebal...