PART 2

1.5K 65 0
                                    

"Eh, woi captain!"  dengar sahaja perkataan captain mereka semua terus berdiri tegak sambil menabik untuk memberi hormat kepada dua orang jejaka tampan yang sedang berjalan di hadapan mereka semua.

"Kenapa general panggil kita?"  soal Iskandar. Jejaka yang berada di sebelahnya hanya diam. Mereka berdua bergerak ke pejabat atasan mereka. Setibanya di sana mereka masuk lalu menabik hormat dekat atasan mereka.

"Captain Ezmir Zikry dan Captain Iskandar kami baru mendapat info bahawa kampung yang berada di sempadan Thailand sedang diserang oleh perusuh jadi saya akan menghantar team Alpha untuk handle masalah di sana. Boleh?" soal General Aiman.

"Boleh general" mereka berdua menjawab dengan serentak. General Aiman mengangguk perlahan.

"Oh, sebelum saya terlupa. Disebabkan doctor yang berada di sana tidak ramai jadi akan ada beberapa orang doctor dari Kuala Lumpur yang akan diarahkan untuk pergi membantu di sana juga. Jadi saya harap kamu berdua dapat melindungi doctor kita" Kata general Aiman lagi. Ezmir dan Iskandar hanya mengangguk faham.

Setelah beberapa minit berbincang dengan general Aiman mereka berdua keluar dari pejabat lalu pergi ke dorm team Alpha untuk memberitahu misi mereka semua. Sampai sahaja di depan pintu bilik dorm Iskandar menendang pintu itu dengan kuat.

BRAK!!

Beberapa jejaka yang berada di dalam dorm tersebut terkejut apabila pintu dorm mereka ditendang kasar. Mereka semua serentak melihat ke arah pintu untuk melihat makhluk mana yang tak reti bukak pintu. Sebaik sahaja melihat gerangan yang menendang pintu mereka semua langsung berdiri lalu memberi hormat dekat kedua captain mereka.

"HOI TAK RETI BUKAK PINTU KE" Ezmir dan Iskandar masuk tanpa rasa bersalah sebab dah ganggu masa diorang semua.

"Pack barang korang. Kita ada misi dekat sempadan Thailand. Kampung dekat sana kena serang jadi general hantar team kita untuk handle kes perusuhan dekat sana. Aku bagi korang 10 minit untuk bersiap" Kata Ezmir dingin.

Tanpa membuang masa mereka semua segera mengemas barang yang perlu mereka bawa ke sana nanti. Ezmir dan Iskandar juga mengemas barang keperluan mereka.

"Kau tak call mak kau ke?" soal Iskandar pelik. Selalunya setiap kali sebelum misi Ezmir akan menelefon Tengku Aliya, mama kandung Ezmir.

"Tak aku dah chat mama tadi." Ringkas sahaja jawapan yang Ezmir bagi. Iskandar hanya mengangguk kepalanya. Setelah 10 minit mereka semua berkumpul di hadapan sebuah helicopter yang akan membawa mereka semua ke Kawasan itu nanti.

Setelah beberapa jam, team alpha akhirnya sampai di kampung tersebut. Beberapa orang tentera menyambut kedatangan mereka. Mereka dibawa mengelilingi kampung untuk melihat keadaan di kampung tersebut

"How many were injured?" tanya Ezmir dingin. Seorang tentera Thailand yang bernama Milan membawa mereka semua ke rumah ketua kampung di situ. Di situ mereka semua dapat melihat ramai di antara penduduk kampung itu yang cedera parah. Doctor-doctor yang berada di situ terlihat kelelahan menangani pesakit-pesakit di situ.

"50 percent were slightly injured and another 50 percent were seriously injured. The enemy attacked while we were all resting" jawab Milan. Team Alpha memerhatikan semua yang berada di dalam rumah itu.

"Is kumpulkan semua orang aku nak bincang sesuatu." Kata Ezmir dingin. Tentera Thailand yang berada di belakang Ezmir seketika meremang mendengar suara dingin Ezmir. Iskandar mengangguk faham dengan segera dia melakukan tugasnya sebelum pak singa mengamok.

"Syah doctor belah kita bila sampai?" tanya Ezmir lagi. Yang ditanya boleh blur sekejap. Ezmir menatap tajam Syah apabila soalannya tidak dijawab.

"Err diorang akan sampai esok pagi captain. Perempuan 2 orang dan lelaki 2 orang jugak captain" jawab Syah dengan suara getar. Kaki dia dah menggigil sebab tatapan tajam yang captain dia bagi dekat dia.

"Syah kau okay ke tak? Aku tanya bila diorang sampai je bukan berapa orang lelaki dan perempuan." Balas Ezmir selamba. Hazrik dan Syazwan menahan tawa mereka di belakang melihat Syah yang terkebil-kebil dengan perkataan captain dingin.

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

HOSPITAL DIAMOND

Kelihatan seorang doktor perempuan yang baru sahaja lepas menyelesaikan operation. Dia menuju ke cafetria yang berada di dalam hospital tersebut. Sampai sahaja di cafe dia mendekati doktor Syazana yang sedang membeli makanan. Belum sempat dia hendak menegur Syazana, tiba-tiba terdengar suara jeritan yang paling dia kenal.

"ATHALIA AND SYAZANA NAIK PEJABAT DOKTOR AZMAN NAK JUMPA!!!" Jerit Aliff kuat sehingga semua orang yang berada di cafe itu melihat ke arah mereka. Syazana yang tengah membeli makanan terkejut mendengar suara jeritan Aliff yang sangat kuat.

Athalia segera menarik tangan Syazana lalu meninggalkan cafe itu. Kedua gadis itu berlari menuju ke pejabat doktor Azman. Sampai sahaja di hadapan pintu pejabat doktor Azman Syazana mengetuk pintu lalu mereka berdua menunggu sehingga mereka berdua diberi izin untuk masuk.

"Baik disebabkan kamu berempat suda ada di sini, saya akan berterus terang sahaja dengan kamu berempat. Pihak atasan menyuruh saya mencari empat orang doktor yang profesional untuk membantu beberapa orang doktor Thailand merawat 150 orang yang cedera parah dan 50 orang yang cedera ringan." Jelas doktor Azman.

Keempat-empat orang doktor itu langsung terkejut mendengar arahan ketua mereka. Mereka memandang satu sama lain lalu Syazana memberanikan diri untuk bertanya soalan.

"Err doktor kitorang akan bertugas dekat mana?" soal Syazana. Mendengar keluhan daripada doktor Azman, mereka berempat mengerutkan dahi bingung.

"Kamu semua akan bertugas di sebuah kampung yang berada di sempadan Thailand. Jadi saya berharap kamu semua dapat menjaga diri kamu sendiri dan akan ada beberapa orang askar yang akan memantau kamu semua di sana nanti" jelas doktor Azman.

Syazana, Athalia, Aliff dan Kevin sempat tercengang mendengar tempat yang akan mereka akan pergi nanti. Mereka semua tahu kalau tempat tu sangat berbahaya sebab dah banyak kes perusuhan yang berlaku di situ.

"Baik kamu semua ada 10 minit untuk berkemas dan bersiap sedia sebelum kamu semua akan berangkat ke sana. Kamu semua dah boleh keluar" setelah itu mereka berempat keluar dan segera berkemas.

"Err kau sure ke kita akan okay dekat sana?" soal Syazana. Athalia hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Mereka berdua segera keluar dari bilik persalinan mereka dan menuju ke rooftop bersama Aliff dan Kevin

Sampai sahaja di rooftop mereka melihat sebuah helipkopter yang sudah sedia ada di hadapan mereka bersama dua oarang lelaki yang berpakaian askar. Salah seorang daripada lelaki itu menyuruh mereka semua naik ke dalam helipkopter itu. Mereka mulai berangkat ke sempadan Thailand.

"Ehh korang yakin ke nak buat tugas ni?" soal Aliff. Dia sebenarnya tak berapa yakin dengan keselamatan mereka semua ketika menjalankan tugas di sana. Kevin hanya mengangguk perlahan.

"Jangan risau aku yakin semuanya akan berjalan dengan lancar sampai kita balik KL" jawab Kevin. Dia tahu kalau antara mereka bertiga tak jawab soalan Aliff memang sampai esok mamat depan dia ni tak habis-habis overthinking.

"Yeke kalau kampung tu kena serang masa kita tengah rawat pasient macam mana?" tanya Aliff lagi. Syazana mengeluh perlahan manakala Kevin tergelak kecil melihat Aliff. Athalia menatap Aliff dengan malas.

"Baik kau diam sebelum aku lempar kau jatuh ke bawah. Lagipun kan doktor dah cakap, akan ada askar yang tolong jaga kita dekat sana nanti" kata Syazana. Aliff lantas menggeleng kepalanya laju. Perkataan Syazana bukannya boleh buat main. Tak pasal-pasal dia jatuh ke bawah sebab Syazana lempar dia nanti.

Kedua askar yang berada di sebelah mereka hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka berempat. Agak-agaknya apa reaksi diorang kalau dah jumpa dengan team Alpha? Team yang paling digeruni oleh semua askar.

My ButterflyWhere stories live. Discover now