𝐁𝐀𝐁 𝟏 | 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇

93 8 9
                                    

Tahun 2022.

"HAURA..."

Tok tok tok.

Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk bertalu-talu.

"Haura, dah bangun ke belum tu? Pagi ni ada kelas pukul 9.00 kan. Jangan tertidur pulak. Umi dengan Haqim nak keluar dah ni." Jelas suara umi sedang memanggil aku dari luar bilik.

"Iya umi, Haura dah bangun." Aku kembali menyahut panggilan umi dari dalam bilik. Pembetulan, aku baru sahaja membuka mata.

Aduh, beratnya nak buka mata. Inilah punca terlelap lepas subuh tadi. Mentang-mentang yakin nak bangun awal, sekali hampir terlajak pula. Sedap betul dapat tidur waktu macam ini. Dah lah baru selesai hujan lebat, ditambah pula air-cond, pergh nikmat!

Baru hari pertama kelas bagi semester 4, aku dah mula mengharapkan untuk kelas cancel. Cis, tak senonoh betul perangai. Seronok pula berselubung di bawah selimut tebal ini. Selesa sangat dapat tidur lepas subuh tadi.

Tak boleh jadi ini! Kang terlelap lagi sekali mahu lajak sampai tengah hari.

Aku bingkas duduk di birai katil dan meregangkan segala otot sendi sebelum bergegas masuk ke bilik air untuk mandi. Hampir sepuluh minit aku mengambil masa untuk membersihkan diri.

'Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu.~'

Sedang aku leka membelit shawl berwarna ungu muda sebelum bersiap ke kelas, tiba-tiba telefon bimbit yang terletak elok di atas meja solek sedang berbunyi. Petanda ada panggilan. Segera aku capai dan jawab tanpa melihat nama si pemanggil.

"Helo?"

"Woi Haura, kau tak bangun lagi ka?? Dah pukul 8.20 dah ni. Batang hidung kau pun aku belum nampak. Kau jangan lupa pula kelas pagi ni dengan Dr. Aida. Kalau kau nak tanggung malu seharian, kau buat lah datang kelas lambat!" Bebelan si Fatini Adleena kedengaran.

Haih, kelas Dr. Aida. Semester lepas pun aku diajarnya subjek Financial Management. Subjek yang cukup digeruni bagi makhluk yang paling tak gemar dengan subjek kira-kira macam aku. Memang kecut perut semua orang dalam kelas dia. Datang kelas lambat, automatik kena berdiri di hadapan dewan kuliah sampai tamat kelas. Syahdu teringat peristiwa itu.

Sejak dari itu, aku dah bertaubat untuk sentiasa hadir awal sejam di kampus. Nasib baik aku boleh skor gred A subjeknya, walaupun banyak tangisan mengalir setiap kali siapkan assignment, test, dan assessment. Semester kali ini pula diajarnya subjek yang lebih teoritikal.

"Iya Tini, bingitlah kau ni pagi-pagi. Aku dah bangun dah. Tengah bersiap ni babe. Aku on the way nak ke kelas la ni." Ujar aku sambil memasukkan buku nota dan bekas alat tulis dalam tote bag.

On the way konon, aku masih bertapa dalam bilik lagi baru siap membelit shawl. Ini kalau Fatini tahu, mahu kena pelangkung aku jawabnya. Nampak benor melayu nyer.

"Ha iyalah, cepat sikit. Jumpa kau kejap lagi. Take care, babe! Bye..." Pesan dari Fatini. Ceh, belum sempat aku hendak balas semula take care, dimatikan panggilan. Kelam kabut betul.

Senyap sahaja suasana ruang tamu ketika aku ingin bergegas mengambil kunci kereta. Nampak gaya umi dah keluar pergi konferensi waris Haqim, si adik bongsu yang kini berada di Tingkatan 5.

Tinggal aku seorang sahajalah. Oh, nasib sebagai anak sulung.

Tak sempat nak jamah sarapan dulu, aku terus keluar mencapai sneakers Converse dan hidupkan enjin kereta. Semoga hari pertama di kampus bagi semester ini dipermudahkan segalanya.

SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]Where stories live. Discover now