𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟎 | 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆

75 7 6
                                    

SETELAH hampir 2 jam kami berbincang, Fadzreen akhirnya meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Dia terpaksa segera menuju ke hospital untuk melawat ibu saudaranya yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari lepas. Katanya mungkin akan dikeluarkan dari hospital hari ini.

Hanya tinggal aku dan Firash. Perbincangan kami telahpun selesai. Kami berdua mengambil keputusan untuk balik memandangkan jam menunjukkan hampir pukul 5 petang. Sambil tangan aku tengah mengemas buku dan menyimpan komputer riba ke dalam bag, tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.

"Firash..." Aku menyeru namanya.

Dia mengangkat muka memandang aku. Riak wajah tak beremosi ditayangkan. Tidak perlu untuk menyoal aku kembali, dia sekadar merenung dan menantikan respon sambungan aku.

"Awak ada sertai mana-mana kelab atau organisasi tak dalam kampus ni?" Aku bertanya dia dalam nada berbisik. Hanya didengari jelas kami berdua.

"Well, nope. Why?" Pendek sahaja balasnya. Tak senyum dan tak marah. Cuma diam dan tangannya terus memasukkan iPad ke dalam bag.

Maknanya dia masih belum terlibat dalam mana-mana organisasi kelab. Peluang yang terbaik! Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk ajak dia sertai kelab aku. Sedikit sebanyak boleh memudahkan urusan aku dan Izzat nanti.

Telan air liur dulu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Aku cuba susun ayat dalam kepala.

"Erm, saya nak tanya awak sesuatu boleh?"

"Boleh. Tiga soalan, RM20. Online transaction only, no cash. Business is business."

"Hah?" Aku tercengang.

Muka dia masih sama. Tak bereaksi. Serius.

Tiba-tiba dia tertawa kecil sambil menggelengkan kepala. Eh, dah gila ka? Aku pandang dia. Mencerun matanya ke arahku. Mungkin riak wajah keliru aku terlalu ketara.

"Muka tu, kalau clueless lagi tak boleh eh?" Soalnya sambil menghabiskan sisa tawa sendiri.

Aku mencebik. Ingatkan dia betul-betul serius. Sikit lagi aku nak keluarkan telefon dan buka aplikasi Maybank2U untuk buat transfer. Nampak sangat aku dah terdesak sekarang nak bertanya.

"Macam mana tak pelik? Saya cuma nak tanya. Taulah zaman sekarang semua benda kena bayar kecuali kentut. Tapi, takkanlah nak tanya soalan pun sampai kena korek dompet. Kopak lah macamni. Kita ni student tau!" Panjang lebar hujahku.

"Kalau nak tanya saya soalan, make sure it's worth my time right now. Saya bukan orang yang jaga kaunter pertanyaan nak jawab soalan banyak-banyak."

Aku buat muka menyampah. Kalau ikutkan ego sendiri, nak saja aku jerit ke telinganya, 'otak dia kaunter pertanyaan'! Aku belum tanya apa-apa lagi, banyak pula dia membebel. Tapi fikiranku membangkang. Aku kena cuba berlembut dengan dia. Kalau tak, hilanglah peluang untuk masukkan dia dalam kelab aku.

"Firash, sebelum ni awak belajar dekat UKM kan?" Soalan pertama diajukan.

Sunyi. Tangannya yang sibuk menyimpan barang terus terhenti. Air mukanya yang menahan senyum lucu tadi terus berubah. Wajah sedikit tegang. Untuk seketika aku berasa gerun dengan pandangan matanya ketika itu.

"Mana awak tahu?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Adalah. Saya dengar cerita yang awak sebenarnya ex-student UKM. Jadi, betul ka?"

"Cerita apa? Where did you find out about me?" Siasatnya lagi. Keningnya jelas berkerut.

Nafas hampir tersekat saat mata kami bertembung. Bagaikan terselindung dengan penuh misteri. Wajahnya berubah dingin dan tak beremosi. Tiba-tiba rasa lutut goyah saat mata itu menikam anak mataku.

SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]Where stories live. Discover now