𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

108 8 13
                                    

Tahun 2011.

HARI ini genap 3 tahun aku tinggal bersama keluarga 'baru'ku. Umi dan abi telah pun memutuskan ikatan perkahwinan mereka sejak aku berusia 7 tahun lagi. Baru sahaja mengenal dunia, namun dihimpit pula dengan perpecahan keluarga. Sampai ke hari ini aku masih lagi belum mengerti dan menerima sepenuhnya perpisahan umi dan abi.

Siapa sangka, disebalik gelak tawa, dan gembira kami sekeluarga, akhirnya terputus jua.

Segalanya bermula dengan pergaduhan umi dan abi pada malam tersebut yang berakhir dengan penceraian mereka. Hal ini telah memisahkan aku dari umi kandungku disebabkan oleh hak penjagaan aku telah jatuh di bawah jagaan abi. Kini aku tinggal bersama abi dan ibu tiriku. Ya, ibu tiri. Rupa-rupanya perpisahan umi dan abi disebabkan oleh abi telah berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan umi.

Adakah itu yang dikatakan curang?

Aku yang kini telah berusia 10 tahun pun masih tidak mengerti.

Selama 3 tahun ini lah aku hidup dengan penuh derita. Aku diibaratkan sekadar hidup menumpang kasih. Apa sahaja yang tidak kena? Dipaksa, dipukul dan didera seperti hamba abdi yang tiada belas kasihan sudah menjadi kebiasaan oleh ibu tiriku, ibu Wati.

Mungkin nasib aku boleh dikatakan cliché seperti filem Cinderella yang mempunyai ibu tiri kejam, akan tetapi kehidupanku jauh lebih malang apabila terpaksa berhadapan dengan ibu tiri yang bermuka dua. Apabila di depan abi, lagaknya kalah seperti seorang bidadari tak bersayap. Ternyata disimpannya kuku syaitan yang tiada belas kasihan.

"HAURA!!!"

Ketika aku sedang leka menyiapkan kerja rumah subjek Sains, aku tersentak mendengar panggilan ibu. Atau sebenarnya lebih kepada jeritan. Hampir terbaling pensil di tangan akibat terkejut dengan laungan penuh amarah ibu.

Jeritan ibu jelas terdengar dari dapur. Nada laungan yang acapkali membuatkan aku dalam ketakutan. Pasti sahaja ada perkara yang tidak kena terjadi. Aku bingkas bangun dan melepaskan keluhan berat sebelum keluar menyahut jeritan ibu. Seorang hamba takkan dihukum jika tidak berbuat kesalahan kan?

Ya Allah, salah apa lagi kali ini.

"Iya ibu, Haura datang." Tanpa membuang masa, aku terus mengatur langkah berhati-hati ke arah ibu. Jelas kelihatan wajah bengisnya yang seperti menunggu mangsa untuk dibaham bila-bila masa sahaja.

Sambil itu aku jeling sekilas ke arah sebalik dapur dalam keadaan kecut perut.

Kelihatan Melissa Aisara, saudara sebaya tiriku yang sedang tersenyum sinis. Sepertinya menikmati amarah ibu kepadaku. Mesti ini semua angkara Melissa, dalang segalanya yang cukup dengki dan suka melihat aku dalam keadaan derita.

"Eh, sini kau!" Dengan sekelip mata, aku terus ditarik masuk ke dalam bilik stor yang terletak di sebelah dapur. Bilik itu gelap. Tiada satu pun cahaya yang menembusi bilik ini.

Aku mula panik. Nafasku tersekat-sekat. Dan aku tahu apa yang akan terjadi setiap kali aku dikurung dalam bilik stor gelap bersama wanita durjana ini.

Tanpa menghiraukan aku, ibu terus memulas telinga aku sehingga aku rasa ia sudah memerah. Hampir putus sebelah telinga dibuatnya sehingga tidak terasa.

"Aaa...aduhhh sakit ibu." Aku cuba menahan diri daripada menangis. Takut lagi teruk bala yang mendatang.

"Ha, tau pun kau sakit?! Dapur bersepah dari tadi kenapa kau tak kemas? Ni kenapa kau tak reti nak cuci pinggan lepas makan hah?! Kau ingat kau raja dalam rumah ni? Ingat rumah ni ada orang gaji ke hah?!"

Hamburan ibu buatkan mata aku terpejam-pejam. Jantungku berdegup kencang. Aik, bukan kah tadi aku dah cuci pinggan? Pinggan siapa pula ni?

"Maaf i-ibu. Haura tak sengaja. Haura tengah buat homework tadi." Jawabku sambil menahan pedih. Nak buat macam mana, kalau aku menafikannya, mahu kena humban keluar dari rumah.

SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]Where stories live. Discover now