𝐁𝐀𝐁 𝟕 | 𝐆𝐎𝐒𝐈𝐏 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍

72 8 11
                                    

CUBA teka hari ini hari apa?

Salah, hari ini hari Isnin. Seperti pagi Isnin selalu, aku datang ke kelas pertamaku. Kelas hari ini bermula lambat sikit. Ditunda sejam lewat memandangkan jadual kelas ditukar lagi buat kali yang kesejuta. Selain penat mendapat harapan palsu, penat lagi nak menghadap jadual kelas yang sentiasa berubah. Maklumlah awal-awal semester biasanya huru-hara.

Itu pun aku baru tahu semalam dalam portal pelajar. Nasib baik aku sempat check. Sepatutnya kelas pagi ini bersama Dr. Aida, tapi dah diubah dengan kelas Dr. Izham. Nasib baik juga kelas tak dibatalkan secara tiba-tiba.

Mana taknya, cuba bayangkan pelajar yang duduk luar kampus susah payah bersiap ke kelas pagi. Tiba-tiba, bila dah terpacak depan pintu bilik kuliah, dapat pula berita mendadak kelas cancel. Rasa nak memberontak sambil berguling-guling ke Pusat Pentadbiran, lalu singgah Kafeteria dan belok ke arah Dewan Perdana.

Sementara tunggu kelas bermula, aku melepak dulu atau lebih spesifik menunggu pensyarah di gazebo kayu sebelah bilik kuliah. Sebaik aku duduk, Fatini dan Izzat datang menyerbuku. Seperti biasa, sesi bergosip sebelum kelas adalah satu kewajipan.

"Guys! Korang nak tahu something tak?" Aku memulakan bicara bawang.

"Apa dia?"

"Mende? Gapo dio?"

Serentak Fatini dan Izzat menyoal. Kalah Usain Bolt lajunya kalau bab gosip dengan diorang.

"Korang tau kan Firash Imran, classmate baru kita tu?" Aku menjelaskan dahulu siapakah subjek utama yang akan diperbahaskan dalam arena gosip kami bertiga.

"Haah tau, kenapa dengan dia?" Ujar Fatini.

Belum sempat aku membuka mulut, Izzat pantas mencelah, "Dia ajak kau kahwin ka?! Takowd!"

Izzat terus menekup mulut tanda pura-pura terkejut macam dalam drama. Eh, sempudal sorang ini. Kalau tak over, memang tak sah. Merepek tak kena tempat. Tak pasal ada juga yang aku lemaskan kepala dalam Tasik Merpati hujung sana.

"Otak kau! Bukan lah. Dia jadi jiran baru aku."

"Oh My Ayam Geprek!" Giliran Fatini pula menekup mulut seolah-olah terkejut macam dengar berita kumpulan EXO nak buat comeback.

"Fuyooo! Jodoh pasti bertemu~" Izzat mula dengan propanya sambil berkumandangkan lagu Afgan.

Aku sekadar gelengkan kepala. Penat betul berkawan dengan beruk dua ketul ini. Mulalah diorang nak buat spekulasi tak berbayar.

"Ish, korang berdua kalau tak bangang sehari memang tak sah kan. Malaslah aku nak cerita."

"Alooo, sorry lah Cik Pipi Merah ku. Cerita lah. Macam mana dia boleh jadi jiran baru kau?" Pujuk Izzat yang nampaknya semakin minat untuk tahu kesinambungan gosip kami bertiga.

"Dia baru pindah rasanya, sebab weekend lepas aku ada pergi kenduri doa selamat dekat kawasan perumahan aku. Tak tau lah pulak rupanya tu kenduri dia."

"Sampai hati—" Fatini tiba-tiba menyampuk.

Sampai hati? Aik, aku ada buat salah apa pula?

"—kau tak bagitahu aku pun yang kau pergi kenduri dia. Ajaklah aku sekali kalau ya pun. Tau-tau rupanya kau berjiran dengan dia. Untung gila! Huhu..." Fatini peluk kepala dan terus sembamkan muka ke meja gazebo kayu itu. Tanpa sengaja, dia mengerang kesakitan sebab dahinya terhantuk.

Ha padan muka.

"Aku tengah bagitaulah ni! Kau ingat sebelum aku datang tu, aku dah tilik yang itu kenduri dia ka? Kalau aku tau sekalipun, belum tentu aku nak pergi tau. Baik aku tidur membongkang ja dekat rumah. Aih, ada jugak kang yang makan tapak kasut aku ni."

SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]Where stories live. Discover now