SEBELUM kuliah tamat pada hari ini, Dr. Aida telah memaklumkan bahawa dia akan memberi kuiz pertama pada hari Jumaat minggu depan dan markah kuiz itu akan dikira masuk dalam carry mark. Jadi, inilah kesempatan untuk kami menjawab dengan sebaiknya.
Selesai kelas tepat jam 10.30 pagi, tanpa menunggu sesiapa, aku terus bergegas keluar untuk ke studio bahasa memandangkan ada perjumpaan kecil antara jawatankuasa Kelab Debat dan Pidato kampus.
Ha, nampak saja aku ini cokia-cokia orangnya. Tapi sebenarnya berpendidikan. Jangan main-main, aku Setiausaha Agung kelab tau!
Sesampai di studio bahasa, kelihatan baru wujud dua ketul manusia yang ada. Fadzreen dan Nawal yang merupakan rakan sekelab terlebih dahulu menunggu. Sempat aku lemparkan senyuman sebelum ambil tempat duduk. Nampaknya aku bersemangat waja untuk sampai terlalu awal.
"Sorry Cik Pipi Merah, aku lambat sikit." Kerusi hadapanku ditarik. Tak perlu angkat kepala pun dah tau makhluk di depan aku ini. Siapa lagi? Tak lain tak bukan Izzat, jejaka tercantik seantero kampus.
Ya, inilah dia Timbalan aku. Gila kuasa kan si Izzat ini. Dah ada jawatan besar kampus pun, nak juga dirangkulnya jawatan picisan sebegini. Walaupun dia paling kurang berfungsi, sekurang-kurangnya bolehlah buat modal sebagai teman dalam kelab ini. Dia jugalah tulang punggung kelab setiap kali ada pertandingan. Asal ada pertandingan, mesti si Izzat Haiqal akan tempah nama mewakili kampus.
Biasalah, mulut becok nya itu digunakan sebaik mungkin. Memang tabik springlah aku bagi kalau Izzat berdebat. Habis disapu semua anugerah pendebat terbaik. Longgar lutut pasukan lawan kalau berjumpa dengan dia. Manusia yang paling susah untuk aku patahkan bidasannya.
Kalau nak borak pasal kenapa pisang warna kuning dengan dia, sampai subuh esok pun belum tentu akan habis.
Fatini pula? Dia sibuk dengan kelab HURES iaitu singkatan bagi Human Resource Society, persatuan rasmi untuk jurusan aku. Itu pun tak habis berpeluh ketiak ke sana ke mari memandangkan dia merupakan presiden kelab itu. Ada saja masalah yang tak pernah selesai dalam kelab itu.
"Kau ke mana tadi?" Soalku.
"Aku?" Dia melepaskan keluhan berat sambil dijulingkan mata ke atas. Tanda sesuatu tak baik dah berlaku.
"Budak baru tu lah, menyusahkan aku ja. Penat nok aku melayan dia. Rasa nak ei... Geram!" Izzat menggenggam tangannya tanda ingin menumbuk dengan gaya yang aku rasa takkan sesiapa pun takut.
"Lah, dah kenapa pulak dengan Firash? Korang ada bukak gelanggang gusti ka tadi?" Seloroh aku. Tak ada angin, ribut, petir atau tsunami, boleh pula ada isu panas terjadi.
"Tak lah, aku ajak dia bersilat tadi." Dijelingnya aku sebelum sambung penjelasannya.
"Kau tau tak, dia tanya aku, MPP semester ni buat program apa? So, aku ceritalah panjang berjela semua. Iyalah kau, anak Timbalan Rektor kan. Manalah tau aku boleh dapatkan kabel untuk mudahkan kerja kitaorang. Tapi, kau nak tau tak dia jawab apa?"
"Dia jawab apa?"
"Dia kata, ehem—" Sambil meniru suara garau Firash "—program korang ni lame sangat. Dah serupa program budak sekolah rendah. Macam mana nak tingkatkan prestasi kampus? Cubalah ubah sikit. Buat townhall ka, sendu betul...
Aku macam eh, sedap mulut dia bercakap. Dia ingat dia siapa hah?! Menyakitkan hati betul. Kecik besar ja aku tengok dia..."
Nak terkentut aku mendengar luahan hati nurani tersakiti Izzat. Ada betulnya juga cadangan dari Firash itu. Belum sempat aku nak menenangkan amarahnya yang semakin bergelora, kelihatan Dayana, si presiden telah masuk dan mencemar duli.
YOU ARE READING
SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]
Lãng mạn××× Siapa sangka di sebalik kecekalan hati seorang gadis bernama Haura Humayra, terpendam sebuah kisah silam yang meninggalkan trauma kepada dirinya. Kisah tragis yang diakibatkan oleh penderaan fizikal sejak kecil dari ibu tirinya sendiri. Apabila...