HAMPIR dua jam berlalu. Lepas tamat kelas, cepat-cepat aku mengemas barang. Dr. Izham dan pelajar lain turut meninggalkan dewan kuliah. Boleh tahan mencabar keimanan aku dalam kelas hari ini. Maksud aku tahan mengantuk. Tak terkira dek jari berapa kali aku dah menguap.
"Haura, aku tunggu kat luar tau."
Belum sempat aku bertanya, kelihatan Fatini dah jalan keluar meninggalkan aku. Sama juga dengan Izzat, yang bergegas keluar untuk menghadiri perjumpaan tergempar MPP. Kelihatan pelajar lain juga semakin surut pulang.
Dan waktu itu aku tersedar, seperti tinggal berdua sahaja.
Aku dan mamat beku di belakang.
Baru teringat yang aku kena jumpa dia terlebih dahulu sebab nak kena minta nombor telefon. Haih! Tak guna betul dua ketul mangkuk itu. Buat penat aku beria kemas barang tadi.
Aku mengeluh lalu menoleh ke belakang. Aku merapati dia untuk memudahkan urusan. Dah nama pun ketua kelas berwibawa, kalau esok dia masuk kelas lambat lagi, aku juga lah punca utama.
"Ehemmm..." Aku berdehem. Kelihatan dia sedang menyimpan barang dalam bag.
"Yes?" Soal dia tanpa memandang wajah aku.
Kekwat betul.
"Erm, awak student baru kan?" Apa punya jenis soalan bijaklah yang aku tanya ini? Dah tahu, boleh tanya lagi. Rasa nak ketuk kepala dengan mikrofon yang Dr. Izham guna tadi.
"Hm, asal?" Agak awkward situasi sekarang.
"Saya kan class rep. Jadi, bak sini nombor telefon awak." Jawabku yang sebenarnya sedia nak cabut lari.
Dia berdiri dari tempat duduknya dan menghampiri aku. Betul-betul ada di depan aku sekarang ini. Secara automatik aku berundur setapak sebab jarak yang agak rapat. Takut menimbulkan fitnah orang yang melihat pula.
Hampir tergugat iman aku. Wangi betul. Semerbak bau minyak wangi maskulin. Izzat mesti tergoda kan bila disebelahnya tadi. Haha, gurau.
"Nombor telefon? For what? Are you tryna flirt with me?" Soalnya kembali. Wajahnya terukir senyuman sinis tersimpan beribu makna melihat aku. Macam nak mencari gaduh.
"Eh, banyak cengkadak awak. Saya nak masukkan dalam group Whatsapp kelas lah. Kang tak memasal esok datang lambat lagi saya jugak yang kena."
Dia tatap setiap inci muka aku semula dengan kening terangkat.
"Ada nampak muka saya ni kesah?"
Amboi! Sombong dan berlagak orangnya. Hekeleh mamat kerek ni! Dia tak kenal lagi siapa aku agaknya. Huh!
"Boleh tak cepat sikit? Sekarang dah nak masuk waktu Asar. Kalau tak nak bagi takpa. Esok pandai-pandailah awak cari kelas sendiri." Ujar aku yang dah malas melayan. Apalah nasib kena berdepan dengan makhluk poyo macam ini.
Dia ketawa perlahan. Kedengaran indah betul tawanya itu. Argh, merepek apa aku petang-petang ini? Seronok ya gelakkan aku.
Kelihatan dia sedang mengeluarkan iPhone 13 Pro dari kocek seluarnya dan terus dihulurkan kepada aku. Pergh, telefon level bangsawan. Aku teragak-agak nak mengambilnya. Dia nak aku cari nombor dia sendiri ka apa?
"Masukkan nombor awak situ." Arahnya untuk aku memasukkan nombor aku. Eh bukankah aku sepatutnya dapatkan nombor dia? Apa-apa sajalah.
Tanpa berkata panjang, aku terus memasukkan nombor telefon aku. Terasa menggigil-gigil apabila pegang telefon mahal ini. Rasa macam kena serangan penyakit Parkinson. Nasib baik tak jatuh, kalau tak kena jual bola mata pula sebagai galang gantinya.
YOU ARE READING
SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]
Любовные романы××× Siapa sangka di sebalik kecekalan hati seorang gadis bernama Haura Humayra, terpendam sebuah kisah silam yang meninggalkan trauma kepada dirinya. Kisah tragis yang diakibatkan oleh penderaan fizikal sejak kecil dari ibu tirinya sendiri. Apabila...