HARI ini hari kedua kelas bermula.
Dewan kuliah yang mempunyai hampir 40 orang pelajar sekelas aku agak bingit dengan suara semua orang. Masing-masing sibuk berkongsi cerita dan gosip sementara menanti pensyarah masuk mengajar.
Hari ini kelas Dr. Izham, subjek Compensation and Benefits. Entah apa yang bakal diajar sekejap lagi. Dengar nama pun aku memang dah tahu. Confirm bosan. Haih, belum lagi mula aku dah rasa malas. Lagi-lagi perut tengah menghadam makanan berat tengah hari tadi. Bertambah mengantuk aku dibuatnya.
Aku duduk di meja hadapan. Macam biasa, class rep lah katakan. Bukan itu alasannya. Aku sebenarnya sedikit rabun jauh, tapi degil tak nak pakai cermin mata. Tak mengapa, selagi boleh duduk depan, sampai whiteboard itu pun aku sanggup.
Dewan kuliah tiba-tiba jadi sunyi. Macam ada malaikat lalu. Itu petanda pensyarah sudah menapak masuk. Okay, mod serius on!
"Assalamualaikum and good afternoon everyone. Sorry, I'm late." Kedengaran suara Dr. Izham bergema melalui mikrofon.
"As you all know, I'll be taking over this class for the rest of the semester in Business Analytics subject." Sebaik mendengar pengumuman itu, satu kuliah fokus dengan ucapan dari Dr. Izham. Kemain fully English ya.
Tok tok tok...
Pintu dewan kuliah tiba-tiba diketuk. Semua orang mengalihkan pandangan ke arah pintu yang menyebabkan sedikit gangguan, kecuali aku. Cukup kurang gemar aku dengan orang yang tidak tepati masa.
Siapalah malaun yang datang lambat hari ini. Baru sahaja hari kedua dah cari masalah.
"Assalamualaikum Dr. I'm so sorry cause I'm late. I was searching for this class just now." Kedengaran suara garau seorang lelaki sedang menyapa Dr. Izham.
Iyalah, takkan suara kepit buatan macam Izzat kan? Haha gurau.
"Weh, Haura.... Haura... Itulah dia! Oh my God, handsome gila. The most perfect specimen of a man!" Bisik Fatini di sebelah aku. Ditampar-tampar lengan kiriku. Riuh betul orang di sebelah ini. Aku terus pandang dia.
"Siapa dia?" Balas aku dengan nada malas.
Terus aku alihkan pandangan ke arah pintu utama dewan kuliah. Nak tahu juga sekacak mana pelajar yang dikatakan Fatini itu. Sampai mata bersinar-sinar macam melihat bulan purnama penuh.
Aku juga hampir ternganga.
Bulat mata aku apabila memandang lelaki itu. Dia berbaju kemeja biru gelap dan berseluar slack hitam. Segak bertali leher dan lengan baju dilipat hingga ke siku. Imej biasa kalau waktu tengah hari sebegini pada hari Selasa. Jarang sekali pelajar lelaki dalam kelas aku nak berpakaian kemas. Semuanya ber t-shirt, tak pun berjersi. Ini dah level-level korporat.
Wajahnya kelihatan dingin. Tak beremosi. Susuk tubuh yang tegap. Rambut dia yang on point itu. Wah, tak dinafikan memang handsome. Macam ada kacukan darah penjajah. Patutlah menggelupur si Fatini dan perempuan lain. Aku juga hampir tergamam dan terkedu melihat dia. Haip, jaga pandangan!
Sekilas pandang macam jejaka Hero Remaja antarabangsa pujaan hati gadis-gadis. Adakah dia pelajar baru kelas kami yang hangat diperkatakan semua orang?
Aku rasa ya.
"It's okay, since I also just started the class. How did you get lost to this class?" Soal Dr. Izham kepadanya.
"I'm a new student. I just moved here from Johor due to family matters. Basically, I undergo the campus exchange. It tooks me awhile to find this class since I'm still new here."
YOU ARE READING
SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]
Romans××× Siapa sangka di sebalik kecekalan hati seorang gadis bernama Haura Humayra, terpendam sebuah kisah silam yang meninggalkan trauma kepada dirinya. Kisah tragis yang diakibatkan oleh penderaan fizikal sejak kecil dari ibu tirinya sendiri. Apabila...