𝐁𝐀𝐁 𝟓 | 𝐒𝐄𝐆𝐌𝐄𝐍 𝐉𝐎𝐃𝐎𝐇

75 8 10
                                    

JANTUNGKU semakin pantas berdegup. Tanganku mula menggigil. Aku cuba tenangkan hati dan berfikir kembali di mana aku letak barang yang hilang itu. Hai otak, tolonglah ingat semula!

Inilah situasi yang paling aku tak suka. Hilang barang secara tiba-tiba. Rasa nak tercabut jantung aku sekarang ini. Habis seluruh bilik aku selongkar. Beg ke kelas yang berisi barang pun habis aku punggah.

"Ish, mana ni?!" Bentakku, geram apabila kad matriks aku masih belum ditemui.

Ya, aku dah hilang kad pelajar aku. Entah ke mana terbang perginya. Takkan ke alam ayah pin kot? Haih, cuai dan Haura berpisah tiada.

"Qim, jumpa tak?" Soalku kepada Haqim yang juga tengah kelam kabut membantu aku mencari kad pelajar yang dah hilang.

"Tak ada lah kak. Qim dah cari dalam bonet kereta akak pun takda. Yilek." Jawab Haqim dengan muka dah berputus asa. Digelengnya kepala tanda memang tak jumpa.

"Ya Allah, mana perginya kad matriks aku ni?" Gumam aku sendiri. Satu pelosok rumah aku dah cari. Sampaikan aku boleh terjumpa anak patung Barbie yang dulunya diberi oleh abi ketika aku berusia 10 tahun.

Eh, patutnya aku dah buang lama. Barang tak berguna buat apa nak disimpan dan dikenang. Lagi-lagi pemberian dari orang yang dah 'asing' dalam hidup aku. Argh, dahla malas fikir!

Hampir sejam mencari, masih tak jumpa. Itu petanda mesti aku tercicir di mana-mana dekat kampus.

Seingat aku, kali terakhir aku sempat pegang kad matriks yang tersemat dalam lanyard itu lepas keluar dari studio bahasa pagi tadi. Lepas itu, kejadian rempuhan bahu tanpa sengaja telah berlaku. Takkan lah tercicir masa...

Ha! Ya! Baru ingat!

Aku baru sedar yang aku pegang buku dan juga kad matriks itu sekali sebab dah kalut nak balik rumah. Kiranya, buku aku yang terjatuh tadi sempat aku ambil. Tapi aku tak perasan pula mana tersasar lanyard aku jatuh. Mesti dah terjatuh dalam longkang berlumut sebelah aku tadi.

Aku meraup muka dengan penuh kekesalan. Itulah kau Haura, lain kali pakai lanyard itu. Jangan nak berlagak sangat sekadar pegang macam tangan sendiri boleh genggam bara api biar sampai menjadi arang. Lah, tiber.

Dah berpinar kepala otak mencari. Aku akhirnya mengalah dan duduk di birai katil. Nak menangis pun tak ada gunanya. Ini semua punca mamat beku tadi lah! Dasar ikan bilis berkepala tujuh! Perasaan gelisah aku dah macam hilang anak tau!

Habislah kopak duit aku nak kena ganti kad matriks baru. Dah lah tengah hujung bulan. Aigooo...

"Jumpa tak Haura?" Soal ibu dengan nada yang lembut. Mungkin tak nak aku bertambah panik dan meraung dalam tangisan. Ceh, melebih pula aku.

"Tak jumpalah umi." Aku sekadar balas pendek dengan riak wajah sugul.

"Tak apalah. Isnin depan, Haura cuba check balik dekat mana last Haura nampak kad matriks tu. Kalau tak ada takpa, ganti ja lah baru. Apa susah." Ujar umi yang sedikit sebanyak memberi sinar harapan untuk aku bertenang.

"Iyalah umi. Minggu depan Haura cuba cari balik." Sekadar itu sahaja jawapan aku balas, memandangkan aku dah penat membuang tenaga tadi.

Perasaan geram aku dengan Firash makin bertambah sekarang ini. Rasa macam nak juga sekarang aku curi traktor kubota dan gilis dia berkali-kali.

◆◆◆

"Haura! Oh Haura! Bangun..." Kedengaran suara umi sedang memanggil di muka pintu bilikku.

Suara umi menjadi penggera aku pagi ini. Aduh, harini kan hari Sabtu, sepatutnya berehat dan qada' segala waktu tidur yang tak terganti sebelum ini.

"Hm..." Aku masih malas. Berat betul mata nak buka. Aku tarik selimut tebal menutup muka. Taknak diganggu di pagi hujung minggu ini.

SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]Where stories live. Discover now