HAMPIR jam 9.30 malam. Aku sedang leka melipat kain sambil menonton drama slot Kasturi di TV30.
Sebentar tadi umi menghantarku mesej memberitahu, katanya umi akan pulang ke rumah lewat memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan di tempat kerja. Haqim seperti biasa, rajin ke masjid terdekat untuk menghadiri kuliah Maghrib dan solat Isya' berjemaah.
Jadi, aku hanya bersendirian di rumah.
Kruk... Kruk...
Tiba-tiba perutku berkeroncong. Bukan petanda yang baik. Akibat tergoda dengan iklan ayam goreng McDonald di televisyen tadi, aku terus lapar. Nak pergi ke drive thru, tapi kereta masih buat hal. Nak masak, tapi malas. Nak order Grab Food, tapi tak nak menunggu lama.
Banyak pula alasan yang bermain di fikiran. Aku dah lapar sangat ini! Dari tadi tahan tahu tak?
Setelah berperang dengan perut sendiri buat beberapa minit, aku memutuskan untuk keluar berjalan sebentar mencari makanan. Nak tunggu si Haqim balik, makin lebatlah bulu ketiak aku tumbuh jawabnya.
Aku terus mencapai tudung sarung dan kardigan berwarna hitam. Pakaian ala kadar. Tak lupa juga, kunci rumah dan telefon bimbit aku selitkan masuk dalam poket dan berlalu menuju ke pintu rumah.
Aku sedang berfikir-fikir, patut tak aku pakai stokin? Tapi aku cuma nak beli burger dekat seberang jalan sana. Hurm, tak payah lah. Lagipun dekat. Dah jadi satu hal pula aku nak kena cari stokin. Malas lah. Terus selipar disarung.
◆◆◆
Baru sahaja tiba di gerai burger Bang Joko, hujan renyai-renyai turun. Aku lupa nak bawa payung sekali. Tapi tak mengapa lah. Benda dah sampai, jadi kita teruskan saja ekspedisi mengenyangkan perut.
Setelah hampir setengah jam menunggu, sendi lutut pun bergetar tak henti, akhirnya burger ayam spesial dan burger keju daging dengan extra sos cili dah siap! Semua yang dipesan lengkap.
"Terima kasih, bang."
Selesai bayar, aku terus berjalan dengan senang hati nak balik rumah. Namun, hujan turun makin lebat. Disebabkan hujan menderu tak mengizinkan aku pulang, aku memutuskan untuk berteduh di kaki lima kedai sederet yang masih menyala lampunya. Hanya kedai itu sahaja yang terang, maka aku pilih untuk berteduh sebentar di situ.
Nak redah pulang, antibodi aku tak cukup kuat nak tahan dari terkena tempias air hujan. Tak pasal-pasal demam pula.
Rasa seram sejuk bila bersendirian di sini. Hujan turun makin lebat. Aduh, takkan aku nak duduk sini sampai esok Subuh? Nak tunggu hujan berhenti macam lama lagi. Demi menghilangkan bosan, aku bermain dengan telefon sendiri.
Sedang aku membelek aplikasi Instagram, tiba-tiba ada seorang lelaki lari berteduh di bawah kedai yang sama denganku. Kini aku tak keseorangan. Aku sedikit curiga tapi cuba berfikiran positif.
"Hai..." Ada satu suara tiba-tiba menegur di belakangku. Aku tak perlu menoleh untuk tahu siapa empunya suara.
Gulp! Air liur ditelan. Jantung aku kembali berdebar. Dah kenapa dia tegur aku?
"Adik manis tudung yitam, sorang saja ka? Mana mau pigi?" Tegur suara itu lagi.
Aku buat bodoh. Tak melayan. Apa punya bijak soalan, confirm lah aku baru habis beli burger, takkan baru habis berjimba. Aku spontan melangkah pergi dan belok ke arah jalan besar. Bertentangan dengan jalan yang biasanya aku lalu.
Peduli apa hujan lebat. Aku redah saja. Demam tak demam, belakang cerita. Asalkan aku dapat balik rumah sekarang. Gila ka apa aku nak duduk dengan baiya ini?
YOU ARE READING
SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]
Romance××× Siapa sangka di sebalik kecekalan hati seorang gadis bernama Haura Humayra, terpendam sebuah kisah silam yang meninggalkan trauma kepada dirinya. Kisah tragis yang diakibatkan oleh penderaan fizikal sejak kecil dari ibu tirinya sendiri. Apabila...