𝐁𝐀𝐁 𝟗 | 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍

65 8 12
                                    

SUARA itu, sepertinya aku kenal. Suara yang tidak asing. Belum sempat aku toleh sepenuhnya ke belakang, dia sudah datang berdiri di hadapan aku.

"It's you Haura. What a pleasant surprise to see you here." Dia tertawa kecil.

"Na-Naufal..." Namanya aku sahut perlahan. Tanda aku masih waras dan kenal empunya wajah. Wajah ini yang aku pernah menaruh hati dalam diam dulu.

Dia menarik segaris senyuman dan memandang mata aku. Gayanya jauh lebih matang berbanding zaman sekolah dulu. Rambut disikat rapi, berpakaian jersi, dan senyuman manis tak lekang di bibir juga. Bahkan wajahnya jauh lebih kacak dari dulu.

"Erk, awak okay ka? Kenapa macam terkejut ja nampak saya?" Soalnya dengan riak kerisauan di muka.

Jantungku laju berdegup. Bibirku kering. Tanganku juga sedikit menggeletar. Tapi ini bukan reaksi cinta. Ini reaksi gugup, terkejut, dan terkedu.

"Ehem—" Aku berdehem bagi menghilangkan sedikit janggal yang menyelubungi diri.

"—Sa-saya okay. Awak, Naufal kan?" Soalku dengan masih tersisa sedikit gugup.

Adakah ini yang dinamakan cinta? Aku rasa tak. Ini namanya terkejut beruk sambil jantung berdentam dentum menari poco-poco.

"Ya, saya ingat awak dah lupa nama saya. Awak apa khabar?" Naufal menatap mata aku. Tepat.

"Ba-baik. How about you?" Jawabku gugup, lantas aku kembali menundukkan wajah sedikit. Tak kuat iman nak bertentang mata dengan anak teruna orang.

Benakku dihantui pelbagai pertanyaan. Kenapa Naufal ada di sini? Apa dia sedang buat? Dia mahukan apa? Macam mana dia masih kenal aku? Sebab setahu aku masa di sekolah dulu, jangankan berkawan, dia pandang aku pun tak pernah.

"Alhamdulillah, I'm fine. Yeah, I can see that. Awak datang beli lauk ya?" Balas Naufal dengan tenang.

"Haah, untuk makan malam kejap lagi." Aku beranikan diri berbasa-basi.

Naufal menarik senyuman hingga ke pipi dan memandang aku lagi. "I see. By the way, sekarang awak belajar course apa? Baru habis kelas ka?"

"Course?" Aku kerutkan dahi. Sedikit tercengang dengan soalannya.

"Iya, course. Kita kan satu kampus. Awak ja yang tak pernah perasan saya walaupun kita dah final year." Senyum lucu terukir.

Aku terkebil-kebil mendengar pengakuannya. Jadi betullah dia memang satu kampus dengan aku. Patutlah sampai sekarang aku masih single. Tak jumpa jodoh rupanya. Haha, gurau.

"Masya-Allah, saya minta maaf sebab tak perasan selama ni kita belajar di kampus yang sama. Saya belajar kos Human Resource Management, fakulti Business and Adminstration. Awak pulak?" Aku terus tunduk malu. Pandangan matanya dapat aku rasa masih ke arah aku.

"Come on, tak perlu mintak maaf pun. Memang patut kita tak pernah bersua. Saya student Accounting. Kita berbeza fakulti, tapi masih sama. Awak baru habis kelas ka ni?" Soalnya sekali lagi. Baru perasan soalan itu tak terjawab tadi.

"Oh tak, saya baru habis meeting pasal Club Festival hujung bulan ni. Awak pulak?"

Aku senyum sekejap. Wajahnya aku pandang.

"Faham. Saya, baru ja nak pergi training bola sepak. This weekend ada friendly dengan team UPNM." Jawabnya ringkas.

Patutlah dia pakai jersi dan seluar legging hitam panjang. Tengah bersiap untuk latihan bola sepak rupanya. Nampaknya dari zaman sekolah lagi bakat dia sebagai atlet sukan bola sepak terserlah hebat. Siap mewakili kampus. Macho betul!

SECEBIS BAHAGIA TERUNTUK HAURA [OG]Where stories live. Discover now