𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐇𝐄𝐑

26.1K 585 6
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

[warning⚠️]

*BANYAK MENGGUNAKAN BAHASA KESAT
*ADEGAN DEWASA
*MENCERITAKAN TENTANG KEKERASAN DI SEKOLAH

Semoga versi yang ini lebih menarik di hati walaupun yang lama tetap di hati. Maaf kalau ada typo ke apa. Enjoy

𝑵𝒐𝒂𝒉 𝑨𝒔𝒉𝒆𝒓
Membuka tirai;



HALAMAN rumah yang besar ini dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia. Aku hanya mengikut sahaja langkah papa. Tangan kecil aku tenggelam di dalam genggaman tangan papa yang besar gedabak.

"Umar Harraz?"

Aku hanya menjadi pemerhati di antara perjumpaan papa dengan kawan baik dia. Siapa lagi kalau bukan uncle Nuh. Kemain diaorang siap berpeluk macam tak ada orang tengok. Papa selalu cerita tentang uncle handsome ni.

Selama ini aku hanya dapat melihat uncle Nuh di dalam gambar . Memang tidak dapat dinafikan, dia tampan seperti di dalam gambar. Untung siapa jadi anak dia.

"Nuh this is my little princess Sophia." Papa mengenalkan aku kepada uncle Nuh. Oh baru ingat yang aku wujud belakang ni.

"Oh budak ni la yang selalu call uncle tu kan?" Alah uncle ni jangan la ingatkan kite malu lah macam ni.

"Uncle ni handsome sangat kenapa?" Selamba sahaja aku bertanya . Ni kalau isteri dia dengar mahu lari tak cukup tanah aku dibuatnya.

"Pia salam uncle..." Nasib baik papa ingatkan kalau tidak sampai ke malam aku seronok tenung muka uncle ni.

"Comel betul budak ni . Perangai selamba dia sebijik Ummu dulu." Uncle Nuh menggosok lembut rambut aku membuatkan aku memandang wajahnya tidak puas hati. Sakit hati aku. Ada yang kena gigit dengan aku juga kejap lagi. Tahu lah handsome tapi rambut jangan main! Aku ni cerewet tentang rambut tau.

"Daddy..." Mata aku tertumpu ke arah belakang uncle Nuh . Terdapat seorang budak perempuan mungkin sebaya aku, sedang memandang ke arah kami.

"Ariana pergi ajak kawan main." Jadi dia Ariana . Mungkin dialah anak uncle Nuh . Hari ini hari jadi dia kan? Ariana mendekat ke arah aku yang sedang memandangnya . Berdiri sahaja dia di hadapan aku, terus dia menghulur tangan tepat ke wajah aku . Dia nak suruh aku telan tangan dia ke . Nak tak nak aku tetap menyambut huluran tangannya sebab papa sudah menjeling aku .

"Hi pretty can I be your friend?" Ariana mengedipkan matanya beberapa kali . Ya aku tahu dia comel . Belum sempat aku berkata apa-apa dia sudah menarik tangan aku . Entah kemana dia mahu bawa aku pun aku tak tahu.

"Daddy said you like flowers. This is hadiah dari saya untuk awak yang comel macam beruang." Tolong , aku tak salah dengar kan dia panggil aku apa.

"Hadiah?"

Aku memandang ke arah yang ditunjukkan olehnya . Terbuntang mata aku dibuatnya apabila melihat taman yang dipenuhi pelbagai jenis bunga .

Ini bukan setakat hadiah tapi dah macam syurga untuk aku...

AKU duduk mencangkung sambil tangan membelek sekuntum bunga mawar putih . Mata memang tidak lepas dari memandang bunga-bunga di sini.

Aku ditinggalkan oleh Ariana sengal itu sudah berapa lama pun tidak tahu . Katanya pergi ambil air tapi dia punya lama macam pergi buat air .

Dia sebaya sahaja dengan aku tapi perangai dia langsung tidak sebaya dengan aku . Dia dah macam kucing hilang anak . Suka sangat melalak tak tentu pasal .

"Who are you?

Terhincut bahu aku dibuatnya apabila ada satu suara menyapa dari belakang . Ni kalau aku ada sakit jantung memang jatuh terbongkang aku . Aku berpusing memandang gerangan yang tidak reti bagi salam tu . Pusing sahaja badan aku terkaku sambil memandang dia . Siapa bapak dia? Anak handsome bapak mesti berganda-ganda tampan.

"Siapa saya? Are you serious? Awak tak tahu saya siapa?" Aku sengaja membuat muka seakan tidak percaya apabila dia tidak kenal aku . Boleh tahan handsome juga mamat ni.

Cinta di taman bunga .

"Kau fikir kau artis?" Tertampar aku dengan kata-kata dia . Kerek betul mamat ni dah lah acah handsome walaupun handsome .

"Saya ni budak paling comel dan gebu gebaas kebabom meletop dekat KL!" Dia jeling aku! Kurang ajar. Dasar mamat kerek. Tak padan dengan kecik.

"Stupid."

Sampainya hati dia cakap aku macam ni . Mengadu dekat papa kang biar papa sembelih dia . Terkedek-kedek aku melangkah mendekatinya . Aku sempat buat kira-kira dan anggarkan budak hensem ni sebaya sahaja dengan aku disebabkan ketinggian yang tak jauh beza .

"Did you like flower?"

Kalau aku jawab ya rasa-rasa dia nak bagi aku sejambak bunga ke . Sekali imbas aku rasa aku boleh culik dia balik . Rasa-rasa muat tak aku sumbat dia masuk dalam beg tangan mama . Tapi nanti kantoi dengan papa . Alah boleh lah jadi menantu papa kan?

"Sunshine." Terus tersentak aku daripada lamunan . Hilang segala angan-angan aku . Apa shine? Menatang apa pula dia cakap itu?

"Hati saya mengatakan yang awak ni buaya darat . Kecil-kecil cili padi ada hati nak cakap omputeh! Kita makan sambal belacan tau ." Dia mengerutkan dahi sambil memandang aku hairan . Apa? Aku cakap benda betul .

"Kalau aku cakap kau bengap agak-agak kau marah tak?" Tadi cakap aku bodoh sekarang bengap pula . Tak guna punya budak .

"Dasar budak pendek tak reti bersyukur . Aku cakap punyalah baik dengan kau." Lah marah-marah ni mesti lapar cendol . Tapi aku tak makan cendol . Entah kenapa aku rasa pandangan aku seperti kabur ...

Papa ada budak marah Pia .

Dah la tak reti tengok cermin. Suka hati muka dia nak kata aku pendek. Tinggi kami sama tau. Bye aku nak nangis.

"Oh my god kau annoying macam Ari ! Benci betul aku dengan budak cengeng macam kau ni ." Marah betul dia mungkin sebab aku mahu menangis.

"Jangan benci sangat nanti kena kahwin ." Aku mencebik apabila dia menjegilkan mata kepada aku. Cakap sikit pun tak boleh .

"Berhenti menangis budak ." Aku gelengkan kepala tidak mahu . Ehh dah pandai marah pandai lah pujuk .

"Baik awak bagitahu nama awak , umur awak , hobi awak kalau tak saya bagitahu polis yang awak ni dah curi hati saya ."

Dia memandang aku jengkel . Ingat budak enam tahun tak reti ke benda macam ni . Benda ni semua papa dah ajar tahu .

"Kau fikir kau cikgu tadika nak tanya semua tu? Aku Noah umur enam tahun , aku suka main piano." Eleh marah tapi mahu sebenarnya . Kan aku dah cakap yang kami sebaya.

"Selamat berkenalan Noah . Saya yang cantik manis ni Sophia . Saya suka bunga tapi sekarang saya suka benda lain ."

" Saya suka awak ." Aku kenyitkan sebelah mata gedik . Aku hulurkan tangan kepadanya tanda mahu berkenalan .

"Aku tak suka kau dan aku tetap pilih piano nombor satu . Kau patut bersyukur aku bagitahu kau seorang sahaja." Terpaku aku dibuatnya apabila melihat dia tersenyum sedikit . Adakah ini cinta pandang pertama bagi budak berusia enam tahun ?

"Satu perkara lagi..." Noah memandang huluran tangan aku sebelum mengherotkan bibirnya . Dia sedar tak yang dia terlalu comel di mata Ulyana Sophia .

"Aku tak salam tangan perempuan . Haram ."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now