𝐍𝐀 𝟐𝟎

9.4K 405 1
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KENAPA?

Kenapa dia setenang ini sedangkan keluarganya yang mula cemas. Dan aku mula cemas melihat wajah tenang dia yang sedang merenung wajah Puan Aelysha.

Ya, sekarang aku berada di rumah lelaki itu. Untuk apa? Sudah tentu disebabkan rancangan aku yang tak berapa nak jadi.

Cuba teka apa yang jadi?

"Kenapa Noah buat Pia macam tu?!" Bergema ruangan ini dengan suara Tuan Nuh atau aku patut panggil daddy? Daripada tadi dia asyik menuduh Noah. Padahal...

"Semua pihak media dah tahu benda bodoh ni Noah!" Tuan Nuh meraup wajahnya kasar sementara Puan Aelysha sedang memujuknya.

Mana tak mengamuk dia. Bangun pagi terus mendapat panggilan dari pejabat agama. Dan terima kasih sebab itu aku terpaksa berkahwin dengan dia di situ juga. Sekarang aku dah sah bergelar 'isteri' musuh sendiri.

Kalut betul.

Aku ni dah plan macam-macam . Nak hulur duit tapi Noah halang. Baik sangat lah gayanya. Sekarang aku ke dia yang kena perangkap ni?

"Susah-susah je daddy bising. Noah dah kahwin." Dengan selamba dia memaut pinggang rampingku.

"Kalau arwah Umar tahu..." Dengar sahaja nama papa terus aku memandang Tuan Nuh yang sedang menunduk sedih. Aku kaku duduk disamping Noah. Aku buat ini semua hanya kerana mahu membalas balik semua benda yang pernah dia buat .

Salah kah?

Malu?

"Ulyana Sophia!" Kedengaran suara mama bergema. Mama melangkah masuk dengan wajah yang menyinga bersama dengan Ariana yang mengejar dari belakang.Kenapa aku tak fikir dengan bala yang ini? Aku bangun dari duduk mahu menyalam mama. Namun mama lebih laju mengangkat tangan.

PANG

Terteleng wajahku sebaik sahaja menerima tamparan kuat mama. Hujung bibir yang terasa sakit aku biarkan. Senyuman sinis terbit di bibir.Seperti yang aku sangka .

"Kau memang tak guna! Memang bawa bala!" Lidah menolak hujung bibir. Dapatku rasakan cecair darah yang mengalir.Hujung mata mengerling Noah yang masih kekal di posisi. Tak guna punya suami. Ermmm...

"Memang patutnya kau yang mampus dari dulu!" Tak cukup dengan tamparan kini dia mencengkam rambutku kuat.Terdongak kepala aku dibuatnya. Semua orang mula cemas melihat perilaku mama. Aku hanya diam tidak mahu meronta dan hanya mampu tersenyum.

"Cukup!"

Diam. Semua diam apabila suara garau Noah bergema di ruangan ini. Seraya itu cengkaman rambutku dilepas kasar. Aku toleh memandang punca suara itu. Kelihatan wajah Noah yang kian memerah. Marah barangkali. Patut ke aku terharu? Lambat lagi.

"Mama..."

Lemah lembut nada yang aku guna.. Suaraku sayu memanggil mama yang tidak memandangku. Nafas aku tarik dalam. Ariana juga langsung tidak memandang aku.

"Tau tak kenapa Pia jadi macam ni ?" Bergetar suaraku bertanya. Noah menghampiri aku.

"Semua ni berpunca daripada mama!" Kini aku tidak mampu bertahan lagi.Sakit terlalu sakit. Bertahun-tahun aku simpan perkara ini.

Kaki melangkah perlahan-lahan ke arah mama. Mataku mula kabur. Aku tak mahu cerita semua ini namun aku sudah tak mampu untuk menyimpan.

"Pia cuma..." Tak, aku tak boleh beritahu. Belum tiba masanya lagi. Nafas ditarik dalam mahu menenangkan diri tika ini.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now