𝐍𝐀 𝟑𝟐

8K 343 7
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

HARI ini merupakan hari terakhir aku dan Noah bercuti di New York. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengheret dia datang ke suatu tempat.Sekarang aku dan dia berada di hadapan Metropolitan Museum of Art. Tempat kegemaranku dan bukan Noah.Noah mula termakan dengan pujuk rayuku bila aku berkata mahu ada kenangan bersama. Sembang jer.

"Jom balik." Laju aku menarik semula tangan Noah apabila dia mula berpalingkan tubuh.

Masuk pun belum.

"Kata sayang saya. Kalau sayang jom masuk." Keningku angkat beberapa kali. Sengaja. Noah mengeluh pasrah.

"Kot ya pun nak ajak dating jangan lah sini. Bosan tengok lukisan yang tak bergerak ni." Amboih! Geram punya pasal terus aku cubit lengan Noah.

"Aduh, kau ni asyik cubit aku je. Pembawakan ke?" Terus aku hadiahkan jelingan maut. Mengarut je kerja.

"Haritu aku pergi masjid ada seorang ustaz tu cakap. Berdosa kalau isteri selalu jeling-jeling suami ni." Bangga betul dia bagitahu.Entah betul entah tidak tu.

"Awak tu sayang, dua puluh empat jam berkepit dengan saya. Bilanya pergi masjid? Jangan kata masjid, surau hujung taman tu pun awak tak pernah jejak." Tangan disilangkan ke dada. Noah memegang dada. Sentap lah tu. Padan muka. Malas nak layan baik aku pergi beli tiket. Dari jauh aku memerhati tindak tanduk Noah. Sakan dia siap bercermin mata hitam.Acah macho aje tu.

Cubit kang.

Aku hadiahkan sebuah senyuman manis kepada wanita yang menghulurkan tiket. Selesai membuat pembayaran terus aku berjalan melangkah ke arah Noah.Geli hatiku melihat Noah yang mengelakkan diri dari memandang mana-mana perempuan yang lalu. Tiba-tiba tanganku ditarik kasar.

Aku berpaling memandang tangan yang dicengkam kuat oleh seseorang. Sempat aku melihat Noah. Nasib dia tak nampak.

"Nak apa  cari aku sampai sini?" Aku tunduk mengutip dua tiket yang berteraburan di lantai. Malas hendak memandang wajah itu.

"Makin pandai kau sekarang kan? Kau lupa aku ni siapa agaknya?" Ujar Hans sinis. Keluhan dilepas kasar.

"Ingat. Kau pembunuh."Aku pusing badan menghadap wajah dinginnya. Sedaya upaya aku beranikan diri.

"Kau jangan kacau keluarga aku Hans. Kalau nak balas dendam tolong lepaskan semua dekat aku. Jangan sasarkan mama atau Noah." Kedengaran tawa sinis daripada Hans. Aku kepal tangan membentuk penumbuk.

"Bodoh Ulyana. Kau memang cari nahas. Fikir aku nak sangat semakkan kepala otak untuk jumpa kau? Semua ni perempuan ni punya pasal." Aku toleh ke arah seorang perempuan di belakang Hans.Rahang aku ketap kuat. Tajam sahaja mata memandang wanita itu sedaya upaya menolak kerusi rodanya sendiri.

"Kau nak apa lagi Hanie?Tak cukup ke apa yang aku buat dekat kau? Kenapa kau cari aku lagi hah?!" Suaraku sedikit kuat namun masih ditahan.

Dada berombak ganas.

"Aku minta..."

Belum habis ujarannya aku sudah berlalu pergi. Sakit hati mahu duduk lama-lama. Pantas kaki diatur menuju ke arah Noah.Terdapat seorang perempuan di hadapannya. Perlahan sahaja aku menapak ke belakang Noah mahu mendengar perbualan mereka.

"Hello sir, can I have your number?" Dapatku lihat Noah dengan kereknya menurunkan cermin mata hitam. Wajah gadis itu dipandang sekilas kemudian dia berpusing ke belakang.

Bukk!

Terlopong mulutku apabila dirempuh olehnya. Akhirnya aku selamat tergolek di atas lantai sedangkan suami tak guna masih tegak berdiri.

Haih.

"Noah Asher kau memang nak kena dengan aku kan?" Aku baling beg tangan kasar mengena Noah.

"Lah! Isteri aku rupanya. Ingatkan patung cendana mana cantik sangat berdiri sini." Tahulah aku dia mahu menutup kesalahannya. Kedua belah tangan aku depakan. Noah menyelitkan tangannya di celahan ketiak kemudian dengan senangnya dia mengangkat tubuhku. 

"Nasib baik suami kalau tidak memang lunyai."

MATA memandang Noah yang daripada tadi asyik menguap. Aku tampar kuat bahunya membuatkan dia tersentak.

Hanya sengihan dia berikan.

Sekeh kang.

Bertuah betul, aku seronok melayan setiap lukisan manakala Noah tak habis-habis merungut. Langsung aku tidak dapat menghayati setiap lukisan dengan betul. Akhirnya aku menarik tangan Noah ke satu lukisan yang gah tergantung.

"Awak tahu apa maksud lukisan ni?" Sengaja mahu menceriakan keadaan. Nampak sangat bosan dia tu.Aku tahan senyum melihat Noah yang tekun menilik lukisan itu. Sedang dia tengah ralit aku sudah mencuri mengambil gambarnya beberapa keping.

Suamiku handsome .

Sayang ketat-ketat.

"A Shipwreck in Storm by Jean Pillement." Aku mengangguk bersama wajah kagum.

"Kapal karam dalam ribut ni merupakan karya tahun-tahun akhir Pillement. Lukisan ni menunjukkan ribut yang ganas dan bangkai kapal yang hampir karam. A Shipwreck in Storm secara dramatik menggambarkan kuasa alam, lukisan ni dapat membangkitkan simpati terhadap sosok manusia yang terperangkap di dalamnya." Terangnya panjang lebar.

Dengan bangga dia memandang aku yang terkebil-kebil.  Aku toleh memandangnya tidak percaya.

"M..macam mana? Awak cakap tak suka." Noah dekatkan dirinya dengan aku. Sengaja dia tundukkan sedikit untuk menyamakan ketinggian denganku.

"Banyak maklumat dalam benda ni. So sunshine, sila membaca dan menghafal." Sengaja dia kipaskan risalah yang dia ambil semasa di pintu masuk tadi.

"Mana aci macam tu!"Noah mengangkat jari menyuruhku diam kemudian dengan selamba meninggalkan aku. Aku hentak kaki tak puas hati.

"Ini bukannya library!"Aku kemam bibir apabila terdapat beberapa mata memandangku pelik. Terus terkedek-kedek aku berlari mendapatkan Noah.

"Lawan cakap suami lagi kan dah malu."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now