𝐍𝐀 𝟏

16.9K 544 3
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

CERMIN di lihat sekali lagi sebelum aku mengangguk puas dengan penampilan hari ini .  Senyuman manis terukir di bibir . Entah kenapa aku seronok semacam hari ini .

Jam menunjukkan pukul tujuh pagi dan macam biasa aku baru siap . Beg sekolah yang tersadai di atas lantai aku ambil lalu digalas .  Aku siap bersenandung sambil memakai sarung kaki . Memang dah jadi tabiat aku memakai stokin dahulu . Hari ini merupakan hari pertama sekolah dibuka . Aku sudah berumur 16 tahun . Muda lagi .

"Ulyana Sophia!!!" Alamak mak singa dah panggil . Baik aku turun cepat sebelum kena terkam . Turun sahaja dari dari anak tangga terakhir , aku berlari mendapatkan mama dan papa . Mama menggelengkan kepala melihat aku . Kemudiannya mama meninggalkan aku dan papa .

"Mama merajuk dengan papa lagi ke?" Roti bakar aku sumbat ke dalam mulut . Papa terus mengangkat wajah memandang aku .

"Kalini papa buat apa pula? Pandai buat pandailah pujuk." Seronok aku ketawakan papa yang menjelingku .

"Papa mengusik sikit itu pun nak marah . Nampak sangat mama tak sayang papa dah." Aku tahu papa sengaja menguatkan kata-katanya apabila mama lalu. 

"Ulyana Sophia pukul berapa nak pergi sekolah?" Mama mula bersuara . Lekas-lekas aku menghirup air milo sebelum bangun dari duduk.

"Pia pergi dulu..assalamualaikum."

NAFAS ditarik kemudian dihembus lemah . Aku berdiri tegak di hadapan pagar sekolah . Patut tak kalau aku lari balik? Kepala aku geleng beberapa kali .

Jangan buat kerja gila Ulyana . Bibir digigit kuat bagi menahan rasa berdebar. Aku melangkah ke dalam kawasan sekolah dengan menunduk .

Tangan pula erat memeluk buku-buku sekolah.  Aku tak tahu apa yang akan terjadi tapi hati aku berdebar-debar daripada tadi .

BUKK

Habis berteraburan buku yang aku pegang . Aku sudah pun jatuh terduduk apabila ada benda yang keras merempuh aku .

"Ash kau buta ke?" Kata satu suara kemudian ketawa mengekek. Aku cepat-cepat mengutip buku yang berteraburan tanpa menghiraukan mereka.

"Baik kau diam sebelum aku tendang kau."

Selesai mengutip buku , aku bangun dan membersihkan baju aku yang sedikit kotor. Terima kasih sahaja kepada dua orang manusia di hadapan aku ni kerana tolong..

Tolong tengok!

"Kau fikir kau nak pergi mana?" Seorang jejaka menahan aku begitu juga dengan seorang lagi yang menjaga di belakang aku . Eh, apa pula salah aku?

"Saya nak naik kelas." Dengan berani aku menjawab . Dah lah tak tolong aku lepas tu tahan aku pula.Tangan aku dicengkam kuat oleh jejaka itu. Wajahnya bengis mengalahkan bapak harimau. Kalau dia terkam kau habislah Ulyana.

"Seronok tenung muka aku?"

"Pahal kau langgar aku? Jalan ni tak cukup besar untuk kau ke sampai nak kena langgar aku?" Tak silap aku dia yang rempuh aku sehingga aku tergolek cium simen

"Patutlah rasa jalan ni sempit.." Aku hanya diam merenung wajahnya yang tampan. Rupa dah ada tapi sayang perangai..Aku memandang dia pelik apabila dia tersenyum. Aku kenal dengan senyuman itu.Mesti dia nak mengata aku juga kan?

"Aku Noah Asher..nice to meet you badak sumbu." Dia menayangkan senyuman sinis.   Aku berdiri kaku. Bayangannya sudah hilang dari pandanganku. Aku memandangnya tidak percaya. Mungkinkah dia?

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now