𝐍𝐀 𝟏𝟔

7.6K 364 11
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"DONE?" Wajah tua itu aku pandang dengan bosan. Buang tabiat agaknya tiba-tiba datang mencari aku.

"Daddy boleh jumpa Ash dekat rumah Ash." Aku tuliskan alamat rumahku kepadanya. Tahu lah aku yang dia tak tahu alamat aku.

"Ash ada banyak kerja." Tanpa lengahkan masa aku berjalan meninggalkan daddy sendirian. Biarlah dia nak gelar aku apa pun.Semua pekerja menunduk sebaik sahaja pintu lif terbuka. Aku julingkan mata ke atas.

Kaki di bawa ke arah lain. Kenapa semua orang nak kena tunduk untuk aku sedangkan aku juga manusia biasa. Apa yang kau fikir ni Noah? Bukan dulu kau mahu semua orang tunduk pada kau? Bibir diketap rapat. Aku malas nak ingat kembali. Sesungguhnya aku bencikan diri aku sewaktu remaja dahulu.

Pintu pejabat aku tolak dari luar. Keluhan dihembus penat. Penat buat marathon di tangga. Langkahku terhenti sebaik sahaja mata terpandang satu susuk tubuh wanita. Wanita itu duduk membelakangi aku. Jadi aku tak boleh nak lihat wajah dia sekarang ni.Siapa pula yang main terjah bilik aku ni. Aku berdehem bagi menarik perhatian dia. Malangnya dia langsung tidak berpusing.

"Noah Asher."

Wanita itu pusingkan kerusi menghadap aku dengan senyuman sinis. Cantik. Wajahnya persis anak patung yang comel. Orangnya pun kecil macam budak-budak.

Budak?

"Hi Noah I'm from LYLY's boutiqe. As you know I am a designer. I'm yours..."

"I mean your designer." Dia hulurkan tangan kepadaku. Tersentak aku apabila dia sudah berdiri tegak di hadapan aku. Mak aih laju minah ni. Hulurannya aku sambut sebagai pengenalan. Dia nampak terkejut. Cepat-cepat aku lepaskan hulurannya.

"You've changed." Katanya perlahan seolah bisik pada diri sendiri. Seperti aku kenal wajah cantik ini.

"Apa maksud kau?" Aku soalku sedikit kasar. Ya , aku ingat dia. Bukannya aku nyanyuk lagi.

"Nothing. Muka you sama macam someone yang I kenal." Tidak tahu kenapa dia memandang aku macam nak telan. Agak-agak lah.

"Oh lupa nak kenalkan diri I. My name is Sophia." Aku kejung .

Selangkah aku dekati dia namun dia langsung tidak bergerak. Penampilan dia sudah lain. Hari ini dia lebih kepada seorang yang berkarisma.

"Aku tahu kau." Kali ini dia mula menapak ke belakang. Dia terkejut. Aku lorekkan senyum sinis.

Badan aku tundukkan sedikit bagi menyamakan ketinggian dengannya. Sophia larikan mata dari pada bertembung dengan aku. Aku cengkam rahangnya lembut seraya itu aku paksa dia agar memandang aku.

"Kau budak helmet gila semalam." Aku tegakkan kembali badan. Dia hembuskan nafas lega. Tahu pun takut.

"Aku bukan budak helmet lah!" Tudia keluar sudah . Baru betul budak semalam . Aku geleng kepala melihat wajahnya yang kian memerah.

"Betul ke kau boleh buat baju untuk aku? Aku tak percaya orang macam kau ni." Kerusi yang dia duduk tadi aku tarik kemudian duduk . Perempuan itu pandang aku atas bawah. Sophia berjalan terkedek-kedek dengan kasut tumit tinggi dia. Macam budak tadika. Dia silangkan tangan sambil mata tajam memandang aku.

"Aku dah dilatih dan aku juga belajar di merata dunia. Ramai orang ternama sudah tempah dengan aku." Aku sandarkan tubuh. Jika awal tadi wajahnya manis dihiasi senyuman , namun sekarang wajah itu sudah masam mencuka. Aku diam menahan tawa.

"Aku datan..."

"Dah ada boyfriend?"

Sophia pandang aku tajam. Tangan kecilnya mengepal membentuk penumbuk. Oh jangan kata dia nak belasah aku lagi. Aku hanya sekadar bertanya.

"Jangan sibuk hal orang." Tawa tercetus apabila dia jeling aku. Dia sedar tak muka dia macam mana sekarang?

"Betul kau boleh buat baju?" Dia angguk kepala beberapa kali. Aku hembus nafas kasar.

"Voice." Sophia gulingkan bola matanya. Sengaja sahaja aku mahu menguji dia. Tu lah , sapa suruh tumbuk aku semalam.

"Aku dah cakap tadi kau pekak agaknya." Kerusi aku dia pusingkan supaya menghadao meja aku. Rupanya segala jenis design sudah ada di atas meja.

"Aku bukan apa cuma risau. Atau lebih tepat aku tak yakin dengan kau." Rambut panjangnya dia selit ke telinga. Daripada tadi mata aku langsung tidak boleh lepas dari merenung dia.

"Baju kau pun tak cukup kain macam mana kau nak buat baju orang? Silap hari bulan baju aku pun tak cukup kain macam kau." Dia senyum paksa. Jujurnya aku sakit mata melihat pakaian dia yang terdedah. Walaupun dia hanya mengenakan dress hitam. Namun baju itu separas peha dia.

"Cakap saja yang kau pun tergoda tengok aku sama macam jantan lain." Aku jongketkan kening seraya melihat dia atas bawah.

"Benda ada depan mata tak kan nak lepas. Semua orang macam tu. Dah kau menunjuk, kami sebagai kaum lelaki tidak bersalah." Sophia tarik nafas kemudian dihembus kasar. Dia mula mati kata membuatkan aku tersenyum menang.

"Mulut kau memang macam longkang!" Dia angkat penumbuk comel lalu ditunjukkan kepada aku. Aku tolak tangan dia.

"Kau datang sini nak semak detail baju aku kan. Aku tengok kau tak buat kerja pun? Aku report dekat boss baru tau." Beberapa design yang sedikit menarik perhatian, aku tenung lama seraya telinga mendengar bebelan manusia di hadapan.Aku kagum melihat rekaan baju-baju itu yang sangat cantik. Aku turut kagum dengan anak bangsa Malaysia yang mampu gegarkan negara-negara luar dengan rekaannya.

"Orang yang kau cakap tak cukup kain ni lah boss and owner butik." Terjatuh kertas yang aku pegang. Kepala menoleh melihat tidak percaya.

Aku imbas wajah cantiknya. Kenapa mulut aku terasa ringan mahu menggelarnya dengan satu nama. Dari samping aku lihat wajahnya seakan mirip dengan Ulyana.

Dan nama dia juga Sophia. Tak mungkin dia ialah Ulyana. Namun semuanya mungkin boleh jadi juga.

"Okay sunshine, boleh mulakan kerja kau. Tanya aku soalan." Dan saat ini dia kaku. Aku semakin tidak keruan melihat dia yang diam. Tangan aku kepalkan. Liur aku telan kesat. Tidak betah mahu berlama dengannya saat ini. Aku mengemas semua barang aku sebelum bangun . Dia masih membelakangi aku.

Langkah aku aturkan ke arah empunya badan. Tidak mungkin dia orang yang sama. Jika betul sekalipun mahukah dia terima aku semula?

"Daripada gaya kau aku dah boleh agak kau ni sejenis makan gaji buta. Jadi aku malas buang masa. Goodbye Sophia." Bisikku halus di telinganya.

Saat ini aku sedar sesuatu...

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now