𝐍𝐀𝟕

8.5K 410 2
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

TUBUH gadis itu aku hempaskan ke atas sofa yang disediakan. Aku membawa dia ke bilik yang disediakan kepada semua pemain. Aku berdiri tegak di hadapan dia yang masih kaku terbaring. Boleh pula dia buat drama depan orang ramai.

Malas aku mahu bersuara. Penat tak hilang lagi sebab aku kena dukung dia dari padang sampailah ke dalam bilik ini. Kotak rokok yang terletak di atas meja aku ambil . Aku ambil sebatang rokok kemudian dicucuh api.

Aku hanya diam memerhati Ulyana kemudian kepala digeleng beberapa kali. Sampai bilalah aku perlu menipu macam ni.

"Baik kau bangun sebelum aku cucuh api rokok ni dekat kau." Kataku tenang. Aku mengambil tempat di hadapannya.

"Diam saya tengah berlakon ni." Balas Ulyana dengan mata yang masih tertutup.

"Kau sedar tak kita duduk berdua dalam ni. Kau memang suka kan kalau kena tangkap basah dengan aku." Asap rokok aku hembus.Laju dia membuka mata takut lahh tu. Dia memerhati sekeliling ,apabila matanya bertemu dengan aku terus dia bangun daripada baringan.

"Kau sedar tak apa yang kau buat hm?" Muncung sedepa dia dibuatnya. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus kasar.

"Aku usung kau daripada padang sampailah sini and kau boleh jawab yang kau berlakon je." Mahu sahaja aku hamburkan tawa melihat wajahnya.

"Jangan marah-marah nanti cepat tua. Bila awak tua tak ada orang nak." Selamba sahaja dia menjawab.

Dia nak cakap aku tua?

"Ada juga yang kena humban dengan aku."

Mataku teralih pula ke arah beberapa manusia yang melangkah masuk ke dalam bilik ini. Memang aku sengaja tak tutup pintu.

Aku jongketkan kening bersama dengan senyum senget apabila memandang Hans. Dia mula mendekat.Hans mencengkam baju aku membuatkan aku tersenyum kepadanya. Ulyana cuba menghalang namun dia tidak berjaya.

"Apa kau buat ni Hans?" Ulyana menarik baju Hans . Tanpa banyak kata Hans terus menolak tubuh dia .

"Kau sengaja Noah aku tau kau sengaja! Apa rancangan kau sebenarnya?" Tangannya naik seakan-akan mahu melayangkan tumbukan ke wajahku.

"Ulyana jom aku hantar balik. Jangan nak ikut jantan ni sangat." Kini dia menuju mendapatkan Ulyana. Tangan aku silangkan ke dada sambil melihat pergaduhan antara Ulyana dan Hans. Aku langsung tiada niat mahu menolong.

"Kau lemah Hans...kau hanya berani sakitkan perempuan sebab kau tau yang aku bukan lawan kau." Cengkaman daripada tangan gadis itu dia lepas dengan kasar. Aku sengetkan kepala.

"Kau tunggu." Hans terus keluar dari sini. Aku hanya memandang bayangnya dengan pandangan kosong.

"Dah aku nak balik." Ulyana terkedek-kedek mengikut langkahku.

WAJAH tampannya aku pandang dari tepi. Pegang aiskrim pun handsome. Susah la macam ni.

Noah cakap dia mahu hantar aku . Sepatutnya aku tak payah setuju. Tapi entah kenapa aku mahu dia hantar aku. Tersentak aku apabila tiba-tiba aiskrim tepat sahaja di wajah . Nasib baik aku perasan kalau tidak habis kena. Aku jeling Noah.

Siapa lagi kalau bukan dia yang buat.

"Kau memang suka senyum macam orang gila ke?" Bidasnya tanpa berlapis. Wah, kemain lagi cakap aku ni macam orang gila.

"Mana ada."

Noah hulurkan aiskrim kepadaku. Aku geleng kepala . Dia pandang aku tak puas hati.

"Saya tak nak aiskrim ni." Senyum aku tahan apabila melihat wajah cemberut Noah.

"Ada juga yang aku bagi penampar kau ni. Tadi aku tanya kau angguk lepastu ak nak pula. Eh kau patut bersyukur aku belanja." Sengaja aku lajukan langkah malas mahu dengar dia membebel. Bebel kalah nenek aku.

"Bising lah awak ni ." Aku terus merampas aiskrim yang dia beli untuk aku. Banyak songeh sangat. Kami diam teruskan perjalanan. Aku tidak tahu apa tujuan untuk dia hantar aku sedangkan perlawanan belum tamat.

"Kepala kau sakit tak? Kau memang tak nak pergi klinik ke?" Aku pandang Noah yang sedang merenung aku dengan pandangan tajam.

"Bukannya teruk pun setakat kena bola saya pernah kena lagi teruk." Aku tayangkan sengihan kepadanya.

"Mana aku tau bangun pagi esok kau bengong ke kan?" Hampir sahaja tersembur aiskrim yang aku makan.

"Kalau saya bengong awak lagi..."

"Kau nak cakap aku bengong lah ni?" Aku angguk kemudian menggeleng kepala seakan baru tersedar apa yang aku buat. Keadaan hening seketika apabila masing-masing tidak bersuara. Aku leka dengan aiskrim.

"Apa cita-cita kau ?" Aku tolehkan kepala memandang dia. Langkah ku terhenti begitu juga dengan dia.

"Saya nak jadi fashion designer dan dalam masa yang sama saya nak buka art gallery saya sendiri."

"Macam yang awak tau saya suka melukis dan saya nak kembangkan karya saya." Ujarku dengan teruja. Noah mengangguk faham. Dia senyum segaris . Aku tarik hujung bajunya.

"Awak pula? Apa cita-cita awak hm?" Kening dijongketkan beberapa kali. Aku teruja mahu tahu.

"Cita-cita aku nak tengok kau berjaya." Terngadah aku dibuatnya. Klise betul ayat.

"Ni dikira pickupline ke macam mana?" Dia angkat bahu . Aku geleng kepala pening melayan dia.

"Klise betul pickupline awak Noah. Tak romantik langsung. Kesian isteri awak nanti." Aku berdiri di hadapan rumah aku.

"Pity you sunshine because you are my one and only future wife." Terkaku aku memandang dia. Liur aku telan kesat.

"Kau memang tak nak masuk rumah ke macam mana?" Aku sengih tak bersalah . Noah dipandang sekilas sebelum aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Bye future wife kirim salam sayang aku dekat mama kau." Laung Noah kuat membuatkan aku menjelingnya.

"Sebenarnya cita-cita aku hanya satu...

aku nak tengok kau hancur."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now