𝐍𝐀 𝟐𝟒

8.6K 408 4
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

DARIPADA tadi aku diam melihat tangan aku yang tenggelam di dalam genggaman besar Noah.Tidak tahu apa yang merubah si singa ini.Aku pula langsung tidak membantah. Malahan aku hanya menuruti segalanya. Sungguh Noah nampak lain sangat.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" Soal aku setelah lama kami berjalan. Dia kata mahu keluar makan sahaja. Tapi sekarang ni dah hampir beberapa minit kami berjalan.

Bukannya aku tak suka. Sudah lama juga aku tidak keluar berjalan malam-malam begini. Sebab itu aku hanya diam.

"Aku rasa nak lepak dekat taman." Noah tunjuk ke arah taman permainan yang tidak jauh dari sini. Terbentuk senyuman di bibirku. Lama sudah tidak bermain. Aku lepaskan genggaman Noah kemudian berlari mendapatkan buaian.

Aku tolak guna kaki supaya buaian itu berayun. Mata terpejam menghirup angin malam. Dapatku rasa kehadiran seseorang di sebelah.

"Kau memang tak berubah Sophia." Seraya itu dia ketawa perlahan. Aku muncungkan bibir kemudian menjelingnya tajam.

Tiba-tiba aku rasa malas mahu gerakkan buaian sendiri. Mata mengerling Noah di sebelah. Entah daripada mana aku dapat satu idea.

"Noah tolak aku boleh?"

Noah bangun dan menghampiri aku. Langsung tidak bersuara. Perlahan-lahan buaian aku berayun sendiri. Kepala ditoleh ke belakang.

"Cantikkan bulan tu Noah." Dia turut mendongak. Bulan mengambang.

"Bulan?" Aku angguk beberapa kali. Ayunan semakin kuat membuatkan aku geli perut.

"Cantik, macam kau."

Apa? Dah kenapa dengan dia malam ni? Boleh gugur jantung aku. Aku turun dari buaian kemudian menuju ke arah kawasan yang agak lapan.

Terus aku baring terguling-guling di rumput itu. Mahu melihat bulan. Kalau dulu aku akan ke taman sekiranya papa dan mama bergaduh. Lepas sahaja kejadian yang lepas aku hanya memerhati langit malam yang indah dari dalam bilik.

"Kau tahu tak dekat mana Hanie sekarang?" Sengaja mahu bertanya apabila dia turut berbaring di sebelahku. Tanpa segan silu aku baring di lengan kekarnya.

"Macam mana kalau aku cakap yang aku tahu?" Aku geleng kepala.Aku yakin yang dia tak akan tahu. Tiada siapa yang tahu. Semuanya mustahil. Tersengih sendiri aku dibuatnya.

"Hanie lumpuh."

Jawapannya buatkan aku kaget. Tubuhku serta merta kejung. Telinga mendengar dia ketawa halus. Macam mana?

"Kau mesti teringin nak buat aku jadi macam Hanie kan?" Jantungku semakin laju berdetak. Lantas aku bangun dari baringan.

"Hanie tu arnab aku. Dia kena langgar haritu. Kau cakap pasal Hanie mana ni?" Dan saat ini terasa tanganku ringan sahaja.

Dia cakap pasal arnab?

"Malas aku layan kau. Aku nak balik!" Mati-mati aku ingatkan dia tahu perkara yang sebenar.

"Alang-alang kau dah tanya aku tadi, sekarang turn aku pulak nak tanya kau apa yang kau tahu." Keluhan terbit di bibirku. Jangan tanya soalan yang macam-macam sudah.

"Kau tahu Hans dekat mana sekarang?" Noah jongketkan kening bersama senyuman tipis. Aku angkat bahu. Sejujurnya memang aku tak tahu dia di mana sekarang. Kali terakhir aku jumpa dengan dia pun beberapa hari lepas.

"Aku tahu dia dekat mana."

Berkerut dahiku apabila dia berkata begitu. Sungguh? Atau dia nak cakap Hans tu arnab dia lagi.

"Lokap."

Wajahnya seperti tidak  bermain-main. Kalau betul sekalipun dia tahu daripada mana? Aku memang tak tekejut jika Hans masuk lokap.Dia memang sudah tidak asing masuk keluar penjara. Setakat lokap apalah sangat, nanti kena jamin juga,

"Kau nampak tak terkejut Sophia.Apa yang kau tau sebenarnya." Dan saat ini mata aku dan dia bersatu. Lama kami berkeadaan sebegini.

"Hans memang dah sebati dalam dunia gelap ni Noah. Dialah pengedar, dia juga ketua, yang paling teruk dia pembunuh." Noah tarik aku  supaya duduk di sebelahnya.Aku hanya turuti tanpa membantah. Biarlah kami begini , aku tahu hubungan ini memang tak akan lama. Tapi di dalam pelosok hatiku, aku mahukan dia.

Ego kah aku?

"Kau terjebak sekali tak? Jangan tipu aku Sophia. Aku tau semua perkara yang melibatkan kau. Walaupun 10 tahun kau hilang..."

"Aku tahu kau duduk dengan Hans. Kau nampak apa yang dia buat. Dia pernah pukul kau kan?" Dia bermain dengan rambut aku yang beralun mengikut angin. Aku diam menunduk. Patutkah aku ceritakan semuanya?

"Aku jahat Noah."

"Aku pun jahat Sophia..." Entah mengapa hatiku terasa sebak mendengar dia berkata sebegitu. Noah masih tersenyum kepadaku.

"Sebab aku kau jadi macam ni. Kalau dulu aku tak ego dan jujur dengan perasaan aku, mesti kau tak akan terluka macam ni. Aku bodoh."

"Hans rancang kematian papa dengan maksu . Dia buat semua orang ingat aku ni bala." Pandanganku mula dikaburi air mata. Kini aku bersila dan duduk berhadapan dengan Noah sehinggakan lutut kami berlaga.

"Kau ingat kes rumah kau terbakar dulu?" Noah mengangguk sambil tangannya tidak penat membelai wajahku.

"Semuatu kerja mama...dan keluarga Hans yang terkorban. Aku still tak tahu apa motif mama. Selama ni mama asyik salahkan aku atas semua yang terjadi untuk tutup kesalahan dia Noah." Wajah aku sudah  dibanjiri dengan air mata.Nafas ditarik lama sebelum aku hembus perlahan. Menahan esakkan dari keluar. Dia pantas menarik aku masuk ke dalam pelukannya yang hangat. Pelukan yang aku tak pernah dapat.

"Menangislah sayang, air mata menyembuhkan kita ketika ia mengalir. Kau bayangkan sahaja  sekarang bukan Noah Asher yang peluk. Tapi Fattah Amin yang peluk." Bisik Noah halus dicuping telingaku. Aku tertawa perlahan.

"Aku dah settle kan hal kau dengan Hanie." Pantas aku dongakkan kepala memandang dia. Apa maksud dia?

"M..maksud kau?" Sememangnya aku tidak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Hanie lumpuh, kau langgar kan? Hans masuk lokap dia ada sentuh hal tu. Kau patut bersyukur sebab Hanie tak nak buat report. Dia cakap kalau kau ada masa nanti jumpa lah dia."

"A..aku pening , macam mana kau tahu semua ni Noah?" Dia angkat kedua bahu sebelum bangun dari duduk. Dengan selambanya dia berjalan meninggalkan aku. Kerek nya , dengan tangan dalam poket. Geleng kepala aku dibuatnya.

"Noah tunggu lah!"

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now