𝐍𝐀 𝟑𝟎

9.2K 385 6
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

New York City,

TANGAN naik menongkat dagu sambil melihat kereta yang sesak di jalan raya. Aku hanya menjadi pemerhati daripada dalam bilik hotel ini disebabkan ada orang yang awal-awal lagi memberi amaran!

Dasar suami tak guna.

Kononnya datang sini bekerja sambil bercuti. Nampak gaya dia macam lebihkan bekerja saja. Yang cuti tu aku.Cuti terperap dalam hotel di New York. Kau ada? Kelas laki aku bagi. Daripada aku celik mata sampailah aku pejam mata. Noah langsung tiada .

Ada dia balik tapi sekejap.

Sekarang pun jam sudah menginjak ke waktu petang. Aku bagaikan puteri lilin.

"Duduk sini niat nak honeymoon. Ya lah aku tengah honeymoon dengan kau je lah gelas." Tawaku hambar sekali bunyinya. Gelas di hadapanku aku tilik lama.

Gelas ni yang teman aku.

Lagi lama dari suami aku teman.

"Kalau aku tahu datang sini kena kurung memang tak lah aku nak ikut." Bibir mencebik geram. Sumpah nak nangis.

Benci Noah. Benci, benci , benci.

"Aku dah macam orang gila dekat sini. Suami aku boleh keluar. Tak suka." Keluhan dilepaskan. Aku toleh kembali memandang pemandangan jalan raya yang sibuk.

"Apa kata aku kacau dia." Sumpah spontan gila benda ni. Tiba-tiba idea nak mengusik lalu.Jari lincah menari di atas Iphone 12 yang Noah hadiahkan sebelum datang ke sini. Sweet tak?

Tutt..Tutt

Aku diam menunggu Noah menjawab panggilan. Apa yang lembab sangat aku pun tak tahu.

"Kau nak apa? Aku sibuk ni." Amboi! Tak ada salam tak ada apa terus sibuk. Bertuah punya laki.

"Waalaikumsalah, husband bucuk." Aku simpan senyum apabila mendengar Noah terbatuk kecil.

Ambik kau!

"Ehem, ada apa kau call?" Soalnya acuh tak acuh sedikit mengguris hatiku. Sampai hati dia.

"Saja call, memandangkan suami saya ni tak reti tanya pasal isteri tercinta ni. Jadi saya call untuk bantu encik sumi bertanya." Perli geram.

Ambik kau lagi!

Makin sakit hatiku bila dia tidak menjawab apa-apa. Tiba-tiba panggilan diputuskan begitu sahaja. Bapak sakit.

"Ada aku lari balik Malaysia kang." Cakap je lebih , mata dah berair ni.

"Aku merajuk lima minit dengan Noah." Sambil tangan naik mengesat kasar air mata yang membasahi wajah. Nangis pulak.

"Eee ada orang nangis." Hampir luruh jantungku apabila ada satu suara kepit yang nyaring menjerit di tepi telinga. Minah mana pulak ni? Tubuh dipusingkan ke belakang. Tak jadi nak marah. Dah lah, bertambah merajuk aku macam ni . Sakit hati tengok Noah seronok ketawa.

"Buat apa dekat sini? Ingat dah lupa isteri dekat sini." Aku pusing kembali tubuh membelakanginya.

"Tadi bukan kau cakap merajuk lima minit je ke? Dah lebih ni." Dia kerling jam di tangan. Eh dengar ke tadi!

"Diam ah!" Noah mengajuk aku . Makin geram. Makin sakit hati. Selamba Noah duduk di atas meja berhadapan denganku. Roboh kang.

"Isteri cantik aku ni dah tak cantik. Tengok tu habis pipi comel dia basah." Noah tarik perlahan daguku membuatkan aku merengus tak puas hati. Sedaya upaya mata dilarikan daripada menatap wajahnya.

Handsome sangat!

Sayang ketat-ketat!

"Jom keluar dating malam ni. Aku rindu isteri aku ni." Kini dia dekatkan wajahnya sehingga dahi kami bercantum. Aku simpan senyum.

Cup!

Dia cium hidungku . Terus aku tolak kasar tubuh tegapnya. Noah ketawa perlahan kemudian mengenyitkan mata.

"Sayang kau ketat-ketat." Membulat besar mataku. Aku bangun dari duduk . Gila.

Noah gila!

"Sayang awak longgar-longgar!" Gila-gila pun tetap aku balas. Jarang dia nak tintong macam ni.

"Siap sunshine or kau nak date sini je?"

BIBIR aku cebik tak puas hati. Bukannya tak sedar daripada tadi Noah asyik memerhati aku.

"Satu , dua , tiga..." Aku mengira sejambak bunga mawar yang dihadiahkannya. Nak tahu juga berapa dia bagi.

"Lima belas." Kata Noah masih lagi memandangku. Kepala mengangguk faham.

"Kenapa beli bunga ni?" Aku jongket kening. Tangan melilit di lengan kekarnya. Noah toleh sesaat.

"Sebab kau suka ros." Ish! Jawapan tak munasabah. Memanglah aku suka ros tapi aku nak tahu kenapa dia bagi aku . Sedangkan banyak je lagi bunga yang cantik dan aku suka.

"Sebab ros ada banyak maksud." Seraya itu dia berjalan laju meninggalkan aku. Amboi kalau nampak kerusi laju tinggal aku.Noah labuhkan duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan tasik. Memang tabiat dia agaknya suka ajak aku lepak di tasik.

Tak cukup di Malaysia sampai ke sini asyik tengok tasik aje.

"Kau suka bunga kan?" Angguk.Dah macam burung belatuk daripada tadi angguk.

"Then apa maksud bunga yang aku bagi ni?" Noah herotkan bibir. Sinis betul pandangannya. Ingat aku bengap ke.

"Lima belas kuntum maksud..." Liur ditelan kesat. Kepala menoleh pula memandang Noah yang kini menayangkan senyuman manis.

"Minta maaf. Maksud bunga yang awak bagi ni sebagai tanda maaf atas sesuatu benda." Noah tersenyum bangga manakala aku pandang dia dengan pandangan tidak faham.

Blur.

"Betul lah tu. Aku minta maaf atas segala kesalahan yang aku pernah buat. Aku minta maaf sebab pernah kecewakan kau." Dahi berkerut hebat.

"Kenapa tiba-tiba?" Soalku. Adakah kerana dia fikir aku masih tidak maafkan dia?

"Aku tak pernah dengar kau cakap yang kau dah maafkan aku.Aku tak pernah dengar kau cakap yang kau sayangkan aku. Jadi aku akan terus dan terus katakan maaf pada kau." Terkedu aku mendengar kata-kata yang dilontarnya. Hujung baju aku genggam dengan tangan kecilku.

"Aku minta maaf. Aku tahu susah untuk kau maafkan aku dan aku langsung tak tahu dengan rancangan kau tapi aku nak kau tahu satu perkara."Noah tarik perlahan daguku. Aku diam memandang wajah tampannya.

"Aku sayang kau. Cintakan kau.Bersaksikan langit malam yang indah ni aku luahkan segala hati dan perasaan aku untuk kau. Bersaksikan bulan dan juga bintang aku sayangkan dan cintakan Ulyana Sophia seorang sahaja. Dengan nama Allah tolong ampunkan segala salah aku."

"Kita mulakan hidup baru ya,Sophia sayang."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now