𝐍𝐀 𝟑𝟓

8.4K 400 4
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

DENGAN langkah longlai aku keluar dari bilik air.Noah merangkul bahuku sebaik sahaja aku keluar. Ada kalanya dia mengurut lembut belakang badanku.Aku penat, letih, mual, pening semualah.

Noah letakkan belakang telapak tangannya. Aku geleng tanda aku baik-baik sahaja. Tanpa banyak kata dia terus mencempung tubuhku.

"Sayang tak okay ni." Noah berkerut risau. Aku geleng lagi. Tangan naik merangkul lehernya. Kepala aku sorokkan di dalam pelukannya.Perlahan-lahan tubuhku diletakkan ke atas katil. Sumpah aku rasa mual sangat sekarang.

Salah makan agaknya.

"Sinilah saya penat ni. Abang nak tinggal saya ke?" Ruang kosong di sebelah aku tepuk-tepuk menyuruh Noah turut berbaring.

"Sophia...sayang abang ni tak makan lagi. Abang turun masak ya?" Geleng lagi. Aku tak mahu makan. Aku mahukan Noah. Ruang di sebelah aku tepuk lagi.Noah memandang wajahku sayu sebelum turut merebahkan tubuhnya di sebelah. Pinggangku dia tarik perlahan.Pantas aku pusing memandang wajahnya.

Tubuh kekarnya aku peluk erat. Terasa mahu menangis tika ini. Mata dipejamkan apabila bauan Noah masuk di rongga hidung. Mint dan juga vanilla. Buatkan aku tak boleh lepas memeluk tubuhnya. Baunya menghilangkan mual aku.

"Kau buat aku tak boleh bernafas Sophia." Dahiku berkerut sebelum melonggarkan sedikit pelukan. Mungkin peluk kejap sangat.

"Peluk aku lagi.Peluk aku kuat-kuat.Aku kau punya Sophia. Kau dengar kan?" Tersenyum aku dalam pelukannya. Aku angguk kepala beberapa kali. Aku suka merapatkan telinga di wajahnya. Aku suka mendengar bunyi jantungnya yang laju mengepam.

"Dengar tak?"

"Jantung awak selalu berdegup kencang bila saya peluk. Saya suka."Aku berbisik perlahan berharap Noah tidak mendengar suaraku yang agak tenggelam.

"Abang jatuh cinta dengan sunshine setiap saat, setiap minit, setiap jam,setiap hari dan selamanya. Sunshine cintakan abang tak,sayangkan abang tak?"Soalannya membuatkan aku sedikit tersentak. Dapat aku rasakan renungan lembut yang dia berikan.

"Tak apa, love. Tak payah jawab." Dia melabuhkan ciuman diubun-ubunku.

"Saya keliru abang, keliru dengan perasaan sendiri. Saya bencikan awak dan cuba untuk balas dendam tapi dalam masa yang sama...saya masih Ulyana Sophia yang dulu. Yang cintakan Noah, sayangkan Noah." Aku dongakkan kepala cuba mencari riak wajah Noah.

"Awak tahu apa maksud semua ni Noah? Saya rasa saya bencikan awak tapi benci itu bermaksud sayang dan cinta. Tak tahulah nak cakap macam mana. Pening." Tiba-tiba pandanganku kabur dengan air mata. Noah turut tersentak.Tak lama selepas itu dia hadiahkan senyuman sebelum bertindak untuk mencium kedua belah mataku lama. Kemudiannya dia menggosok mataku lembut.

Kenapa dia baik sangat?

"Tak apa sunshine, yang penting sayang abang ni tahu yang abang sayang sangat dengan isteri comel abang ni." Noah kenyitkan matanya bersama dengan senyuman yang cukup menyempurnakan wajah itu.

"Sayang abang ketat-ketat."

"Sayang isteri abang longgar-longgar." Jawapan Noah langsung tidak membuatkan aku berpuas hati.

"Nak..." Tak sempat aku habiskan ayat terus tubuh Noah yang memeluk tubuhku aku tolak kuat. Laju aku bawa kaki berlari masuk ke dalam bilik air. Aku duduk bercangkung di mangkuk tandas dan memuntahkan segala isi perut.

"Sunshine, jom lah pergi hospital. Salah makan ni." Noah mengusap perlahan belakang badanku. Sebelah lagi tangannya menggenggam rambutku.

"Tak nak.." Aku terduduk lemah namun sempat Noah merangkul. Dia bawa tubuhku ke sinki.

"Nak muntah lagi?" Geleng.

"Sayang rehat dulu. Abang turun kejap."

JIKA sebentar tadi kami saling melontarkan kata-kata manis namun sekarang kami saling melontarkan pandangan tajam kepada satu sama lain.Aku peluk tubuh kemudian menjeling Noah sekilas.Bibir memuncung serupa itik. Inilah perangai baru aku kalau merajuk.

Semangkuk bubur di hadapan aku buat-buat tidak nampak. Mangkuk itu aku tolak kepada Noah.

Kepala aku geleng beberapa kali. Aku sangat anti dengan bubur. Tiba-tiba sahaja pandanganku kabur. Aku turut hairan dengan perangai sendiri.

"Abang langsung tak sayang saya." Panggilan 'abang' sudah lekat di bibir. Terasa manis sahaja bila panggil Noah sebegitu.Noah apa lagi. Gelabah lah dia tiba-tiba aku berkata sebegitu. Dia terus bangun duduk di sebelahku.

"Abang buat apa?"Apabila dia bertanya sebegitu air mataku terus gugur membasahi wajah. Bibir tersebek-sebek. Sedih sangatlah.

"Saya tak suka bubur." Noah garu kepala. Mungkin tidak tahu perkara ini. Siapa suruh dia tak ambil tahu benda remeh sebegini.

"Habistu nak makan apa?" Air mata aku kesat kasar menggunakan tangan. Tersengeh-sengeh aku pandang Noah. Wajah di dekatkan dengan telinganya.

"Nak makan awak."

Ktuk

Adoi! Sakit dahi aku huaaa.

"Tahulah tak sayang tak payah lah sampai jentik-jentik dahi dengan tangan besar gedabak tu. Melawak pun tak boleh." Aku mula palingkan tubuh ke belakang.

Merajuk.

"Kau pelik sangat harini." Buat-buat tak dengar. Tekak aku mahukan benda yang masam-masam. Hmmm. Ada suami pun tak sayang kite.

"Saya rasa nak makan something yang krup krap krup krap." Terkebil-kebil Noah apabila aku menjelaskan bunyi makanan yang aku mahu. Kaki yang tergantung di kerusi aku goyangkan apabila Noah tidak faham. Aku cuba bayangkan makanan itu.

"Apa yang krup krap?" Soal Noah blur.

"Saya nak tu lah! Yang krup krap krup krap bunyi dia." Reaksi Noah masih sama. Blur!

"Aku rasa kena bawak kau pergi hospital Tanjung Rambutan ni.Pelik sangat isteri aku ni." Aku mendengus kasar.

"Pelam." Noah angkat sebelah keningnya. Bibir aku cebik sebelum pinggang Noah aku cubit.

"Saya nak makan pelam." Ya pelam. Noah tarik nafas panjang.

"Kau makan bubur ni dulu baru aku beli pelam. Mana boleh makan pelam kalau peru kosong." Mangkuk bubur tadi Noah ambil. Gayanya seperti mahu menyuap aku.

Tak nak!

"Awak jahat! Tidur luar malam ni!"

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now